Tarikan Pelancongan di Putrajaya – Taman Botani Putrajaya dan Fantasy Rainforest

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bicara mengenai Putrajaya, ramai, termasuklah aku, yang selalu ingat bahawa wilayah persekutuan ini hanyalah tentang bandar  untuk kerajaan….

Bicara mengenai Putrajaya, ramai, termasuklah aku, yang selalu ingat bahawa wilayah persekutuan ini hanyalah tentang bandar  untuk kerajaan. Typically, orang akan beranggapan seperti begitu hinggalah mereka datang ke Putrajaya dan meneroka beberapa tarikan menarik yang ada di bandar yang semakin membangun ini. 
Itulah yang aku lalui sepanjang trip #MyEcoFamTrip2016 iaitu media familiarisation trip, anjuran Tourism Malaysia yang bertujuan untuk meneroka beberapa tarikan berkonsepkan eco-tourism yang terdapat di Pahang dan juga Putrajaya. 
Mengapa hanya dua destinasi ini? Mungkin mereka ada sebab tersendiri, tak apa kerana yang penting selepas ni aku bakal sajikan beberapa cerita menarik (harap-harap menarik la) untuk korang mengenai trip ini. 


Trip ini bukan sahaja disertai oleh pengamal media dari Malaysia. Ia juga disertai oleh media dan blogger dari Filipina, Singapura dan China. Meriah tidak terkata, nampaknya pihak Tourism Malaysia begitu peka dimana dan siapa target audience mereka untuk mempromosikan produk-produk pelancongan dalam negara ini.

Panjang pula kan penerangan dari aku ni, maaf la sebab jari ni agak aktif semacam pula. Okay, berbalik kepada trip #MyEcoFamTrip2016. Ianya berlangsung selama 5 hari 4 malam. Bermula dari Putrajaya hinggalah di Taman Negara Pahang. Hah, kalau nak tahu apa yang berlaku sepanjang trip ni, korang kenalah baca setiap entri yang aku kongsikan nanti.

So, tanpa membuang masa marilah kita tengok beberapa tarikan menarik yang korang boleh cuba bila berada di Putrajaya.

Taman Botani Putrajaya   

Menjadi yang taman botani buatan manusia terbesar di Malaysia, Taman Botani Putrajaya mempunyai keluasan sekitar 92 hektar yang menyimpan serta menjaga pelbagai jenis tumbuhan, hidupan dan banyak lagi – sekitar 700 spesis tumbuhan termasuklah dari Asia Pasifik dan Afrika. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian bunga, tumbuhan perhiasan serta tempat penjagaan dan juga penyelidikan.

Memandangkan taman botani ini agak luas, agak mustahil untuk kita teroka tempat ini dengan hanya berjalan kaki (unless korang plan nak jogging). Oleh itu, korang juga boleh request untuk staff di sini bawa korang pusing-pusing kat sini dengan menaiki tram. Jimat masa, jimat tenaga dan korang boleh menikmati keindahan tumbuhan hijau di sini.

Tapi kalau korang jenis yang nak tengok banyak benda, aku sarankan agar korang jalan kaki. Ala, buat la senaman sikit. Boleh berhenti kat banyak tempat untuk ambil gambar tumbuhan-tumbuhan menarik. Apa salahnya sekali sekala keluarkan peluh kan?

Tour pusing-pusing kat taman ni mengambil masa sekitar 45 minit juga la termasuk sesi ambil gambar dan dengar penerangan dari staff. Part paling masa kitaorang berhenti dekat satu pokok ni (couldn’t recall what was it, macam manggis tapi bukan manggis) untuk menikmati buah yang dipetik. Segar dan sedap!

Gambar atas: Musa Ornata atau dikenali sebagai Pisang Hias. Antara tumbuhan yang kitaorang jumpa. Sangatlah cantik dan ideal untuk mereka yang gemar mengambil gambar makro.

Selepas melihat tumbuh-tumbuhan yang ada di sini, kami teruskan perjalanan untuk melihat apa lagi benda menarik yang terdapat di Taman Botani Putrajaya. Uh, yang ni memang korang perlu tahu. Taman Botani Putrajaya menjaga sekitar 4 jenis lebah yang tiada sengat. Kira selamat la untuk tengok dengan jarak dekat.

Benar, lebah-lebah di sini manja. Diorang tak serang pun. Tengok saja gambar di bawah, siap aku boleh pose lagi di sebelah sarang lebah ni tanpa perlu risau sama ada akan disengat atau tidak. Bhahaha!
Dengan ini, kepada para ibubapa yang berhasrat untuk bawa anak-anak mereka melihat lebah dan bagaimana ia boleh proses madu, datang la ke Taman Botani Putrajaya.

Gambar atas: Allow me to introduce my new friends and now you may call me BeeJie, or perhaps JieBee (OOPS!)

Gambar atas: Gambar jarak dekat kawasan sarang lebah yang terdapat di Taman Botani Putrajaya

Laa, semuanya pasal tumbuhan je? Takde spot menarik ke nak ambil gambar? 

Persoalan seperti di atas pasti akan timbul dalam fikiran korang kan? Ye la, dah penat datang sini dari jauh, nak juga abadikan setiap kenangan tu dengan gambar-gambar menarik atau Instagrammable (bak kata para generasi Y).

Taman Botani Putrajaya
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: +603-88877770
Website: KLIK SINI
Bayaran masuk: Percuma
Bayaran menaiki tram: RM3 dewasa / RM1 kanak-kanak
Perkhidmatan sewa basikal (dengan caj tertentu) dan pakej Botani Hunt untuk kumpulan besar.
Fasiliti: Surau, kafe dan tempat letak kereta (percuma)
Waktu operasi: 7.00am hingga 7.00pm (kecuali Raya Aidilfitri pertama dan kedua)

Astaka Morocco
Jangan risau, pastinya ada untuk korang. Astaka Morocco (Moroccan Pavilion) yang tersergam indah di sekitar Taman Botani Putrajaya ini pastinya akan memukau setiap pengunjung dengan seni bina Morocco yang begitu cantik.

Ianya merupakan replika istana Moroccan yang terdapat di Marrakesh, Morocco. Seni bina pavilion ini semestinya membuatkan anda rasa seakan-akan berada di Morocco. Selain itu, beberapa motif yang diaplikasikan di sekitar astaka ini merupakan inspirasi dari tumbuh-tumbuhan. Cool kan?

Bagi aku, tempat ini sesuai untuk mereka yang gemar melihat elemen senibina bangunan dari negara lain, ambil gambar dan juga pose tanpa henti (macam aku). Tapi disebabkan trip ini turut disertai oleh beberapa media yang lain, aku tekad untuk behave sikit walaupun dalam hati nak dapatkan gambar pose dari setiap sudut.

Mungkin nanti aku akan datang sini lagi, trip sendirian berhad. Eh!

Gambar atas: Terpukau sebentar melihat setiap ukiran yang terdapat di Astaka Morocco (Moroccan Pavilion)

Astaka Morocco
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Tel: +603-88877770
Website: KLIK SINI
Bayaran masuk: RM3 dewasa / RM1 kanak-kanak
Tempat ini juga dibuka untuk mereka yang nak buat commercial photoshoot (sila hubungi pihak pengurusan)

Dah penat pusing-pusing kat Taman Botani Putrajaya, perut mesti dah lapar kan? Okay, nak bawa korang pergi makan buffet yang dianggap kira murah di Putrajaya. Dekat mana? Tidak lain tidak bukan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau Putrajaya International Convention Center (PICC).

Sebelum menikmati buffet lunch, kitaorang dibawa untuk pusing-pusing sekitar sini untuk melihat apa yang PICC boleh tawarkan buat orang ramai. Ia merupakan tempat yang cukup sinonim bagi majlis-majlis rasmi tidak kira untuk domestik ataupun antarabangsa.

Gambar atas: Antara satu dewan utama di PICC. Besar memang besar!

Gambar atas: Kami berpeluang untuk masuk dekat bilik menunggu yang biasanya digunakan oleh para VIP termasuklah Perdana Menteri kita. Awesome!

Sebenarnya, ini la yang korang tak sabar-sabar nak tengok kan? Siapa la tak sabar kalau buffet makan tengahari (makan apa saja korang nak) hanya dengan harga RM25.00 seorang. APA?! BIAR BETUL!

Percaya atau tidak, its up to you. Dah, nak masuk dulu. Korang nak ikut tak? Jom!

Dengan harganya yang begitu murah, korang boleh menikmati sekitar 65 jenis hidangan yang pastinya buat korang tak nak beredar dari Cafe@PICC ni. Antara menu yang disediakan termasuklah menu-menu tradisional Melayu, buah-buahan dan salad, pelbagai jenis dessert dan banyak lagi.

Mulanya memang susah nak percaya, tapi bila dah sampai kat sini, aku terus terdiam sebab khusyuk menikmati setiap hidangan yang ada di sini.

So, kalau korang ada di Putrajaya, jangan lupa datang ke PICC dan pergi ke Cafe@PICC untuk menikmati Lunch Buffet yang agak murah ini.

Rugi kalau tak cuba!

Cafe@PICC
Alamat: Putrajaya International Convention Centre, Dataran Gemilang, Presint 5, 62000, Putrajaya
Harga: RM25 nett
Website: KLIK SINI

Fantasy Rainforest di PICC

Perut dah kenyang menjamu selera di Cafe@PICC tadi. Kini tibalah masa untuk kita sajikan mata dengan persembahan penuh bertenaga mengenai keharmonian hidupan di hutan Malaysia, itulah Fantasy Rainforest.

Ianya dipercayai sebagai world-class theatre pertama di Malaysia, belanja sekitar RM10 million untuk keseluruhan Fantasy Rainforest. Wow, hebat! Manakan tidak, persembahan ini menampilkan sekitar 60 world class performers ditemani hampir 30 tenaga belakang pentas.

Pengalaman selama 60 minit ini akan membawa anda ke alam imaginasi – bermula dengan keamanan hidupan di hutan hinggalah muncul pihak tidak bertanggungjawab mengganggu gugat keselamatan hidupan di hutan.

Persembahan yang penuh warna ini juga memberi gambaran bahawa Malaysia merupakan negara yang harmoni – rakyat yang datang dari berbilang kaum saling terima perbezaan antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, tetamu yang terpilih akan dibawa naik ke atas pentas untuk satu ‘kejutan’ semestinya membuat para penonton lain gelak. Ini bermakna, persembahan Fantasy Rainforest merupakan persembahan yang mempunyai dwi-interaksi.

Selepas persembahan selesai, korang boleh ambil gambar dengan karakter-karakter dalam Fantasy Rainforest – jangan risau, diorang tak akan gigit korang. Lalala.

Fantasy Rainforest di PICC
Alamat: Putrajaya International Convention Centre Dataran Gemilang, Precint 5, 62000 Putrajaya
Tel: +03 88876000 (ext 6189)
Harga tiket: RM120 (dewasa), RM 60 (kanak-kanak) dan RM200 (VIP)
Tempah tiket: KLIK SINI
Masa persembahan: 2.00pm dan 6.00pm (Setiap Hari)

Macam mana? Tak sangka Putrajaya ni ada banyak tempat best juga kan?
So, korang boleh la datang ke sini untuk luangkan masa hujung minggu bersama dengan keluarga tersayang. Kalau malas nak pergi jauh but still rasa nak keluar dari kesibukan kota KL, pergi la Putrajaya untuk experience sendiri tarikan-tarikan di sini.

Destinasi seterusnya? Nantikan dalam next entri ya!
KLIK SINI untuk mengikuti entri-entri lain mengenai #MyEcoFamTrip2016

Video #MYEcoFamTrip2016


Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjadikan impian aku untuk melihat keindahan alam semula jadi di Pahang dan Putrajaya menjadi realiti. 

21 comments

  1. As usual, your images are stunning! Look forward to visit PICC and try their lunch buffet. RM25 nett? Why so cheap hah? Wargh!

  2. Sebelumnya, salam kenal dari Banjarnegara-Indonesia hehehe. Semenjak ada even gerhana matahari total, saya sudah mulai tertarik dengan blog ini bahkan beberapa kali sudah menyempatkan diri melihat video-videomu di youtube. Salam kenal mas Pojie hehehe

  3. Hi Lieyana, jyeah. Thank you so much for your great compliment.
    As far as I concern, indeed the lunch buffet was superbly affordable. They offer wide variety of menus to choose from. Must try!

  4. Waduh waduh. Salam dari Malaysia. Saya amat berbesar hati dapat tahu apa yang kamu ceritakan. Moga-moga dapat lebih rezeki untuk ke Indonesia lagi ya. Saya suka explore sana! 🙂

    Salam kenal. I'm now one of your follower 🙂

  5. Tak sangka bnyak jugak attractions di Putrajaya.
    Selama ni selalu pegi PICC ja.
    Weekend ni nak pegi explore Taman botani. TQ for the info!

Leave a Reply to kakitravelkhairuddin.blogspot.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *