Sedap Sangat Ke Pisang Goreng Cheese by The Gorpis ni?

Sharing is caring!

Nowadays, trend pisang goreng cheese memang famous kan? Sekarang ni kita dah boleh menikmati pisang cheese ni dekat merata tempat (even tepi jalan raya pun ada). Banyak tu memang banyak tapi nak dapatkan pisang goreng cheese yang best tu bukan selalu. Ada yang terlebih manis, ada yang kurang rangup dan macam-macam lagi. Eh, tiba-tiba teringat balik makan pisang goreng epe dekat Makassar dulu. 

Recently, we went to Kota Damansara just to check out The Gorpis ni. Since it is too famous and ramai yang menggembar gemburkan pasal The Gorpis ni, we are just too curious nak rasa their pisang goreng cheese. 
My first impression bila tengok their akaun Instagram, wow!
My first impression bila tengok orang boleh order via ‘Whatsapp’, wow!
My first impression bila sampai sana pukul 1.30 petang dah ramai, wow!
My first impression bila tahu ada orang sampai order 10 set, wow!


Now, our question is SEDAP KE TIDAK?
teruskan membaca

Waktu operasi The Gorpis ialah bermula pada pukul 1.30 petang. 1.25 petang dah terpacak dekat kedai mereka, aku terpana seketika melihat ramai orang dah menunggu pesanan mereka untuk siap.

The Gorpis? Hmmm. Rasanya itu adalah gabungan dari Goreng Pisang, lepas tu jadilah Gorpis. Brilliant!

Yang aku salute ialah The Gorpis ni diusahakan oleh orang muda. They run a small business, get the hype and then develop it into a proper business. Good job! During our visit to The Gorpis, there were four of them who are in charge.
Nampak agak teratur dan tenang. Each of them tahu apa yang kena buat walaupun dengan suasana yang agak pressure juga la bagi aku (ramai customer tengah menunggu their order to be done).

Macam mana pula dengan harga? 
Kebiasaannya kita beli goreng pisang ni dalam 4 atau 5 ketul seringgit. Kalau dulu lagi la murah. Tapi sekarang harga dah makin mahal. Biasalah kan. Semuanya makin meningkat. 
Harga Pisang Cheese by The Gorpis
Cheese – RM6 per set
Cheese + Chocolate – RM7 per set
Cheese + Strawberry – RM7 per set
Cheese + White Choc – RM7 per set

Ada 8 ketul pisang goreng for each set

You can avoid yourself daripada membazir masa menunggu lama dengan place your order dekat their official ‘Whatsapp’ number (they will only accept the 30 set terawal). So, boleh la order awal-awal and then just datang sini for pick up only. Jimat tenaga dan masa. 

Rasa? I love the taste of their goreng pisang cheese. So rich! Cuma aku rasa, pisang goreng cheese ni semua orang boleh buat dan yang membezakan ialah rasa dan kualiti pisang yang mereka gunakan. For me, their pisang goreng is not bad. Sedap (boleh la makan sekali sekala). Aku tak berapa gemar nak makan manis-manis ni. Kalau mereka yang gemar makan goreng pisang cheese ni confirm akan selalu datang ke sini. 

Kalau nak cari The Gorpis, look for this point (picture above). Dia memang berdekatan dengan Tune Hotel, Kota Damansara and The Strand. Their stall memang exactly dekat tepi jalan. 
Their official Instagram account
@thegorpis

OPERATION HOURS
1.30 PM – 6 PM
Open daily except Monday/Friday

CONTACT NUMBER
+60123479070

map for The Gorpis (Tune Hotel Kota Damansara as landmark)
Those who are happen to drop by near Kota Damansara, boleh la cuba The Gorpis!

hello@pojiegraphy.com

Travel and Social Media Junkie

Comments

  • 03/08/2015

    Mahal juga…

    reply
  • 03/09/2015

    MY FIRST IMPRESSION MASA BACA AYAT2 KAT BAWAH NI

    My first impression bila tengok their akaun Instagram, wow!
    My first impression bila tengok orang boleh order via 'Whatsapp', wow!
    My first impression bila sampai sana pukul 1.30 petang dah ramai, wow!
    My first impression bila tahu ada orang sampai order 10 set, wow!

    WOW WOW WOW …mesti sedap dan lazat pisang goreng cheese diaorg kan ..wah siap blh oder ngan whatsapp lagi tuuu..tak perlu laa nk tunggu lama just whatsapp jer pastu dtg ambik..jimat masa ..harga boleh tahan tuuu..

    reply
  • 03/09/2015

    tapi sedap sehinggga menjilat jari.

    reply
  • 03/09/2015

    pisang cheese ni cpt sangat berpengaruh di semenanjung ni. rasanya awal tahun lpas bukan main susah nk cri kt semenanjung.

    reply
  • 03/09/2015

    kena try ni. ingat lagi first time makan pisang cheese setahun lalu di sabah. tapi di semenanjung xde lagi time tu.

    reply
  • 03/09/2015

    Menarik ni.. nak pergilah sesekali nanti. Thanks sharing Pojie.. ๐Ÿ™‚

    reply
  • DJ
    03/09/2015

    jauh sgt nak pi coba ni..hehehe

    reply
  • 03/10/2015

    sedapnya tengok ๐Ÿ™‚

    reply
  • 03/10/2015

    sedapnya dengan cheese meleleh btw pakai fish eye ke.. cantik pic

    reply
  • 03/11/2015

    hmmmm gerai tepi jalan pun dah maju betul boleh order online… kelassss… tapi saya pun kurang suka yang manis2 nih… sekali sekala boleh…

    reply
  • 03/11/2015

    haah,.. retiss pon ada jugak promote gorpis ni… kena bukak kedai laa lepas ni.. hehehe… tp apedehal customer sanggup je tunggu berpanasan

    reply
  • 03/14/2015

    akak kurang suka manis dan rich mcm tu… tapi kalu pisang tu direbus atau bakar rasanya boleh habis heheheheh..

    reply
  • 03/15/2015

    gerai kecik camtu je..tapi kalau sedap boleh di komercialkan dan ramai lak tu customer

    reply
  • 04/25/2015

    mmg besttt.. paling suka cheese campur dgn oreo.. heavenn gila time makan… cewahh haha

    reply
  • 06/29/2015

    Harga mcm agak pricey, ritu pergi kopi xoxo x sempat nk try huhu tension je rasa.

    reply
  • 07/21/2019

    Hari tu ada beli dekat kantin,gombak. Sumpah sedap and keesokkan hari repeat lagi.

    reply
  • 05/30/2021

    rasa biasa je. hanya parut cheese yg sikit sgt n parut coklat. lg coklat xcair pun cheese x melt pun. order kt grab rm13 1 set. beli 4 set. but 1 fmly pun xmkn habis. i think kena letak gula perang cket n susu manis sikit bg naikkan rasa. rasa so so. pisang grg tpi jln lg sdp

    reply

Post a Comment

Hello, welcome to my blog!

follow me
Follow us on