Sama ada sedar atau tidak.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Mulakan bacaan entri ini dengan melihat dan merenung batu-batu kecil yang bakal mendapat beban yang sangat berat. Dimana…


Mulakan bacaan entri ini dengan melihat dan merenung batu-batu kecil yang bakal mendapat beban yang sangat berat. Dimana mereka perlulah mengangkat segala masalah yang dihadapi oleh manusia. Masalah? Manusia tidak lari daripada sebarang masalah, kalau tiada masalah, maka anda bukanlah manusia. Itu sudah pasti.

Selamat Sejahtera kepada semua pembaca. Sama ada anda semua perasan atau tidak, kali ini aku tidaklah sekerap dulu membuat entri terbaru setiap masa, setiap saat, setiap minit dan setiap jam. Kemungkinan aku akan membuat entri baru sekali seminggu. Itu sudah mencukupi bukan? Masa sangat-sangat tidak memberi aku peluang untuk menaip dan mengekspresskan segala apa yang aku rasa. So, i guess its very-very limited. For sure. Mohon maaf dipinta. Aku tidaklah sebegitu rajin untuk mengemaskini entri blog aku ini. Tapi, selagi ada peluang, aku akan cuba sebaiknya. Masih ingat lagi anda lagu Usah Lepaskan nyanyian Taufik Batisah? Bukan kerana lagu itu sungguh touching-touching, tapi kerana liriknya. Salah satu :

Ku tak peduli apa sebabnya
Engkau dan dia harus bersama
Mendungnya langit bila berkata
Kita patutnya masih bercinta
Usah lepaskan
Usah lepaskan”

Oh, Lirik ini menunjukkan bahawa seseorang itu berpegang kuat pada apa yang telah beliau miliki sebelum itu. Kalau boleh, apa jua halangan yang ada, beliau tetap ingin kecapi apa yang beliau inginkan. Sebelum itu, maafkan aku kalau membuat entri yang agak sensitif, ini bukanlah satu sesi meluahkan perasaan. Tapi apa salahnya kalau kita berkongsi apa yang ada dalam kepala otak kita ini. Soal poyo tak poyo, kita ketepikan. Ayuh kita renung-renungkan lebih dalam, bacalah dengan penuh fokus.

Remaja dan Cinta.
Apa yang kita faham tentang sesuatu yang mempunyai 5 huruf ini? Sejauh manakah kita faham? Adakah kita memang betul-betul faham atau sekadar untuk suka-suka? Sedalam mana kita dengan perkara ini?
Dilihat, zaman sekarang. Tidak lagi begitu terhad, tidaklah terlampau terhad. Semuanya tanpa had! Remaja mudah terdedah dengan pelbagai perkara. Bercinta? Itu bukan lagi perkara yang perlu difahamkan terhadap mereka, mereka pasti tahu tanpa diberitahu. Dulu, kalau ingin berkenalan atau apa-apa, SURAT CINTAlah menjadi mangsa. Ada satu masa sampai boleh membuat koleksi surat cinta pada masa dahulu. Tapi sekarang? Tiada had lagi! Dimana-mana jua boleh, dengan hanya beberapa click sahaja. Tidak lagi perlu membasahkan jari dengan air liur kita untuk membuka lembaran baru untuk menulis. Tidak lagi memerlukan Setem, dan tidak lagi perlu bersusah payah untuk menyuruh kawan untuk mengirim surat kepada yang berkenaan. Senang cerita, kita sangatlah manja pada zaman sekarang wahai kanak-kanak, budak-budak yang sebaya dan sekumpulan dengan aku.

Tidak salah untuk menjalinkan HUBUNGAN, tetapi kenalah beringat.
Jangan mudah percaya dengan orang yang baru sahaja kita kenal setahun jagung. Kadangkala, luaran tidak menunjukkan perkara sebenar. Oleh itu, hati-hatilah daripada tertipu dengan rupa luaran seseorang itu. Dengan cara bercakap, cara berjalan, cara makan, cara bercakap dan bermacam-macam lagi. Sediakanlah payung sebelum hujan lebat.

Kita, jangan mudah termakan budi seseorang. Its okay kalau sikit-sikit, tapi jangan sampai lama-lama jadi bukit. Janganlah kita mudah hanyut, bukan hanyut di laut cina selatan, atau pun mana-mana laut, tetapi janganlah kita mudah hanyut dengan seseorang itu. Kita tidak akan kemana-mana dan tidaklah kita sepatutnya berbangga sangat jika kita memiliki seseorang itu, kerana akhirnya perkara yang sama akan berlaku. Percaya atau tidak? Saksikan sendiri, Kelak.

Antara petanda-petanda anda sudah ‘kurang normal’ :

1. Kerap merenung Handphone sendiri, sewaktu belajar mahupun bekerja.
Ini sudah pasti satu fakta yang tidak boleh lagi dinafikan. Siapa yang berani menafikannya, mai jumpa aku. Apabila kita sudah tidak lagi senormal dulu, kita akan lebih kerap menunggu dan merenung handphone ataupun telefon bimbit sendiri dengan harapan agar si Dia akan menelefon anda ataupun menghantarkan teks ringkas (SMS). Percaya atau tidak? Sedar atau tidak? Tidur, Makan, bangun dari tidur, berjalan-jalan, sudah tentu Handphone la akan menjadi pengganti si dia. Masih tidak percaya? LIHATLAH DIRI KAMU!

2. Lebih gemar senyum seorang diri.
Ini lagi dasyat. Sangat dasyat dan berada di tahap yang agak kritikal. Apabila anda sudah ‘kurang normal’, anda akan lebih gema senyum seorang diri apabila ingat detik-detik indah, romantis ketika berjumpa dengan si dia. Kelakar, geli, poyo? Tak mengapa. Sudah menjadi kenyataan yang sukar untuk diubah. Betul atau tidak kawan-kawan? Adakalanya anda boleh merenung ataupun tidak sedar apabila dipanggil oleh seseorang. Ini lagi akan memberikan ekspresi yang pelik buat rakan-rakan anda.

3. Tidak lepas untuk menjenguk profile si dia dalam laman web sosial.
Masih lagi tidak terlampau percaya? Cubalah periksa diri anda sendiri? Ada atau tidak sindrom ini? Kalau tidak ada, maka anda masih lagi tidak ‘kurang normal’. Mengapa kita berkelakuan sedemikian? Oh tidak, kita cuma sekadar untuk melihat/menjenguk profile milik si dia. Manalah tahu ada ‘status’ terkini pasal diri anda ataupun dapat tahu apa yang si dia sedang buat. Ada atau tidak? Tentulah ada!

Tapi, jangan kita yakin 100% dengan apa yang kita miliki ini akan kekal lama. Tidaklah akan seindah khabar daripada rupa. Jangan terlalu cepat dan yakin dengan apa yang anda miliki kerana dalam sekelip mata, semua itu akan lenyap dan diri anda sendiri yang akan merana. Percayalah.

Nak tahu tanda-tanda seseorang itu sayang dengan anda,

1. Setiap pagi dan setiap malam. Selepas anda bangun, sebelum anda tidur, si dialah orang yang akan membuat panggilan dengan anda dan mengucapkan “SELAMAT MALAM & SEMOGA MIMPI INDAH”.
Jangan hairan, cara ini sudah dipraktikkan oleh kanak-kanak dan remaja pada zaman sekarang. Kalau boleh, apa saja yang dia buat. Dia akan bagitahu dengan orang yang dia sayang. Selepas bangun dari tidur, sebelum masuk tidur. Paling tidak pun, dia akan menghantar Teks Pesanan Ringkas (SMS).

2. Dia akan kerap menjenguk/berjumpa dengan anda walau betapa jauhnya jarak antara kamu.
Ini juga antara satu pengorbanan yang tidak boleh dipersoalkan. Kalau tidak sayang, kenapa harus bersusah payah untuk berjalan jauh agar dapat berjumpa dengan kekasih hati beliau? Buat apa buang tenaga? buat apa bazir duit? buat apa buang masa? Oh tidak, ini juga satu pengorbanan yang patut dihargai. Lagi-lagi, bila orang itu berniat untuk membuat kejutan kepada anda sama ada sewaktu anda sedang belajar ataupun bekerja. Contoh, seseorang itu sanggup untuk travel daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam dengan menaiki teksi, dan terpaksa meredah hujan, semata-mata untuk menemankan kekasihnya yang berehat hanya untuk SEJAM sahaja. Dengan basah kuyup dan kesejukkan. Bukankah itu satu pengorbanan?

3. Dia tidak akan pernah jemu mendengar masalah yang anda hadapi dan tidak pernah jemu untuk bertanyakan apa yang sedang anda buat.
Yes!, ini lagi sudah pasti. Kalau tidak sayang, kenapa perlu susah-susah untuk mendengar masalah orang lain? kenapa perlu buang masa untuk bertanyakan apa orang lain tengah buat? Bukankah itu adalah salah satu pembaziran dari segi masa dan juga tenaga. Renung-renungkan.
Kalau aku, aku tak sayang orang tu. Takkan ada la aku selalu nak mendengar masalahnya tanpa sebarang sebab. Takkan ada la aku selalu bertanya apa yang dia sedang buat. Bukankah itu BUSYBODY namanya?


Tetapi beringatlah, semua itu tidak akan kekal apabila berlaku sebarang perubahan terhadap dirinya

Tanda-tanda seseorang itu berubah/kurang sayang terhadap anda :
1. Dulu, selalu call, selalu sms, tapi sekarang? HMMMMM….
Percaya atau tidak? Percaya atau tidak? Pernah rasa seperti ini? Awas, apabila perkara ini sudah berlaku? Anda janganlah meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadapnya. Cubalah untuk belajar menerima kenyataan. Kebiasaannya akan berlaku seperti ini, Pada awalnya, pheww! Tidak pernah lepas untuk call atau pun sms. Nak ikutkan, boleh capai 300 mesej sehari dan 20 call sehari. Tapi lama kelamaan, akan berkurang dan berubah. Cubalah untuk berhati-hati, kadangkala orang cuma nak mengambil kesempatan atau sekadar ingin mengguna-gunakan anda sahaja.

2. Dulu selalu ucap “Goodnight and sweetdream sayang”, tapi sekarang hanya ungkapan “BYE!”.
Lagi, lagi dan lagi. Ini juga merupakan salah satu perubahan yang sangat ketara. Dulu ungkapan selamat malam atau selamat pagi sering diungkapkan, tetapi sekarang, jangankan ada sebunyi pun tiada *maaf, jika tatabahasa saya kurang tajam* . Berhati-hatilah, jangan sampai anda terlampau mengharap, at last, korang juga merana. Jangan terlalu yakin pada sesuatu.

3. Banyak sangat bagi alasan. Terlalu, selalu dan kerap tanpa sebarang sebab yang munasabah dan secara tiba-tiba.
Haaaaaaa, yang ini pun boleh diguna pakai. Dulu, tiada sebarang pertanyaan yang kurang manis kita pertanyakan kepada dia. Senang cerita, semuanya masih bahagia. Tapi lama kelamaan, keadaan akan menjadi buruk apabila si dia kerap dan secara tiba-tiba sering memberi alasan yang tidak munasabah. Lambat membalas text mesej, tidak membuat panggilan lansung, mematikan telefon bimbit, menolak ajakan untuk berjumpa tanpa sebarang sebab dan secara tiba-tiba tanpa apa-apa penjelasan daripada awal perkenalan lagi. Untuk 1 kali, 2 kali atau 3 kali pertama tidak mengapa, tetapi kalau ke 4 dan seterus kalinya, itu sudah pasti dan sememangnya KRONIK. Renung-renungkanlah!

Jangan jadi seperti nasib seseorang dalam lagu nyanyian Rihanna berjudul Love the way you lie (Part 2). Cuba dengarkan dan hayati lirik lagu ini. Anda pasti akan dapat mesejnya.

Tetapi, tidak salah untuk kita berusaha untuk mempertahankan sesuatu yang kita ada walaupun sudah hampir ke penghujung atau perhentiannya. Tidak apa, anggaplah itu sebagai satu pengajaran. Tidak mengapa, yang penting kita sudah cuba sedaya upaya. Kita tidak boleh janji untuk buat yang terbaik, tetapi kita boleh janji untuk buat yang terbaik.

Its much better than NOTHING.

Untuk pengetahuan anda semua, perkara di atas pernah aku lalui pada waktu dahulu kala. Tipulah aku kalau tidak pernah lalui. Tujuan entri ini ditaip hanyalah sekadar untuk berkongsi pengalaman dan juga apa yang terbeku dalam kepala otak aku ni.

Bak kata Firhan

Chill la kawan-kawan!, jangan nak asyik frust menonggeng je!

Demikianlah entri kali ini wahai para pembaca. Maaf, jika entri kali ini keluar daripada konsep blog AKUseorangPENAGIHblog. Tidak salah untuk kita berkongsi sesuatu. Last but not least, renung-renungkanlah apabila anda sudah habis membaca entri yang tak berapa nak best ini.
Till then, See you soon readers!

p/s : Antara ambar-gambar display diatas? Ada makna tersirat?
BIAR AKU SAJA YANG TAHU.

Regards, pojiegraphy!

6 comments

  1. as u know..ni lumrah kehidupan..
    semua org akan lalui..juga pernah lalui..
    so..ap yg penting..
    semangat..:)kuat kan semangat!!
    insyaAllah..Allah sentiasa berikan terbaik tuk kamu:)
    aminn..;p

Leave a Reply to i was here Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *