Restoran Haji Sharin Low, Restoran Cina Muslim di Shah Alam

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan. Kebiasannya hujung-hujung bulan Ramadhan ni orang ramai dah…

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan Ramadhan. Kebiasannya hujung-hujung bulan Ramadhan ni orang ramai dah mula terasa agak malas untuk masak dan beli makanan dekat bazar ramadhan. Maka restoran la menjadi pilihan mereka.
Bercakap berkenaan dengan restoran ni, recently aku sempat juga berbuka puasa di salah satu restoran menarik yang terdapat di sekitar Shah Alam iaitu Restoran Haji Sharin Lowrestoran yang menyediakan masakanan Cina Muslim

Terkenal dengan lokasinya yang begitu strategik, Restoran ini juga menyajikan pelbagai jenis menu masakan yang menjadi kegemaran orang ramai seperti Salted Egg Crab, Kam Heong Crab, Hong Kong Fried Rice, Wat Tan Ho (Kueh Tiau Goreng Kantonese) dan banyak lagi. 
Tiada hidangan berbentuk buffet pada bulan Ramadhan, sebaliknya Restoran Haji Sharin Low hanya menyediakan sajian berbentuk ala carte. Walaubagaimanapun, restoran ini tetap mendapat sambutan yang begitu hangat terutamanya dari para pelajar universiti di sekitar Seksyen 7. 
“Maaf cik, restoran dah fully booked untuk berbuka puasa. Kalau cik nak, bolehlah datang selepas pukul 8 malam”

Saat aku mendengar statement diatas daripada salah seorang staff restoran ini, hati ini terus berkata “Yes, we made the right decision to choose this restaurant for iftar“.
Pemilik restoran ini, Haji Sharin Low yang juga telah memeluk Islam pada usia 21 tahun, menceburkan diri dalam bidang perniagaan (restoranan Cina Muslim) kerana beliau berhasrat untuk menyediakan ruang kepada golongan Cina Muslim bagi menikmati makanan masakan Cina yang halal. 

Deko dalaman restoran ini juga banyak menyentuh elemen-elemen Cina seperti warna merah, lampu tanglung serta banyak lagi bagi menaikkan lagi feel kepada mereka yang datang ke restoran ini. 
RUANG RESTORAN HAJI SHARIN LOW

Ruang restoran (Seksyen 7, Shah Alam) ini yang agak kecil ini kadangkala menyebabkan restoran ini tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang ramai pada satu masa terutamanya ketika peak hour. Oleh itu, disarankan agar call dulu before datang ke restoran ini. 

Sementara menunggu makanan korang, bolehlah korang jenguk-jenguk sikit dekat wall tu untuk baca serba sedikit tentang profil pemilik kepada restoran Cina Muslim yang mempunyai 24 cawangan di Malaysia ni. 

Banyak membebel pula. Ayuh kita tengok apa juadah berbuka pilihan kami

Fresh orange juice for 6pax (RM18) 
Bukan sekadar jus biasa, memang terasa kesegaran buah oren. Perfect!

Hong Kong Kailan – Small (RM8)
Recommended by them, memang sedap pun boleh pilih pelbagai jenis masakan (masak ikan masin, cendawan dan sebagainya).

Ayam Masam Manis – Small (RM18)

Udang Butter – Small (RM27)
Highly recommended sebab sedap. Isi udang yang gebu yang dimasak dengan tepung yang begitu rangup & just nice (tak terlampau masin). 

Salten Egg Squid – Small (RM18)
Highly recommended juga. Rasa sedap dan portion agak banyak cukup untuk 5-6 orang. 

SUASANA KETIKA BERBUKA PUASA DI RESTORAN HAJI SHARIN LOW


MAKLUMAT LANJUT TENTANG RESTORAN HAJI SHARIN LOW

LOKASI 
(Seksyen 7, Shah Alam)
No. 7, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor 
(Berdekatan dengan Laman Seni Seksyen 7)
WAKTU OPERASI
Isnin – Ahad 
11 am – 11 pm

FACEBOOK
CONTACT
017-2851993
SENARAI CAWANGAN LAIN
KLIK SINI

Selamat berbuka semua!

5 comments

  1. Mmg best.. saya pernah makan yg di Tmn Sri Gombak dulu.. Kat Shah Alam pun mmg tahu tempatnya tu.. mmg nak singgah nanti. Thanks sharing Pojie.. 🙂

  2. Fuhh selera btul tgk semua lauk pauk yg ada kt ats tuuu..udang laaa yg pling menggoda..Deko restoran ni mmg menarik..warna yg diguna pakai pon meletoppp..akak bagi 5 bintang hehehe..

Leave a Reply to kakitravelkhairuddin.blogspot.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *