Teknologi

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Kita semua telah sedari bahawa arus kemajuan teknologi pada masa kini bergerak begitu pantas dan ianya lebih pantas…

Kita semua telah sedari bahawa arus kemajuan teknologi pada masa kini bergerak begitu pantas dan ianya lebih pantas daripada pergerakkan kehidupan kita sebagai manusia. Senang cerita, belum sempat untuk kita bernafas lega dengan suatu teknologi baharu itu dan tidak lama selepas itu muncul lagi teknologi baharu dan ianya ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita semua juga sedari bahawa kitalah yang perlu mengorak langkah kita mengejar arus kemajuan teknologi masa kini untuk mengelakkan kita daripada ketinggalan kerana semua yang kita buat pada masa kini melibatkan teknologi. Semuanya adalah berkenaan dengan teknologi terutamanya teknologi dalam aspek komunikasi.

Teknologi komunikasi terdiri daripada pelbagai jenis sebagai contoh melalui telefon bimbit, media sosial, cetakan, penyiaran dan sebagainya. Teknologi komunikasi adalah antara aspek yang terpenting dalam kehidupan setiap manusia tidak kira apa jua jenis komunikasi. Dilihat daripada pada zaman dahulu, teknologi komunikasi begitu terhad buat mereka sehinggalah lahirnya minda yang kreatif dan berinovasi yang mencetuskan pelbagai idea dan juga memberi pelbagai pendapat dalam mengejar kemajuan. Tidak dapat kita nafikan bahawa teknologi-teknologi yang terdapat pada masa kini adalah begitu membanggakan. Namun disebalik semua kebanggaan itu terdapat perkara yang kita tidak sedari/sedari sedang berlaku dan jika ianya berterusan maka ia boleh merosakkan generasi pada masa akan datang.

Laman sosial adalah antara yang mendapat begitu banyak sambutan dalam kalangan masyarakat dimana-mana tempat khususnya golongan remaja yang masih lagi muda dan belum lagi dibentuk dengan begitu sempurna. Remaja mudah terpengaruh dan mudah terikut-ikut dengan trend terkini. Pelbagai trend yang wujud dalam kehidupan masa sekarang trend dalam berpakaian, trend dalam menjalani aktiviti-aktiviti harian dan sebagainya. Jika dilihat dengan lebih mendalam, ada perkara yang baik dan ada juga perkara yang sepatutnya ditinggalkan. Laman sosial ini seolah-olah menjadi antara isu yang begitu serius. Adakah ianya diperlukan atau pun adakah ianya sama sekali tidak diperlukan? Masing-masing punya pendapat dan setiap pendapat itu tidak boleh dibantah atau sebagainya kerana ianya adalah hanyar sekadar apa yang terlintas dalam fikiran setiap orang. Kita fokuskan dalam negara kita sendiri iaitu Malaysia. 

Penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan banyak lagi dijadikan sebagai medium utama dalam berhubung, menyampaikan setiap perkara dan sebagainya. Dilihat melalui luaran, ianya adalah satu perkara yang baik tapi jika dilihat dengan lebih mendalam, ianya adalah satu perkara yang tidak begitu sihat kerana sehingga kini, kita semua tahu bahawa ramai remaja pada masa kini kekurangan kemahiran dalam berkomunikasi antara satu sama lain sejak semua medium sosial ini boleh dicapai melalui telefon bimbit. Kini, mereka lebih kerap menghabiskan masa mereka dalam bilik dan melayari laman sosial tanpa henti. Adakalanya masa bersama dengan rakan-rakan pun hanyalah dihabiskan dengan melayari laman sosial dan sebagainya walaupun masing-masing duduk semeja. 

Ianya menjadi lebih teruk apabila masyarakat kita ini khususnya remaja gemar menulis blog. Blog itu kadangkala dijadikan sebagai diari penulisan harian mereka untuk berkongsi setiap aktiviti kehidupan dan sebagainya. Apa yang menimbulkan rasa risau dalam kalangan masyarakat pada masa kini adalah penyebaran berita/cerita yang tidak benar secara berleluasa terutamanya dalam industri hiburan. Ramai yang mengejar jumlah pembaca hanya dengan berbekalkan penulisan yang mereka dapat melalui blog ataupun laman sosial yang sempat mereka baca dan terus menjadikan ia sebagai cerita dalam blog ataupun laman sosial yang lain. Jika ianya berterusan, maka ia bakal menjadi tradisi terkenal yang bakal diwarisi oleh generasi kita pada masa akan datang.


Sedikit nasihat yang boleh diberikan agar mereka faham/peka dengan setiap laman sosial yang sedang mereka guna. 

Facebook – Laman sosial ini adalah antara yang begitu terkenal dalam masyarakat kita tidak kira daripada golongan muda ataupun tua. Adalah dinasihatkan agar tidak memuat naik status yang boleh mencetuskan pergaduhan, tidak memuat naik gambar yang boleh menimbulkan isu kepada diri sendiri.

Twitter – Laman sosial ini adalah lebih terkenal dalam golongan remaja kerana laman sosial ini dianggap sebagai laman sosial yang menyeronokkan dan membolehkan mereka menulis status setiap 1 minit. Adalah dinasihatkan agar tidak menulis status ataupun perkara yang boleh menyinggung perasaan mana-mana individu. 

Blogger – Laman sosial ini lebih terkenal dalam bidang penulisan dan dalam menjana sedikit pendapatan. Ada golongan yang menulis hanya sekadar untuk berkongsi dan ada juga yang menulis semata-mata untuk mendapatkan pendapatan. Tiada salahnya jika kita berbuat diantara kedua-dua perkara tersebut tapi adalah dinasihatkan agar kita kenali kesahihan suatu sumber cerita yang kita dapat itu dan terus berkongsi dalam blog masing-masing. Menulis sesuatu perkara yang tidak benar dan lagi-lagi melibatkan privasi individu lain boleh membawa padah kepada diri sendiri. 

Ewah, panjang pula bercerita kali ini. Sekadar ingin berkongsi tentang perkara yang terlintas dalam fikiran. Saya juga salah seorang yang cukup menggemari dunia laman sosial ini tidak kira apa jua jenis laman sosial. Cerita ini juga ditulis berdasarkan pengalaman dan apa yang saya telah lalui pada masa lepas. Maaflah jika ada silap bahasa ataupun ayat. Sudah lama tidak menulis ayat skema seperti ini. Teringat zaman sekolah dulu terpaksa membuat karangan sepanjang-panjangnya. LOL 


P/S: Seronok seronok juga tapi berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara. Jangan ikut hati, berfikir dahulu tentang kesan yang akan datang. 

2 comments

  1. btol tu…sbb tu bila sy nk brdepan bgn org sy jd terkaku sketika…sbb kurg brckp skrg nim…huhuhu..takot jgk nnt nk intrview…adoiii…

  2. Emm setuju dngn ape yg trlnts d minda abg . Sye sbgai remaja mentah mmg x lps dngn laman sosial tu even on9 skjp2 je . Bab komunikasi tuuu maybe iyee but Kurg tuk sye kod sbb sye minat penyiaran . Apa2 pon , tuk x timbulkan isu dkt blog .. sye private my blog . BTW I love ur blog . Actually sye otw baca blog abg ni from the beginning . Blog inspirasi . Loved it !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *