St Giles Wembley Premier Hotel Penang

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Sebagai seorang yang berjiwa muda (perasan kejap), trip ke Penang merupakan suatu yang selalu diimpikan lagi-lagi bila ia…

Sebagai seorang yang berjiwa muda (perasan kejap), trip ke Penang merupakan suatu yang selalu diimpikan lagi-lagi bila ia dilakukan dengan konsep santai dan relax tapi dengan bajet yang sangat berjimat cermat.
But not for this trip kerana kali ni aku berpeluang untuk menginap di salah satu hotel mewah di Penang iaitu St Giles Wembley Penang!
Penginapan satu malam yang disediakan oleh pihak St Giles Wembley memang sangat-sangatlah membantu buat diri ini yang agak keletihan menghadap perjalanan dari Kuala Lumpur ke Penang. Apa lagi yang diinginkan dari sebuah hotel selain daripada penginapan yang selesa? Teruskan membaca untuk tahu ulasan berkenaan hotel ini. 

ST GILES WEMBLEY PENANG
Berdiri bersama dengan Cititel Express dibawah naungan Cititel Hotel Management (CHM), St Giles Wembley merupakan antara hotel mewah yang terletak di tengah-tengah bandar bersejarah George Town. 
Kedua-dua hotel ini iaitu Cititel Express dan St Giles Wembley Hotel berkongsi dalam bangunan yang sama namun ia dibahagikan sebagai kategori yang berbeza. 
Selain daripada lokasinya yang agak strategik — berdekatan dengan First Avenue Shopping Mall Penang, St Giles Wembley juga terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang lain seperti bangunan kerajaan, tempat bersejarah, bazar dan restoran-restoran menarik. Memandangkan jalan di sekitar George Town agak sempit, berjalan kaki merupakan pilihan terbaik untuk anda meneroka kota bersejarah ini. 
Jom kita lihat sekitar hotel St Giles Wembley 
Lobi utama St Giles Wembley
Lobby Lounge — tempat ideal untuk anda bersantai, menikmati minum petang sambil mendengar live music yang dipersembahkan (mostly pada waktu malam).

DELUXE ROOM
Anda semua pasti ternanti-nanti untuk melihat bilik yang terdapat di hotel ni kan? Semasa menginap di sini, aku berpeluang untuk merasai keindahan dalam bilik jenis Deluxe. Jom kita tengok!

Aku jenis agak particular dengan keselesaan tilam di setiap hotel yang aku visit. Bilik jenis Deluxe di St Giles Wembley ini ternyata agak selesa (tidurku tidak diganggu). Markah bonus buat hotel ini atas usaha mereka dalam menghasilkan dekorasi dinding (bercorak batik) menarik dan elegan ini. 

Terdapat 415 buah bilik yang ditawarkan antaranya ialah Superior, Deluxe, Executive Deluxe dan Executive Suite. Melalui tingkap bilik pula anda boleh menikmati pemandangan panorama sekitar bandar George Town. 

Selain daripada tilam yang selesa, hotel ini juga menyediakan segala barangan keperluan seperti jubah, selipar bilik, minuman (teh dan air mineral), digital locker, WiFi — semuanya percuma untuk tetamu. 
Secara peribadi, aku agak berkenan dengan branding hotel ini yang agak convincing dan juga kemas. Hampir semua benda yang terdapat dalam bilik ni mempunyai branding nama St Giles Wembley — ini menunjukkan bahawa hotel ini komited dalam mengekalkan nama mereka sebagai antara hotel mewah yang terbuka buat semua. 
Dah puas tengok bilik? Jom check out bilik mandi pula.

Terkejut sebentar sebab bilik air bilik ni agak besar — mini bath area dan bathtub. Boleh pilih mengikut keselesaan masing-masing. 

Selfie shot depan cermin bilik mandi is compulsory. LOL
EXECUTIVE LOUNGE, DSRT SKY ROOM AND HELIPAD
Bilik tidur? Checked. Sekarang jom kita tengok executive lounge pula. Sama seperti hotel-hotel mewah lain yang pernah aku visit, St Giles Wembley juga menyediakan Executive Lounge buat mereka yang duduk di bilik jenis suite — to enjoy their evening cocktail drink and some light foods. 

Executive Lounge ni terletak di tingkat 30 bersama dengan DSRT Sky Room dan Helipad pertama di Penang. Cool kan? St Giles Wembley merupakan hotel pertama di Penang yang mempunyai helipad. 

Tidak lupa juga cafe yang terdapat di tingkat 30 ini juga memberikan anda panoramic view of George Town — Penang Bridge and etc.
GYMNASIUM & INFINITY SWIMMING POOL

Setiap tetamu St Giles Wembley boleh menikmati perkhidmatan gym dan kolam renang. Personally, aku agak berkenan dengan kolam renang infiniti ni. Good spot for photography (swim wear pose perhaps?). Jika anda ada masa lapang atau rasa just nak stay dekat hotel, try out their gym and swimming pool.
BREAKFAST BUFFET 
Anda juga boleh menikmati breakfast, lunch dan dinner di Wembley Cafe. Hidangan di sini adalah jenis buffet dan bermacam-macam jenis makanan yang mereka hidangkan (makanan ala tempatan, Asia dan Barat) termasuklah makanan terkenal di Penang iaitu Pasembur.
** Perkhidmatan Private Dining juga disediakan 24 jam melalui cuisine-on-call.
I made (mix and match) my very own Nasi Lemak and it taste super good!

Mee sup here is one of my favourite foods too. 
Pengalaman dinner di Wembley Cafe bakal dikongsikan dalam entri yang berlainan. Bermacam-macam jenis makanan yang disediakan. Menarik!
** Sila layari laman web rasmi St Giles Wembley untuk tahu harga penginapan bagi setiap bilik di sini.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI ST GILES WEMBLEY PENANG

LAMAN WEB RASMI
FACEBOOK
EMAIL
info.swpg@StGiles-Hotels.com

ALAMAT

This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

3 comments

  1. Fuyooo bestnyer lepak2 dlm bilik..ni klau duk sini rasa tanak blk laa kot sebab mcm best sgt ..Menarik dan mewah ..kemudahan yg cukup lengkap..harga juga pastinya terbaikkk

Leave a Reply to Lya Akif Imtiyaz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *