Ta Prohm Temple, Siem Reap

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Ehem. Kita dah ke Angkor Wat dan Bayon Temple. Setiap temple yang aku pergi tu mempunyai ciri-ciri mereka…

Ehem. Kita dah ke Angkor Wat dan Bayon Temple. Setiap temple yang aku pergi tu mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Kali ni kita ke Ta Prohm Temple atau dahulunya dikenali sebagai Rajavihara. Temple yang merangkumi pelbagai sejarah ini juga antara tarikan utama bila datang ke Siem Reap. Jom kita ketahui serba sedikit pasal temple ni dan pengalaman aku sepanjang di Ta Prohm. 

Berbeza daripada temple lain yang terdapat di sekitar Siem Reap, Ta Prohm antara temple yang rupa dan keadaannya masih sama seperti mana ia dibina. Selain itu, temple ini juga telah diiktiraf oleh UNESCO pada 1992
Tahukah anda bahawa Ta Prohm ni juga pernah dijadikan sebagai set pengambaraan untuk filem Tomb Raider kerana environmentnya yang cukup classic dan juga kadangkala ada sedikit rasa seram. Jika anda tengah memilih temple mana nak pergi nanti, pastikan Ta Prohm sebagai lokasi pertama yang akan anda lawat. 
Pengalaman meneroka temple ini disertai dengan jari yang tak henti-henti menekan butang shutter kerana setiap sudut memang menarik. Adalah menjadi kerugian besar jika anda tidak membawa kamera apabila berkunjung ke Ta Prohm temple. Panjang pula membebel. Enjoy my pictures below!

Setiap tarikan atau temple ini ada collaboration dengan negara lain in which the other countries contribute dalam menjaga tempat-tempat bersejarah ni. Before proceed to the temple, jangan lupa baca serba sedikit pasal sejarah Ta Prohm temple ni. Tahu, anda semua memang teruja nak bergambar. Tapi, baca la sikit pasal temple ni dulu supaya penerokaan anda akan lebih bermakna. 

Cuaca masa tu agak panas. Ramai yang bersantai di sekitar temple ni sebab mungkin terlalu penat explore banyak temple sebelum ni. Adalah disarankan agar korang bawalah beberapat botol air to keep you hydrated (kalau datang sekitar bukan oktober). 

Selain daripada memiliki struktur kuil yang unik, Ta Prohm juga terkenal dengan pokok besar yang dikatan membesar di atas temple. Bukan setakat pokok biasa, its a huge tree! Kalau tengok gambar-gambar yang berunsur photojournalism seperti dari National Geographic dan yang lain, korang mesti pernah nampak pokok ni. Indeed, Ta Prohm is a photogenic place to be visited!

Kalau datang temple ni, aku yakin 1 jam tak cukup bagi mereka yang gemar mengambil gambar. Kalau suka masuk photography contest, gambar pokok dekat temple ni pun ada potensi untuk menang contest tu sebab unik. Whatever it is, your skill and sense of art that matters!

Finally, dah habis pun tiga cerita berkenaan dengan temple yang perlu korang visit di Siem Reap. Harap boleh la juga bagi sedikit gambaran berkenaan dengan tempat-tempat ni. Indirectly boleh bantu korang dalam membuat keputusan sama ada nak pergi atau tidak. Jumpa lagi di entri seterusnya!

9 comments

  1. Betulkan kata pepatah… jauh perjalanan luas pemandangan, banyak ilmu yang kita dapat… hmmmm belum sempat melancong ke sini, cuma bila terbaca Angkor Wat itu… teringat candi lain seperti Borobudur dan Prambanan yang berkait dengan sejarah kedatangan agama Hindu Buddha dan pertembungan dengan budaya Melayu di Asia Tenggara.

  2. Alahai lawat kuil plak dah Pojie..Kat sana mesti banyak laaa kan Kuil2 lama kot..Tanggapan jer betulkan kalau silap hehehe..Meneroka utk mencari pengalaman..Gambar mmg terbaik laaa..Awek mana pulak tu posing cun katsitu hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *