Sahabatku, Afiq Ashmir.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Assalamualaikum. Mohon mainkan lagi dibawah ini sambil anda baca dan tengok entri ini. SAHABAT by Aizat  Perkenalan bermula pada…

Assalamualaikum. Mohon mainkan lagi dibawah ini sambil anda baca dan tengok entri ini. 



SAHABAT by Aizat 

Perkenalan bermula pada saat pertama mendaftarkan diri sebagai pelajar UiTM Alor Gajah Melaka. Dialah sahabat aku, dia juga pendengar setia aku, dia jugalah tempat aku lepaskan rasa marah dan sebagainya. Itulah dia Mohammad Afiq Ashmir bin Mohd Ramlan. Masa sesi MDS, dialah yang bersama aku ke cafe untuk makan, dia jugalah duduk disebelah aku, dia jugalah yang duduk sebelah aku bila dekat masjid. Pada waktu itu, sepertinya nasib aku hampir sama dengan dia. Saling bergantung antara satu sama lain kerana belum punya rakan lagi pada masa itu. Tidak dilupakan dua lagi roomate aku iaitu Syafiq dan juga Zubaidi.

Persahabatan itu semakin kuat antara kitaorang berempat dimana antara kitaorang memang saling bantu membantu. Begitu juga afiq, pada semester dua. Dialah orang yang banyak menolong aku selama menempuh segala dugaan semasa semester itu. Dia sanggup tangguh kerjanya hanya kerana bagi aku pinjam laptop dia dekat aku untuk siapkan kerja-kerja kursus. Daripada semester pertama sampailah semester akhir, aku dengan afiq tetap bersama. Duduk satu bilik, duduk satu rumah. Saling berkongsi masalah. Sehinggalah pada semester akhir, aku perasan bahawa apa yang dia buat dekat aku itu yang membuktikan bahawa dialah seorang sahabat sejati buat aku. Walaupun aku banyak sakitkan hati dia, dia tetap ringan tulang dan murah hati membantu aku jika aku memerlukan. Ingat lagi situasi-situasi seperti dibawah ini :-

1. Masa bulan ramadhan, pada saat aku tertidur dan tak larat untuk bangun sahur. Dialah yang kejutkan aku. Bila aku kata “Aku tak larat nak bangun. Tak apalah. Kau pergilah sahur”, dia turun bawah untuk buatkan maggie dan bawa naik ke atas kejutkan aku untuk sahur”. Itulah sebenarnya SAHABAT SEJATI.

2. Setiap kali nak berbuka puasa, dia akan tanya (text,bbm) aku “Pojie, ko berbuka mana harini?” then sometimes aku jawab text dia “Aku taktau. Aku berbuka kat rumah tapi makanan tak ada. Kirimkan boleh?” Tengok-tengok dekat luar rumah nampak dia jalan kaki balik dari dalam kampus bawak juadah-juadah untuk berbuka puasa. Itulah sebenarnya SAHABAT SEJATI.

Hari sebelum hari jadi aku yang ke 20, dia ada pesan dekat aku untuk tidak balik ke Shah Alam. Kononnya nak adakan pesta tepung pada pagi hari jadi aku tu. Namun aku tetap balik Shah Alam. Dia siap text dekat aku “Tak apa pojie. Balik dari cuti raya nanti aku nak baling tepung kat ko!”. Tak sangka, malam itu jugalah malam terakhir aku dapat bercakap dengan dia. Berjumpa dengan dia dalam keadaan sedar. Dia mengalami kemalangan pada malam raya. Pendarahan teruk pada kepalanya sehingga membuatkan dia jadi koma. Pada hari pertama aku melawatnya di HKL, semua berkata “DIA PASTI AKAN SEMBUH. JANGAN RISAU.”

Melihat keadaan afiq pada masa itu, hanya Allah saja Yang Tahu bagaimana rasanya. Dan pada hari seterusnya, aku menerima panggilan daripada kembarnya mengatakan bahawa otak dia sudah tidak berfungsi. Aku segera bergerak ke hospital namun tak sempat untuk melawatnya pada hari itu setelah waktu melawat sudah pun habis. Aku cuma mampu mendoakan dia dari luar bilik wad. Pada esok harinya, aku seharian di hospital menemaninya dengan ahli-ahli keluarganya. Ayah, mak, tok, adik beradik serta saudara mara afiq turut sama dengan aku masa tu. Pada masa tu, aku betul-betul sebak tak tertahan melihat keadaan afiq dan melihat suasana dalam kalangan keluarganya. 

Perkara terakhir aku bisik dekat telinga dia 
“Assalamualaikum afiq. Ini aku pojie, ingat Allah fiq. Mengucap. Aku nak balik sabah dah lepas ni. Aku tahu, kita jumpa dekat Lendu bila aku balik semenanjung nanti. Kau kata nak baling tepung kat aku kan! Aku tahu kau kuat.”

tak sangka, itu memanglah ayat terakhir yang sempat aku bisik dekat afiq. Sempat juga aku bersalaman dan peluk semua ahli keluarga afiq sebelum balik. Sesampainya aku dekat sabah, aku terima panggilan daripada kembarnya dan memberitahu aku bahawa sahabatku Mohammad Afiq Ashmir dah pergi tinggalkan kita selama-lamanya.

Tuhan saja yang tahu dengan apa yang aku rasai apabila mengetahui berita itu. Berita gembira dapat balik kampung beraya bercampur dengan perasaan sedih kehilangan sahabat buat selama-lamanya. Alhamdulillah, dengan adanya keluarga, pensyarah, rakan-rakan semua. Aku kuat menghadapi ujian ini. Aku merelakan kepergian arwah sahabatku ini dengan ikhlas hati. Aku tahu Allah lebih Menyayangi diri arwah. 

Inilah gambar-gambar yang sempat saya selitkan dalam entri ini:-




















AFIQ ASHMIR,
Dialah orang yang senang untuk buat aku dan rakan-rakan gelak ketawa, 
Dialah orang yang murah hati untuk menolong aku,
Dialah orang yang selalu usik aku bila nak masuk tidur,
Dialah orang yang selalu menemani dan membantu aku bila aku shooting,
dan kini dialah sahabat yang meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Arwah merupakan seorang insan yang kuat. Dia tabah menghadapi semua dugaan dalam hidupnya. Dia sabar dan tetap berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat dekat dia. Termasuklah aku yang banyak menyakitkan hati dia. Tapi ketahuilah, itu semua hanya atas dasar gurau senda. Aku halalkan semua makan dan minum afiq. Aku maafkan segala salah dan silap mu wahai afiq. 

“Mungkin kau tak ada depan mata kami, tapi kau tetap bersama dengan kami didalam hati ini. Kaulah sahabat sejati aku.”



DALAM KENANGAN
AL-FATIHAH 
Mohammad Afiq Ashmir. 
Moga arwah ditempatkan didalam golongan-golongan yang baik dan soleh. 
AMIN.

5 comments

  1. Sabar…melihat pada entri pasti linangan air mata mengalir saat mengarangnya…moga dia ditempatkan di tmpt org yg soleh..aamiinn…

  2. Al fatihah,
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin
    tinggi nilainya seorang sahabat

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *