Simple Potrait Shot

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tiada banyak idea? Tiada banyak kos? Tiada alatan fotografi? Aku boleh share something untuk korang. Simple + Senang….

Tiada banyak idea? Tiada banyak kos? Tiada alatan fotografi?
Aku boleh share something untuk korang. Simple + Senang. Tapi tolonglah jangan gelak, sebab idea ni kurang siuman kot aku rasa. Kepada individu yang masih nak jinakkan diri dorang dalam bidang fotografi ni korang boleh la cuba untuk menambah gambar dalam portfolio korang. Senang, tak perlu risau banyak benda. Ada sebiji camera DSLR pun sudah memadai.
Sebelum itu,
Nak shooting gambar potraitkan? Sudah tentu korang memerlukan seorang model (lelaki/perempuan).
Amaran Keras : Jika anda baru dalam bidang ini, tolong jangan buka ‘apa-apa’ yang mereka pakai. (Nasihat daripada Mdm Fariza). Untuk pemilihan model ni, ikutlah citarasa korang semua. Nak yang macam itu, macam ini… boleh. Pilih saja dan apa yang penting korang tahu macam mana nak shoot gambar dorang, cari sudut yang baik agar gambar nampak lebih menarik.
Apa lagi? Tiada sumber cahaya?
Jangan risau, untuk mendapatkan cahaya yang terbaik, korang pergi la cuba untuk buat shooting dekat tempat yang banyak pokok pokok tinggi (Yang berdaun, jangan pulak korang pilih yang botak). Pemilihan masa shooting juga adalah sangat penting, apa masa yang sesuai untuk dapatkan gambar dengan cahaya yang menarik? Aku sarankan korang untuk shooting pada masa ini :
Pagi : Sekitar pukul 7am (Untuk mendapatkan cahaya yang lembut dan tenang)
Ingat! Jangan sesekali buat shooting pada waktu tengahari ( Dari pukul 11 hingga la 2pm or 3pm) kerana cahaya pada waktu tersebut adalah sangat flat)
Petang : Sekitar pukul 3pm hinggalah pukul 7 pm. (pastinya waktu inilah adalah waktu kegemaran aku)
Lighting? Dah selesai…. Rasa-rasa apa lagi yang korang nak tambah?
Kalau aku, nak tambah effect dekat muka model tu since kita cuma shoot untuk potrait saja kan?
Make up? Eyeliner? Blusher? Oh tidak…. aku student lagi. Mana ada cukup duit nak beli make up tu, nak pinjam dekat kawan-kawan perempuan rasa takut pulak kena baling kasut tinggi nanti.
Yang pasti jimat dan cermat,
ink cina. Haaaaaaaaaa, memandangkan aku salah seorang daripada pelajar Art & Design, apa kata aku guna sesuatu yang memang aku dah ada. Jangan risau yang ni takkan melukakan ataupun apa-apa its just korang kena berhati-hati apabila mengenakan ink tersebut dekat model. Jangan sampai dia terminum ataupun ink tu terkena dekat mata mereka.
Nampak effect ink cina tu dekat bawah mata si model?
/Shot dari atas sisi kanan/
/shot dari atas bahagian depan/
Sebelum itu, gambar-gambar diatas tu merupakan antara hasil gambar yang aku shoot untuk assignments. Tapi malangnya telah direject dan diarahkan untuk reshoot semula. Gambar-gambar diatas dishoot pada sekitar pukul 3pm hingga 4pm.
Perkataan Reject and Reshoot dah memang sebati dekat telinga aku ni sejak jadi pelajar Art & Design.
Re-Shoot Session
Aku buat keputusan untuk buat keputusan untuk buat shooting pada waktu matahari mula turun (sunset). Konsep tetap sama, chinese ink tetap ada, model yang sama dan ada tambahan iaitu kain hitam. (Maaf, gambar sebelum ini model tidak memakai apa-apa) Adakah itu antara salah satu sebab mengapa hasil kerja saya kena reject? So, ingat-ingatlah. Jangan disebabkan perkara yang kecil je boleh merosakkan sesuatu yang hampir-hampir siap.
Pemilihan tempat yang berbeza. Waktu dan pengcahayaan yang berbeza.
Tapi, model tetap sama. Siaplah kau muka kena conteng.
Untuk shoot kali ini, aku sembur air dekat kawasan rambut model agar kelihatan agak penat (berpeluh)
shot dari depan pandangan dari bawah (model tengah baring)
shot dari depan pandangan aras mata (model tengah duduk)
Cahaya datang dari belakang model.
pandangan dan sudut yang sama
Last shot
Untuk shot ini, simple dan senang. Aku cuma menggunakan body camera Canon EOS 500D serta potrait lens (50MM).
Walaupun hasil kerja kurang menarik, hope korang dapat serba sedikit apa yang aku cuba sampaikan. Ingat, jangan bergantung sangat dengan alatan-alatan fotografi yang lain. Cukup dengan body serta kit lens korang dah boleh jalan sedikit demi sedikit. Bukan setiap masa korang akan angkut semua alatan tu kan? So, bersedialah untuk perform tanpa mereka semua untuk masa masa yang tertentu. Apa-apa pun, alatan-alatan seperti reflector, spedlite, lens (selain kit-lens) adalah sangat perlu untuk hasil kerja yang menarik.
Ada rasa nak cuba? Jom! ;]
Entri berkaitan dengan fotografi bakal datang. Stay tuned.
;]

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *