Thailand – Percutian Bajet ke Krabi Part 2

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Entri ini merupakan sambung entri Thailand – Percutian Bajet ke Krabi Part 1. Memandangkan sudah banyak entri tentang bajet…

Entri ini merupakan sambung entri Thailand – Percutian Bajet ke Krabi Part 1. Memandangkan sudah banyak entri tentang bajet untuk trip ke Krabi, aku hanya akan bercerita tentang pengalaman dan berkongsi sedikit gambar sebagai penaik semangat buat mereka yang masih ada second thought sama ada mahu ke Krabi atau tidak. Eceh

Krabi ni tempat yang wajib dikunjungi bagi mereka yang suka travel. Seperti yang dinyatakan dalam entri sebelum ini, Krabi merupakan tempat yang ideal untuk anda kunjungi sebagai langkah permulaan untuk menggembara. Bila bercakap tentang Krabi, pasti orang tertanya-tanya tentang senarai aktiviti-aktiviti menarik yang perlu di lakukan di sini. Apa agaknya ya? I’ll share few of them.
Pemandangan typical di Krabi ni pastinya suasana riuh rendah orang lalu lalang. Bangun seawal pagi untuk enjoy view while semua tourists masih lagi nyenyak tidur. Since hotel yang aku duduk tu berdekatan dengan Ao Nang Beach, seawal pagi lagi aku dah jalan-jalan di sekitar sini. Ternyata tenang lagi aman. 
Tuk tuk sentiasa ada di sekitar Ao Nang Beach ni. Kalau anda berasa agak malas berjalan kaki, boleh guna alternatif ini. Tapi kena lebih peka dengan harga yang ditawarkan bagi mengelakkan anda ditipu. Tapi, InsyaAllah orang-orang kat sini kebanyakkan jujur. 

Jalan punya jalan, we stumbled upon one pancake stall. Krabi cukup sinonim dengan pancake sampai naik muak orang dengar topik pasal pancake ni setiap kali ada perbincangan mengenai Krabi. Oleh itu, anda yang datang ke Krabi (especially first timer) kenalah cuba pancake kat sini. 
Pancake dekat sini dah sangat overrated. Sana sini ada pancake tapi untuk dapatkan pancake yang terbaik pastinya tidak semudah ABC. 

MY TIPS: Cuba tanya orang tempatan dekat sini untuk tahu their fav pancake stall. Don’t simply buy sebab most of the pancakes tak sedap. Dull, oily dan lembik. It should be crispy & crunchy

Aktiviti kami hari ini bermula pada pukul 2.30PM. Thus, we have ample time to explore around Ao Nang Beach and of course had our late breakfast & early lunch at the halal food stall nearby Ao Nang mosque. As mentioned earlier, there are plenty halal restaurants around Ao Nang Mosque. Jadi, kalau anda memang mementingkan soal makanan, boleh la pilih untuk menginap di sekitar kawasan ini. Just my opinion. 

Selesai breakfast, kami bergerak kembali ke hotel. Sepanjang perjalanan tu, sempat jugalah singgah masjid Ao Nang yang masih dalam proses pembinaan. Kawasan ini lebih meriah pada sebelah malam instead of siang. 

Saat yang dinanti-nantikan kini tiba! Kami semua mula bergerak pada pukul 2.30pm ke pier (perjalanan dari hotel ke pier sekitar 20 minit). Kalau anda buat tempahan pakej dari mana-mana agensi, maka tak perlulah risau tentang pengangkutan kerana semuanya disediakan. 
We are on a little boat before before been transferred to the big boat as our base. This big boat is more comfortable and convenient for us to walk around. Other than big, this boat also has a small shop (to buy some snacks), mini toilet (to change clothes, and other ‘business’).
NOTA: Terdapat pelbagai jenis pakej untuk 7 Island Sunset Tour ni. Pastikan anda pilih pakej big boat kerana ianya lebih selesa dan berbaloi. Perkara pertama, anda kenalah pilih tour agent yang berbaloi
Ruangan di depan boat ini adalah milik kami. Lihatlah betapa besarnya boat ini. Nama pun sunset tour, kenalah duduk dekat luar so that boleh menikmati keindahan yang dijanjikan di Krabi ni. Sayangnya pada waktu kami berkunjung ke sini, langit agak gloomy. 
Apa aktiviti yang anda lakukan sepanjang mengikuti 7 Islands Sunset Tour? Anda akan snorkeling sebanyak dua kali di tempat-tempat yang terpilih (my experience was not good – couldn’t see a crystal clear water. Wondering where are the fish? Sigh). Selain daripada snorkeling, anda juga boleh buat cliff jumping. This is the most fun part!

Masa nak dekat balik tu barulah berpeluang untuk melihat pemandangan di permukaan air yang jernih – melihat coral dan juga hidupan laut yang lain. Barulah rasa sedikit berbaloi trip ni. 

By following this tour, you’ll enjoy unlimited bottled water supply from them. Tak perlu bawa botol air besar-besar bagi berat beg je. 

Selain daripada air, anda juga bakal disajikan dengan buah-buahan segar sewaktu menikmati pemandangan sunset yang cantik. At this time, badan sudah mula penat dengan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tour ini.

I believe gambar diatas bukanlah gambar sunset yang terbaik korang boleh dapat bila anda ikut tour ni. As mentioned earlier, langit pada hari tu agak gloomy dan awan pun tak nampak sangat. Therefore, I got this kind of shot only. Luckily the trip was not bad. 

Yeah, this trip is not bad at all as they served a bbq-concept dinner. HALAL dan sangat sedap. Thailand cukup terkenal dengan makanan-makanannya yang sedap. Its time to enjoy our early dinner with a great sunset view!

Perfect view. LOL

Selepas selesai menikmati makan malam dan keindahan sunset yang indah, kami juga berpeluang untuk melihat persembahan fire dance selama sekitar 20 minit sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Pada saat ini badan dah betul-betul penat. Ayuh pulang!
Bayaran untuk tour ini?
Kami dapat tawaran sebanyak THB 800 untuk seorang  (tidak termasuk entrance islands entrance fee). Basically entrance fee ialah sebanyak THB 400 seorang. 
Pakej termasuk jaket keselamatan, alatan snorkeling dan makan malam halal.
MORE ARTICLES 

VIDEO

5 comments

  1. boleh share x ape aktiviti bole dilakukan di krabi ye….selain travel this 7island yg u ambik ni.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *