Mungkin entri kali ini akan banyak unsur penulisan berbanding dengan pertunjukkan gambar-gambar. But trust me, you’ll get something once you’ve read this entire entry.
Kita ni orang muda zaman sekarangkan. Memang pandai dalam bab-bab bercinta ni. Sangat pandai lagi arif. Tapi, tahukah atau sedarkah kita? Sedar apa? Sedarkah kita bahawa kita ni sudah terlampau hanyut dalam dunia percintaan? (cewah ayat nak overdose poyo)
Sedarkah kita disebabkan CINTA, sometimes kita lupa dekat mak dan ayah serta keluarga kita?
Kemain, wallpaper letak gambar posing dengan awek/pakwe. Call log, inbox semua dipenuh dengan nama awek/pakwe je. Setiap malam 24jam gayut dengan siapa? Dengan awek/pakwe. Akan cari keluarga terutamanya mak dan ayah hanya apabila memerlukan sesuatu. Eg. Duit belanja dan sebagainya.
Sedarkah kita disebabkan CINTA, sometimes kita lupa dengan tanggungjawab kita untuk menuntut ilmu?
Kemain, lebih mengutamakan awek/pakwe daripada pelajaran. Bila si dia suruh itu ini, suruh ponteng, kau ikut jugalah ponteng kelas. Pelajaran diabaikan dek mengikut bakal pasangan hidup semati sejiwa kononnya. Bila gaduh, mulalah tak ada mood. Kalau sekadar hilang mood tak apa, tapi ini sampai jadi malas nak belajar. Sibuk dok tenung handset, habis semua kelas ponteng.
Sedarkah kita disebabkan CINTA, kita abaikan kawan kita?
Kemain, masa single dulu. Kawanlah yang selalu menjadi orang yang sentiasa dicall untuk ajak lepak bersama. Semenjak ada awek/pakwe ni, jangankan nak ajak. Text/call pun dah jarang. Faham, orang bercinta. Tapi, seriously takkan la sampai tak nak contact lansung kan? Nanti gaduh/dah break, siapa yang dicari? Kawan juga. Kui Kui.
dan banyak lagi sebenarnya.
Remember!
A great relationship is when someone can manage their life when having a relationship with another person. Giving all your attention towards him/her doesn’t help you at all. Selagi belum berkahwin, jagalah hubungan sesama semua orang. Jangan sampai ada yang dilupakan.
p/s: Penulisan entri kali ini adalah berdasarkan apa yang dibaca dalam sesebuah artikel.
Terimalah nyanyianku.
Lagu yang bertajuk Tapi Bukan Aku daripada Kerispatih
*tutup telinga*
nasib baik aku bace yang bawah tu, kalau tak pengsan aku mcm cite doraemon. time giant nyanyi