Thailand – Percutian Bajet ke Krabi Part 1

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Tak pernah terfikir yang waktu travel ke sini ialah pada waktu orang masih sakan beraya. Gelojoh punya pasal,…

Tak pernah terfikir yang waktu travel ke sini ialah pada waktu orang masih sakan beraya. Gelojoh punya pasal, bila nampak tiket murah je terus rembat. Nasib baik tahun ni family tak buat rumah terbuka & etc. 
Krabi ialah destinasi yang begitu sinonim dengan para pengembara jenis backpack ataupun mereka yang baru pertama kali mengembara kerana segalanya mudah dekat sini. Nak tahu apa yang mudah tu? Ikuti pengembaraan aku ke Krabi selama 5 hari 4 malam. 

Ini merupakan kali kedua aku berkunjung ke Krabi dan memang betul, tak pernah rasa bosan atau jemu untuk datang ke sini kerana tempatnya yang begitu cantik dan begitu tepat untuk mereka yang ingin berbulan madu. 
PENGANGKUTAN AWAM KE LAPANGAN TERBANG KLIA2
Untuk trip kali ini, semua nak cuba public transport. Since flight kami pada pukul 7.00 pagi, maka kami telah pun membuat keputusan untuk stay dekat airport. So, the day before tu we planned to gerak around 5 pm sebab nak singgah Nu Sentral for some shushi session and movie. 

Perjalanan kami bermula dari stesen kereta api Batu Tiga lepas tu singgah sebentar di KL Sentral. If bawa luggage banyak, ada storage dekat KL Sentral dengan kadar sebanyak RM20 sekali simpan. Besar juga storage tu sebab boleh muat seperti luggage yang tertera dalam gambar di atas tu. 

Seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sesungguhnya kemudahakan KLIA ekspres ini memang sangat membantu – selesa dan cekap. Harga bagi tiket KLIA ekspres ni ialah RM35 (one way) from KL Sentral – Klia2.
KLIK SINI untuk tahu lebih info mengenai harga tiket KLIA ekspres dan KLIK SINI untuk tahu jadual perjalanan KLIA ekspres. *perkhidmatan train akan bermula seawal jam 4.33 am

Lepas habis movie, kami terus naik train ke Klia2. Rasanya gerak dalam pukul 10.45 pm from KL Sentral straight terus ke airport. Dengan keadaan yang agak tak selesa, akhirnya sampai juga dekat airport. Benda pertama aku cari ialah toilet sebab dengar cerita kat Klia2 ni ada shower khas disediakan kepada orang awam. Surprisingly shower room mereka memang bersih & selesa. Alhamdulillah. 
Since sampai dekat airport dalam pukul 12.00 am, suasana dekat sini dah sunyi. So, apa lagi? Letak beg kat lantai dan keluarkan apa yang patut. Time ni tak kisah dah orang sekeliling sebab semua dah lena dibuai mimpi. LOL

Jam menunjukkan pukul 1.30 am dan mata dah mula mengantuk tapi risau nak tidur karang terlajak & missed the flight. Akhirnya Starbucks jadi mangsa tempat kami lepak (nasiblah wifi laju) and ada tempat duduk yang lebih selesa. Movie marathon time sampai pukul 4.30 am. This is my first time staying overnight dekat airport. Lain betul suasana dia. 
Lepas dah drop luggage & check in, cepat-cepat aku masuk imigresen dan cari port terbaik untuk tidur sekejap. Time ni memang tak fikir apa-apa dah, asalkan dapat tempat kosong, terus landing. Nak tahu mana port best? Bawah escalator besar lepas kita lalu perfume & choc shops. Carilah!
PENERBANGAN AIRASIA KE KRABI
Untuk flight pula, aku dapat save sikit bajet untuk pengangkutan ke sana sebab dapat offer tiket yang agak murah untuk return flights. Mungkin sebab masa tu masih lagi musim beraya, so AirAsia offer la tiket murah. Untunglah bagi aku yang kebetulannya memang nak travel ke sini masa tu. 

NOTE: AirAsia is flying from KL (KUL) to Krabi (KBV). Do check it HERE

Bad side about early morning flight is sebab kita kena stay dekat airport (risau terlepas flight/berat sangat nak bangun awal pagi and gerak ke airport). But, yang bestnya flight awal-awal pagi ni you will have your good sleep while onboard. Its time to sleep and wake me up bila sampai Krabi!
REMINDER: To avoid long queue, bawa la pen so that boleh isi arrival/departure form awal-awal. Jangan nak masuk imegresen tu baru terhegeh-hegeh nak pinjam pen orang or beratur kat ruang khas untuk isi borang. Dekat sini dah boleh save masa
SIMKAD PERCUMA DAN HARGA TRANSPORT DI AIRPORT KRABI
Selepas selesai semua urusan imegresen, aku terus menuju ke pintu keluar. Sebaik aku melangkah keluar, terus nampak beberapa booth dekat depan pintu keluar. Ramai pula orang berkumpul dekat booth-booth tersebut. 
Rupanya dekat depan pintu keluar ni ada jual simkad dan pakej internet yang berbaloi untuk traveller. Haaa, now bertambah yakin mengapa Krabi ni destinasi yang sungguh ideal buat para penggembara yang mempunyai bajet rendah. Dengan adanya beberapa pakej internet murah dan simkad percuma, now para pengunjung tak perlu risau lagi nak bayar mahal untuk roaming & etc. 

NOTE: Kalau nak keep in touch with your family or friends, bolehlah pilih TrueMove H. Cari booth seperti dalam gambar di atas tu sebab diorang ada best offer which is simkad percuma dan pakej internet tanpa had serendah 150 THB (sekitar RM15) untuk 3 hari. Kami pilih pakej 200 THB (sekitar RM20) untuk 7 hari. Berbaloi dan sungguh memuaskan. Coverage pun laju. Staff mereka yang akan set semua benda. Anda cuma perlu pilih & bayar.

PENGANGKUTAN DARI KRABI AIRPORT KE AO NANG BEACH

Untuk pengangkutan pula, anda boleh book taxi atau beli tiket bas dari airport ke Ao Nang. Kenapa Ao Nang? Sebab sinilah spot utama untuk para pelancong yang datang ke Krabi. Kebiasaannya tambang bas ke Ao Nang Beach adalah sebanyak THB150. Kalau tak terkejar-kejar, boleh la ambil bas. Kalau nak cepat, boleh ambil teksi dengan caj atau harga normal ialah THB 600 satu teksi dari airport ke Ao Nang Beach
JALAN-JALAN DI SEKITAR AO NANG
Jam dah menunjukkan pukul 9 pagi dan kami selamat sampai di Ao Nang Beach. Memang penat sebab tak cukup tidur tapi tetap gagahkan mata. Since hotel hanya boleh check in dalam pukul 2 pm, kami decide ke area Ao Nang Beach untuk survey aktiviti dan juga late breakfast & early lunch. 
Tiba-tiba teringat yang orang cakap kawasan masjid Ao Nang tu senang nak cari makanan/restoran halal. Tanpa melengahkan masa, kitaorang terus try makan dekat salah satu restoran di kawasan masjid Ao Nang ni. 

I had Nasi Goreng Tomyam (around THB85) for my meal. Rasa not bad, tapi entahlah sebab tak kena dengan tekak. Boleh la, daripada berlapar pula kan? Mungkin menu lain sedap sebab ramai juga yang makan dekat sini. 
Rupa reka bentuk luaran masjid Ao Nang yang masih dalam proses renovasi
Lepas lunch, kami terus ke Ao Nang Beach dengan menaiki tuk tuk (THB30 untuk one way). Jarak dari hotel ke sana dekat je tapi since agak penat, cubalah naik tuk tuk. Rasanya awal lagi & tak banyak kedai buka lagi, tapi saja nak check out. 

CIMB ATM – jika anda mempunyai akaun CIMB, jangan lupa untuk aktifkan international withdrawal dulu. Tapi kalau nak selamat, carilah money changer yang murah dekat KL awal-awal before travel.
Survey pakej di Ao Nang beach – Tidak dinafikan bahawa banyak betul pilihan yang ada dan kadangkala boleh pening nak pilih mana satu (bergantung pada harga yang ditawarkan). Mostly harga sama. We found one tour agent yang boleh offer harga bagus untuk beberapa aktiviti. 
NOTA: Adalah digalakkan anda untuk check around different tour agents sebab kadangkala anda boleh dapat harga yang lebih murah berbanding dengan yang lain. Kalau pandai tawar menawar, confirm boleh dapat harga lebih murah. 
Simbolik Krabi – Pancake

Bercakap berkenaan dengan souvenirs, tidak menjadi masalah kerana di sini banyak kedai yang korang boleh check out. 
Dah penat berjalan, dah penat shopping, kini tibalah masa untuk massage. Datang Krabi ni, tak sah kalau tak pergi massage. Sudahlah murah, best pula tu. Confirm tertidur-tidur!

Muka happy dah dapat makan, book aktiviti dan massage. Now, jom ke hotel sebab dah boleh check in!
PENGINAPAN BAJET DI KRABI
Sebut pasal penginapan, terdapat banyak hotel bajet yang ada di Krabi and sebab ini jugalah Krabi sangat popular dalam kalangan backpackers. Kami stay dekat Ao Nang Goodwill. Hotel yang selesa, dan yang penting lokasinya begitu strategik. Boleh check dekat Agoda dan sebagainya untuk cari hotel murah. 

APA YANG MENARIK DI SEKITAR MASJID AO NANG?
Memandangkan hotel kami sangatlah dekat dengan masjid Ao Nang ni, sebelah malam pula kami berjalan-jalan di sekitar sini sebab terdapat beberapa kedai dan juga restoran yang ada dekat sini. Mudah, lepas makan boleh beli barang. Macam-macam ada dekat sini – pancake, gerai makanan ringan dan restoran. 
Kalau tak ada nak buat apa-apa pada sebelah malam, boleh la jalan-jalan dekat sini. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, lebih mudah. 

Sempat juga makan malam di Restoran Ausana, restoran yang menyediakan masakan Thai dan yang penting halal. Nak rasa best Tomyam? Datang la dekat sini. Tidaklah jauh sangat dari masjid Ao Nang, dekat tepi jalan saja. 

Lepas jalan-jalan, terus balik hotel dan tidur. Teramat penat dan nak recharge untuk aktiviti esok. Nak tahu apa yang kami buat untuk hari seterusnya? Entri part 2 bakal menyusul nanti. 


Krabi Short Travelogue Video

18 comments

  1. fullamak bro..4h5m.. lama gak tu..comform puas..
    itulah nak tau gak berapa harga flight.. pancake n massage memang
    x dpt dipisahkan.. waiting next entry ada plan nak p sana.. nanti boleh buat rujukan..
    klau rajin nanti bro..kat entry last boleh tulis brpa bjet smua.. .. nak buat bjet he..he..he
    nice entry bro 🙂

  2. Seronok juga rilek2 kat krabi ni. Makan pon senang nak cari ye. Saya pon tgh plan nak ke krabi. Tengah usha2 hotel ?

  3. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 – 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *