Taman Negara Pahang: Menerokai Canopy Walk dan Mutiara Resort Taman Negara

Sharing is caring!

Selepas melawat dan mandi bersama gajah di Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, kami terus berangkat ke Taman Negara Pahang, salah satu tempat yang begitu terkenal di Pahang, khususnya Jerantut. 

Ramai para pengunjung, tidak kira dalam dan luar negara yang datang ke sini malah ada juga yang sanggup menginap di beberapa resort berdekatan untuk menikmati dan menerokai keindahan hutan hujan tropika yang berusia hampir 130 million tahun. WOW! 

Seperti yang disebut di atas, sebenarnya rugi kalau korang datang tapi tak menginap di sini. Ramai yang beranggapan bahawa tak banyak resort, hostel atau guesthouse terdapat di kawasan Taman Negara. Hakikatnya, banyak. Korang cuma perlu pilih ikut citarasa sendiri.

Antara cadangan penginapan yang boleh dikongsi kepada korang ialah Mutiara Taman Negara, iaitu resort yang menawarkan penginapan yang selesa dan aktiviti-aktiviti menarik. Kalau korang minat dengan alam semula jadi, tempat ini pastinya sesuai buat korang.

Perjalanan dari Kuala Gandah Elephant Elephant Orphanage Sanctuary ke Taman Negara Pahang mengambil masa sekitar 2 jam lebih. Dapat la juga keluar highway sekejap, maka 2 jam tu aku manfaatkan update gambar dan story dekat social media memandangkan sambungan Internet sangatlah memuaskan masa tu.

Lesson learned. Aku kena siap sedia bahawa di Taman Negara nanti mesti sambungan Internet sangat terhad. Tapi ada beberapa telco mempunyai sambungan yang sangat memuaskan.

Korang yang plan nak datang ke sini, boleh semak sama ada telco yang korang langgan tu ada sambungan baik di sini. Aku guna Celcom, cuma mampu buat panggilan dan SMS je. Fahami la maksudnya tu ya.

Untuk ke Mutiara Resort Taman Negara, pengangkutan yang korang boleh naik dan guna hanyalah bot (unless you’re super wealthy, maybe boleh la naik heli, jet or kapal terbang) hahahaha. Gurau. Yeap, memang bot saja yang kira ideal untuk korang pergi ke resort ini.

Baca juga: Pengalaman di Tanah Aina Farrah Soraya Eco Resort 

Nasihat aku, jangan bawa luggage besar yang amat. Bawa barang-barang yang penting sahaja. Ini adalah untuk keselesaan sendiri. Oh ya, perjalanan bot tu kejap je. Tak sampai 2 atau 3 minit pun. Tapi sempatlah juga menikmati keindahan sekitar Sungai Tahan. Agak kecewa sebab masa datang tu, air agak surut hmm harapnya kalau datang lagi nanti air dah tinggi.

Oh ya, sebentar lagi aku kongsi sedikit info mengenai Taman Negara Pahang ya.

Mutiara Resort Taman Negara Pahang

Seperti anda lihat dalam gambar di atas, itulah bilik yang aku duduk sorang-sorang. Besar lagi selesa. Mutiara Resort Taman Negara menawarkan pelbagai jenis bilik untuk para tetamu mengikut keinginan mereka. Bilik besar, bilik kecil, bilik ada balkoni, semua ada.

Jenis bilik disediakan:
1. Bungalow
2. Chalet Suite
3. Family Suite
4. Guesthouses
5. Hostel bed / dormitory

Seni bina luaran dan dalaman setiap bangunan di sekitar resort ini mempersembahkan elemen seni tradisional Melayu. Kebanyakan adalah daripada kayu, menambahkan lagi rasa seperti berada di kampung.

Bilik dilengkapi dengan keperluan asas seperti TV (Yes, memang keperluan asas bila tak dapat layari Internet), meja untuk buat kerja, penghawa dingin, peti sejuk, almari dan banyak lagi.

Untuk bilik air pula, cukup selesa dengan ruang yang agak luas. Mereka juga sediakan alatan mandian seperti sabun, syampoo, ubat gigi dan pemanas air. Kalau korang yang jenis tak suka mandi sejuk, jangan risau.

Selepas meneroka bilik, aku ambil masa sebentar untuk segarkan diri setelah menjalani beberapa aktiviti termasuklah mandi dengan gajah. Memandangkan malam ada aktiviti Night Walk, aku siap cepat-cepat sebab nak makan malam dulu sebelum buat aktiviti.

Perut dah lapar, masa yang diambil untuk makan tu mungkin agak panjang. So, kena siap cepat. Dengar cerita ada menu kat restoran diorang ni yang berjaya buat aku tambah nasi sampai 3 kali. Biar betul? Haaaa, nantikan!

Restoran Seri Mutiara la tempat korang akan sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Tidak lupa juga untuk lepak malam sambil menikmati minuman segar. 
Alkisahnya, rasa penat tu buat aku hilang selera nak makan. Betul, mula-mula makan macam biasa je sampailah mereka hidang Ikan Patin Tempoyak. SEDAPPPPPPPPP!

Aku bukanlah minat makan ikan, apatah lagi tempoyak. Tapi ikan patin tempoyak di sini berjaya buat aku tambah dan terus tambah nasi. Restoran ni layak menerima tepukan gemuruh. Korang wajib cuba. TAK TIPU!

Gambar atas: Inilah ikan patin tempoyak yang aku makan tu. Dalam gambar pun nampak sangat menyelerakan, aaah terus terimbau semula kenikmatan yang kitoarang rasai masa tu. 
Selesai makan malam, kitaorang teruskan dengan aktiviti ‘Night Walk’. Kalau korang duduk dekat Mutiara Resort Taman Negara, boleh buat tempahan untuk buat aktiviti ni. Nanti akan ada staf resort yang bawa korang jalan dan terangkan apa yang korang nampak. 
Taman Negara Pahang
Taman Negara Pahang merupakan tempat yang menyimpan khazanah alam flora dan fauna dari dahulu lagi. Di sini juga terdapat hutan hujan tropika yang berusia kira-kira 130 million tahun, menjadikan Taman Negara Pahang sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana pelbagai daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal – membantu dalam menarik pelancong dari luar untuk datang ke sini. 
Selain itu, Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang.
Nota: Para pengunjung perlu mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum masuk ke kawasan Taman Negara. 
Aktiviti ni sesuai bagi mereka yang suka buat night dan macro photography sebab terdapat pelbagai jenis hidupan yang jarang kita lihat. Cuma sayangnya, kamera tak berapa nak kerjasama. So, aku just enjoy the view dan dengar penjelesan dari En Zalmie, iaitu tour guide kami. 
Cuma sempat ambil gambar seperti di atas. Okay la kan daripada tak ada. 
Tips
1. Kalau nak buat ‘Night Walk’, sila buat booking awal-awal. 
2. Hutan Taman Negara Pahang ni hampir 130 million tahun usianya, so apa saja nasihat dari staf, sila beri perhatian dan ikut 😉
3. Pakai pakaianan yang sesuai dan yang penting menutupi mana patut. Cuaca agak panas dan lembab, berpeluh juga la sikit.
4. JANGAN PAKAI SELIPAR, nanti jadi macam aku. Tengah sedap ambil gambar, tiba-tiba kena gigit something sampai berdarah kaki. Nasib bukan semut daging. 
5. Staf ada lampu suluh, tapi kalau korang lampu suluh sendiri lagi puas hati. 
Night walk ni mengambil masa sekitar 1 jam lebih. Ia akan bawa korang ke beberapa menara pantau (paling terkenal ialah Bunbun Kumbang), di sini korang boleh tengok macam-macam jenis haiwan dari jauh. Sebagai contoh, ‘samba deer’ jenis rusa yang terbesar.  

Sampai resort pukul 9.45 pm, aku terus mandi dan rehat sebab besok ada banyak aktiviti lagi. Boleh kata, it’s gonna be a long day
Paginya kita terus teroka Taman Negara, selepas sarapan pagi di Restoran Seri Mutiara, dengan melakukan aktiviti ‘Morning Walk’ terlebih dahulu. Sama seperti ‘Night Walk’, tapi aku lagi enjoy ‘Night Walk’ sebab nampak benda baru. Tapi, siang pun not bad juga sebab terang. Ngeh ngeh. 
Selesai ‘Morning Walk’, kitaorang kena buat senaman sikit (boleh tahan penat, tapi best sebab keluar peluh). Aktiviti seterusnya ialah menuju ke Canopy Walk Taman Negara Pahang, yang dinanti-nantikan selama ini.
Dari resort, ada pelbagai dua pilihan jalan iaitu Sempang Bukit Keruing (mencabar) dan Canopy Way (just nice), yang akan bawa korang ke Canopy Walk dan staf Mutiara Resort Taman Negara memilih untuk bagi kitaorang senaman sikit. Mencabar sampai tercungap-cungap, tapi sekurang-kurangnya lemak masa sarapan pagi tadi dah terbakar. Hahahah. 
Sepanjang perjalanan, korang boleh la berhenti dan ambil gambar tumbuhan-tumbuhan yang ada di sini. Banyak juga yang menarik dan antaranya pokok pokok Mengkudor, Tongkat Ali dan ada beberapa lagi. 
Sampai je dekat Canopy Walk, para pengunjung perlu mendaftar di kaunter khas dan buat pembayaran masuk. Berikut merupakan caj yang dikenakan untuk mereka yang nak jalan atas Canopy Walk: 
Harga naik Canopy Walk
Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00
Waktu operasi
11 pagi hingga 2.45pm (Sabtu ke Khamis)
9 pagi hingga 12 tengahari (Jumaat)

Canopy Walk Taman Negara Pahang
Tahukah anda bahawa Canopy Walk di Taman Negara Pahang merupakan canopy walk yang terpanjang di dunia? Mula-mula tak percaya lepas tu bila buat research sikit, barulah yakin. Mempunyai ketinggian sekitar 45 meter tinggi dan 600 meter jarak perjalanan, Canopy Walk ini semestinya menjadi tarikan paling popular di Taman Negara Pahang. Para pengunjung berpeluang untuk melihat kecantikan panorama flora dan fauna semasa berjalan atas sini.

Canopy Walk ini pada awalnya dibina bagi tujuan penyelidikan dan seterusnya menjadi tarikan pelancongan bagi pengunjung dari dalam dan luar negara. Tak hairan la ramai orang-orang dari Barat datang ke Taman Negara rupa-rupanya kerana Canopy Walk ni.

Jangan risau pasal keselamatan kerana Canopy Walk ini dibawah jagaan Jabatan Hidupan Liar yang akan memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat. Canopy Walk ni juga terletak berdekatan dengan pejabat Jabatan Hidupan Liar.

Tidak dapat dinafikan, berjalan atas Canopy Walk di Taman Negara Pahang merupakan pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang trip bersama dengan Tourism Malaysia. Tidak pernah terlintas dalam fikiran (dalam masa terdekat) untuk melawat Taman Negara Pahang, apatah lagi berjalan atas Canopy Walk terpanjang di dunia.

Gambar atas: Tatie adalah insan paling awal berjalan atas Canopy Walk. Dia juga berjaya mengusik para peserta lain. Tahniah!

Bagi mereka yang agak takut dengan ketinggian, tempat ini sekali gus melatih anda untuk biasakan diri dengan ketinggian. Pada awalnya, aku pun takut tinggi juga tapi bila dah biasa buat aktiviti-aktiviti yang melibatkan ketinggian ni, aku seakan dah biasa. Tiada masalah dah untuk jalan atas titian kanopi ni.

Small matter (cakap besar nampak).

Tips:
1. Digalakkan untuk anda pakai pakaian yang nipis dan selesa. Jangan sesekali ada hajat untuk pakai pakaian macam nak buat fashion show ya.
2. Pakai sarung tangan paras lengan dan seluar panjang bagi mengelakkan serangga.
3. Untuk persediaan, korang bawa la juga jaket kalis air.
4. Pastikan korang selesai trekking sebelum matahari terbenam. Kalau gelap, keadaan semestinya lebih sukar dan bahaya.
5. Patuh peraturan yang telah ditetapkan ketika berjalan atas titian kanopi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
6. IKUT LALUAN YANG SUDAH DITANDA DI DALAM HUTAN.

Hampir 30 ke 40 minit kitoarang dekat atas. Rasa tak sangka tu masih ada lagi. Cepat sangat pula masa berlalu. Sayang, masa datang ke sini cuma boleh jalan sehingga 300 meter sahaja. 300 meter lagi ditutup untuk tujuan penambahbaikan.

Kalau anda berpeluang, boleh la tengok hidupan-hidupan malu-malu kucing kat sini. Sebagai contoh, seperti dalam gambar di atas. Bekerjasama dengan baik untuk aku dapatkan shot seperti itu. Pakai lens 50mm pun dah okay. 

Gambar atas: Pastikan jarak anda dengan orang depan dan belakang adalah 10 meter, untuk tujuan keselamatan.

Mutiara Resort Taman Negara 
Tel: +6092662200
Tempahan: book.mtn@gmail.com
Laman web: Mutiara Resort Taman Negara

Taman Negara Pahang
Laman web: Taman Negara Pahang

Itu saja perkongsian untuk bahagian satu. Cerita seterusnya bakal bersambung dalam bahagian dua. Haa, yang ni pun ada aktiviti best yang aku nak kongsikan!

VIDEO MY ECO FAM TRIP 2016



Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan impian aku untuk melihat keindahan alam semula jadi di Pahang dan Putrajaya menjadi realiti. Teruskan ikuti cerita #MyEcoFamTrip2016 – DI SINI

hello@pojiegraphy.com

Travel and Social Media Junkie

Comments

  • 06/11/2016

    seronoknya! tempat pun cantik. hopefully one day blh dtg sini. walaupun gayat tapi nak cuba jalan atas canopy walk tu 😀

    reply
  • 06/12/2016

    Tapi tak complete kau punya lawatan sebab kau tak jumpa ratu Jerantut #oops!

    reply
  • 06/13/2016

    wah…menarik ni.

    reply
  • 06/19/2016

    Best! mummy suka tang canopy walk tu.. tapi bila sampai bahagian tangga tu, serius rasa mcm nak pengsan..hahahhaa 😛

    reply
  • 06/25/2016

    Cantik tempat ni. Bilik pun selesa je =)

    reply
  • 08/02/2016

    bestnya. busyra mmg suka hutan2 ni. fresh!!

    reply
  • 08/08/2016

    Hey ho. Wajib datang kat sini. Best!

    reply
  • 08/08/2016

    Ratu jerantut busy! #oops!

    reply
  • 08/08/2016

    Datang, jangan tak datang yeh!

    reply
  • 08/08/2016

    Alaaa, its just a short walk la. Hahaha. Best for work out!

    reply
  • 08/08/2016

    Indeed. Semua lengkap. Tak perlu pergi jauh jauh 🙂

    reply
  • 08/08/2016

    You should come here Busyra. Nice place untuk orang yang suka nature!

    reply
  • mj
    11/20/2016

    haha, ada suggestion untuk tempat tidur yang lagi murah tak pojie ? 😀

    reply
  • 12/26/2016

    Kalau just nak p buat aktiviti canopy walk je, macam mana?

    reply
  • 12/26/2016

    Hi MJ,

    Maaf. So far yang ni sajalah saya boleh kongsi. Next time kalau ada, nanti saya kongsi ya? 😉

    reply
  • 12/26/2016

    Still boleh. Boleh akses melalui resort ni juga. Lepas tu tanya staff kat sini untuk tahu macam mana nak pergi buat canopy walk 😉

    reply
  • 04/03/2018

    kalau just nk pergi sini tuk naik canopy walkway je boleh tak?

    reply
  • 04/03/2018

    Boleh juga 🙂

    reply

Post a Comment

Hello, welcome to my blog!

follow me
Follow us on