“Saya bukan cari publisiti dengan blog saya ini, saya cuma ingin berkongsi dengan para pembaca”

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Salam sejahtera kepada para pembacaku yang masih lagi tegar! Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang berada…


Salam sejahtera kepada para pembacaku yang masih lagi tegar! Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan aku peluang berada disini sekarang pada saat ini, dan sebab itu jugalah aku mampu dan masih lagi bernyawa untuk menulis atau menaip untuk entri terbaru. Aku sangat harap korang semua dalam keadaaan sihat dan sejahtera sahaja. Yelah, sekarang kan musim penyebaran penyakit. Aku? Masih lagi sihat sejahtera. Sekarang tengah struggling untuk menawan kerja-kerja final. Paper? Rasanya tak la begitu banyak macam sem lepas. Cuma, lebih banyak assignments la yg diberikan, tapi Syukur dan Alhamdulillah, semuanya hampir selesai.

Sebelum itu, sedih dan pilu mengenangkan nasib para penduduk di negara yang kurang bernasib baik ini terutamanya negara Jepun dimana semua sudah sedia kala maklum, Jepun merupakan antara negara yang paling maju dalam dunia. Negara-negara tersebut telah dilanda bencana alam yang paling digeruni oleh semua penduduk di muka bumi yang semakin nazak ini. Musnah! hampir semuanya kemajuan Jepun musnah. Lebih mengejutkan, semua itu musnah dalam sekelip mata. Sedih dan tak sanggup aku tengok berita, cerita dan juga video disaat negara tersebut dilanda Bencana Tsunami itu. Oleh itu, saya bersimpati terhadap mereka yang ditimpa bencana tersebut. Moga-moga, negara Malaysia tidak dilanda sebarang bencana alam yang boleh meragut banyak nyawa. Marilah sama-sama kita berdoa.

Disini, aku ingin bercerita serba sedikit tentang diri aku. Ini disebabkan ada lagi pihak yang tersalah mentafsir saya sebagai Mohd Shahril Fawzy.
Aku yakin ini bukanlah disebabkan sifat hasad dengki atau sifat yang ingin menjatuhkan orang.
Kenapa aku berblog?
Mari dengar, mari rapat-rapat. Menjadi seorang penulis blog adalah satu trend yang amatlah terkenal pada zaman sekarang atau lebih dikenali sebagai zaman urban. Dimana semua dah tahu dan peka terhadap teknologi pada zaman sekarang. Kalau dilihat pada waktu dahulu, seseorang itu menulis segala cerita, segala perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka di atas kerta warna yang lagi 2 atau 3 tahun akan rosak, berbekalkan pen warna yang lagi 1 tahun bakal pudar. Bagi aku, blog ini samalah seperti diari seseorang itu pada masa dahulu. Tidak dapat dinafikan kerana ianya banyak perbezaan, tetapi tujuan adalah sama. Ingin berkongsi, menulis tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, ingin berkongsi pengetahuan yang kita dapat, berkongsi berita terkini yang telah berlaku di luar sana. Cuma, diari pada masa dahulu hanyalah boleh dibaca oleh penulis itu sendiri, dan diari digital pada zaman sekarang boleh dibaca oleh semua orang tidak kira dari negara mana pun. Disini, aku ingin memperbetulkan lagi tanggapan sesetengah orang yang mungking kurang maklum lagi tentang tujuan aku menulis blog ini. Blog? Bukanlah tempat aku untuk mencari nama, bukan ditulis semata-mata inginkan nama. Blog ini merupakan tempat aku untuk menulis tentang apa yang aku nak. Nak berkongsi, nak meluahkan perasaan, nak bersuka ria. Itu hak kita, kerana blog itu adalah diatas nama kita. Kitalah yang memiliki blog itu. Kepada insan yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap aku, anda sememangnya salah kerana menganggap aku menjadikan blog ini sebagai tempat untuk aku mencari publisiti murahan. Cuba ingat dan renungkan, aku tidak pernah merayu para pembaca aku untuk memberi/mengepost komen pada setiap entri aku. Aku tidak pernah menyuruh dan memaksa semua pembaca aku untuk menjadi follower aku semata-mata nak tunjuk bahawa aku ini punya ramai follower. Cukuplah sekadar diorang menaip ‘www.pojiegraphy.blogspot.com’ pada permukaan address internet diorang dan membaca segala apa yang aku tulis. Mungkin ada sesetengah penulisan atau topik yang aku sampaikan berguna untuk mereka. Betul atau tidak? So, lepas ni. Janganlah nak berprasangka buruk terhadap aku eh. Aku dah cukup gembira apabila tahu korang semua membaca apa yang aku tulis, kerana semua perkara yang aku tulis ini bukannya sekadar suka-suka. Tapi memang benar datangnya dari hati aku.


Cukup untuk saat saat bersedih, kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. 🙂

Ohh, tengok! Feeling-feeling tadi aku hampir terlupa untuk share sesuatu dekat korang. Mungkin apa yang aku share tidaklah segempak mana pun. Tapi, betul. Ini terjadi dekat aku. Baru baru ni, rasanya minggu lepas aku telah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam atau lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah, Shah Alam. Tujuan? untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh lecturer. Untuk pengetahuan korang semua, aku dah lama teringin ke tempat yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Bagi aku, ini sangat menakjubkan dimana tengah-tengah bandaraya yang sedang menaik iaitu Shah Alam yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan. Agak sukar untuk melihat tumbuh-tumbuhan atau suasana hutan di tengah-tengah bandar ni. Lokasinya tidaklah begitu jauh. Pada episode pertama sungguh menyedihkan, ingatkan nak shoot la pada waktu petang. Yelah, kalau shoot waktu tengahari gambar akan pecah. Aku dengan selambanya masuk kawasan taman tu tiba-tiba pak guard tu tanya “Adik, nak pergi mana?” Aku buatlah muka baik dan bertanya, “Pakcik, macam mana nak pergi pintu masuk Bukit cerakah ni?” pak guard tu jawab “Dah tutuplah dik”. Rupa-rupanya pukul 4.30 Petang, bukit Cerakah ni dah tutup. Pengumuman! Kepada mereka yang punya hajat utk mengunjungi tempat ini. Silalah ambil perhatian, tempat itu beroperasi dari 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang dan akan ditutup pada setiap hari isnin.Berbalik pada cerita, senang cerita tempatnya agak menariklah! Cuma agak terkilan, kawasan 4 iklim tu ditutup sehingga Julai ni. Tak lama pulakkan nak menunggu? *sigh*

Taknak cerita panjang, nanti korang naik mengantuk. So, just tgk gmbr-gambar yg aku sempat snap khas untuk para pembaca. Enjoy! 🙂

*Para pelawat sedang menunggu bas. Agak lama juga, hampir 20 minit*

*Tengoklah, saya berada dalam bus!*

*Semua pelawat dah naik atas bas*


*Bus yang akan membawa pelawat berjalan-jalan*

*Family yang menghabiskan masa di tempat hijau pada hujung minggu*

*Anda juga boleh menyewa basikal untuk mengelilingi kawasan bukit cerakah, best!*

*Taman orkid*

*Empangan Sungai Baru*

*Tasik Cendawan*

*Inilah rumah pokok! Cool ok*

*Okay, usah pedulikan yang ini. Saja nak enterprem*

*Rumah pokok, best! dapat lepak sambil menikmati angin yang segar*

*pandangan dari rumah pokok*

*Pandangan dari rumah pokok*

*Tangga rumah pokok*

*tasik taman cendawan*

*Banyak lagi lokasi yang tak sempat aku lawat*

*oK, sampai kisah mereka ni. Agak kelakar sikit, salah sorang dari mereka ni. Menegur aku dengan bahasa inggeris. Bunyinya seperti ini, “Err, excuse me. Can you help me to snap our picture?” aku jawab la “Ah okay okay” then kakak sorang ni bagi handphone sony xperia kalau tak silap then kakak tu cakap “Just press the camera’s button”.. Lepas tu aku cakap la.. “okay, satu, dua…..” Lepas tu kakak tu nyampuk, “Laaaa… org malaysia rupanya!!” Sumpah ini kelakar, lepas tu kakak tu suruh la add fb dia, lepas tu tanya la dekat fb, kenapa ingat saya ni mcm tourists? nak tau apa kakak tu jawab, “Yelah, awak dah la pakai seluar pendek. Duduk ala-ala selamber je. Lepas tu bawak camera, ala-ala free lance photographer. Ingatkan pelancong ke ape” HAHAH. Sumpah ini kelakar!

*Selepas penat berjemur, now terpaksa drive balik. Maintain.*

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya dalam Taman Pertanian Malaysia ni, terdapat banyak lokasi-lokasi yang best. Sebagai contoh, taman kaktus, taman cendawan, perkampungan 4 musim dan banyak lagi. Dijamin, korang pasti enjoy kalau dtg melawat ke tempat ini. I did enjoy my shooting time there even tho i did it alone, by myself.


Dah puas baca? Eh tunggu kejap! Ada lagi nak kongsi.
Last 2 weeks, aku baru belajar benda baru. Benda yang selalu kita tengok dekat majalah. Nak tau apa? shoot Model cantik/handsome? Oh bukan! Shooting ala-ala advertising lah. Baru aku tahu bahawa iklan-iklan produk yang kita tgk dlm majalah tu bukan la senang untuk dihasilkan. Percayalah. Tapi, bila kita dah bersusah payah pasti kita senang hati melihat hasil tangan kita sendiri. Dah tu, cantik pulak gambar yang kita hasilkan. Pergh! Superb A+ lah nampaknya. 🙂

Ini merupakan antara salah satu gambar yang dishoot, bukan yang terbaik tapi sebagai display sahaja. Nak bagi para pembaca tengok.


Nak tengok scene di sebalik tabir gambar diatas?

Haaa, tengoklah puas puas. Bukan photographer saja diperlukan, tapi pembantu juga diperlukan. Sekurang-kurangnya, 2 atau 3 orang.
Nak try untuk buat shooting advertising? Masuklah kos photography. Semua benda korang akan rasa dan alami. Which is, quite fun! 🙂
Tapi kena ingat, dalam bidang photography ni cubalah untuk tidak menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam saja. Awalnya rajin dan mempunyai konsisten, at last. Hmmpphh! Hampeh, habuk je la. Ops, jangan ada yang terasa pulak. HiHiHi

*dua atau tiga orang sedang membantu untuk set up lighting*

*Panas, sebab lampu tu*

Hmm, enak sungguh dapat menikmati hujung minggu di melaka ni. Kerja pun boleh siap, tanpa gangguan. Tidur puas, sampai sakit kepala sebab terlebih tidur. ish ish.
Alhamdulillah, semua kerja hampir siap. Tapi tetap rindu dekat Shah Alam, terutamanya budak budak ni. 🙂

*comel betul dua orang budak ni*





OPSSS!!! Sebelum nak balik aku ada nak mintak tolong ni! Boleh kan?

Salah seorang lecturer aku telah tercalon dalam KL PHOTOAWARDS 2011, disini aku ingin mengajak korang semua untuk undi lecturer aku ni.

Senang je, just open link di bawah ini

KL PHOTOWARDS 2011 COMPETITION

Lepas tu dekat Voting form sila pilih nama yang ketiga (Azman Hanif)

Lepas tu click

‘VOTE HERE’

Pertandingan ini merupakan pertandingan bertaraf antarabangsa, kalau tengok artwork dari negara lain pun SUPERBLAH!

Tarikh Tutup Undian ialah pada 15 April 2011

Nak tengok hasil karya en Hanif lebih lanjut?

Silalah ke ruang Flickr beliau!
Kepada peminat photography, anda juga boleh melihat artwork artwork beliau sebagai bahan rujukan. 🙂

Hanif Azman

Awak semua sayang saya kan? Ingat! Jangan Lupa Undi.

(Yes, confirm dapat A+ untuk Digital Imaging kalau en Anep menang. Fuh kipas lagi! Kipas lagi!)

Lagi satu, kadangkala terasa berat nak tinggalkan Melaka. Sebab apa? Cuma orang tertentu saja yang tahu. 🙂
Kepada yang dah lepas, cubalah untuk tidak menyakitkan diri anda atau merosakkan diri anda, kerana aku masih lagi kisah terhadap kamu. Jaga diri ya.


Eh, sorry. Dah meleweh pulak aku, maaf ya para pembaca. Akhir kata, selamat berenjoy untuk hujung minggu anda. Jangan lupa datang Dataran Pahlawan, ada macam macam event dekat sana.

Jumpa Lagi!

p/s : Terima Kasih kepada tidak henti mengingatkan aku untuk meng’update’ blog ini. Aku sayang korang semua! 🙂


Jadilah diri sendiri ketika menulis blog kerana apa yang kita tulis itu akan lebih bermakna kerana ianya datang daripada hati sendiri dan bukannya buat-buat

Hide all
Regards, Pojiegraphy.

8 comments

  1. yeah! good effort la. hope u'll 'berdiri sebaris' wit other pro-photographer like KUKU BESI and saiful nang, etc ya 🙂

    regard -hadywahab.

  2. Yahoo dah update Yahoo! berkat i suruh update kan pojie kan . Hahaha .

    K semoga dirahmati Allah selalu .

    p/s tu kemain lagi tau . Terharu ni Hahaha ;p

  3. mmg tidak silap aku memasukkan link blog anda ke blogku…the best…setiap entri mu ada pengajaran yang di dapat..aku jg menulis bukan kerna nama sekadar ingin berkongsi apa yang ada dihati…yes.kita sama di situ…blog anda antara top ten di hati ku…wah…best2….sebab tu hari2 buka blog ni utk cari cerita baru…amin….teruskan menulis…

    p/s-klu tgk blogku..lagilah sentimental sebab semua tu datang dari hati semasa menulis..biarlah org nak kata apa seperti yg anda kata..itu blog kita so lantaklah nak buat apa…yeh….

Leave a Reply to sarah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *