The Chambers Hotel & Restaurant, Penang

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selain dikenali sebagai tempat yang memiliki beberapa tarikan menarik, Penang, khususnya di kawasan Georgetown juga menjanjikan anda pelbagai…

Selain dikenali sebagai tempat yang memiliki beberapa tarikan menarik, Penang, khususnya di kawasan Georgetown juga menjanjikan anda pelbagai jenis penginapan di tengah kota bersejarah ini dan antaranya ialah The Chambers Hotel & Restaurant.
SEJARAH THE CHAMBERS HOTEL
Photo by The Chambers Hotel

Ditubuhkan pada tahun 1903, bangunan The Chambers Hotel ini merupakan salah satu bangunan terpenting pada suatu ketika dahulu sebagai Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). 
Penubuhan ini juga telah mewujudkan Chinese business community di negeri lain, bertujuan untuk memantapkan lagi ekonomi dan sosial negara. 
Pada mulanya, agak keliru juga untuk mencari pintu masuk hotel ini — ada dua (if i’m not mistaken) pintu masuk ke The Chambers ini. Pilih pintu masuk yang berdepan dengan kawasan Padang Kota Lama
Menariknya tentang hotel ini ialah ia berdekatan dengan medan selera Kota Lama (tempat terdapatnya pasemboq terkenal di Penang) dan juga tarikan lain seperti Queen Victoria Memorial Clock Tower, Kota Cornwallis dan banyak lagi. 
Di bawah hotel juga ada 7Eleven. Kalau tengah-tengah malam lapar atau nak beli something, tak perlu pergi jauh-jauh pun. Truly convenient!
Kalau anda tercari-cari mana pintu masuk hotel ini, cari view seperti gambar di atas. Bagi menjaga keselamatan sekitar hotel ini, terdapat pengawal yang akan menjaga pintu masuk pada sebelah malam. Al maklumlah, hotel sebelah jalan dan pada sebelah malam pula agak sunyi. 
Jika dilihat dari luar, anda pasti akan tertanya-tanya “Betul ke bangunan ni digunakan untuk hotel?”, “Eh! Macam mana la rupa bilik-bilik di hotel ni kan?”. I’m not lying, we have the same questions. LOL

Gambar-gambar di atas ialah gambar di sekitar lobi utama dan juga tangga yang terdapat dalam hotel ini. Tangga pun nak ambil gambar? Design tangga di dalam hotel ni memang legend. Teringat zaman dulu-dulu and I believe they’re trying to apply the stail lama untuk menaikkan lagi aura tradisional di sekitar hotel. 

Don’t judge a book by its cover!“. Ungkapan ini sangat sesuai untuk aku gambarkan suasana dalam bilik di The Chambers Hotel & Restaurant ini. Tak sangka bilik jenis Deluxe di sini memang cantik – elegan, modern dan selesa.
Selain daripada bilik jenis Deluxe, anda juga boleh cuba bilik jenis Premier which is slightly bigger than deluxe room. Jom kita tengok bilik Deluxe mereka ni!
Ingatkan receptionist bagi medal.. rupanya kunci! Unik dan branding hotel ini juga menarik. 
Dua gambar diatas mempamerkan bilik ini daripada sudut yang berbeza. Boleh tahan, aku cukup berkenan dengan interior design hotel ini yang cukup menepati citarasa aku yang tak suka design yang serabut. Minimalism is always the best!
Katil jenis king sized-bed ini juga agak besar. Yang penting, semuanya berasaskan kayu. Nampaklah elemen tradisional dicampur dengan sedikit elemen modern dalam bilik ini. 

Jangan panik jika anda lihat singki di dalam bilik air tu sangatlah kecil kerana terdapat singki utama bersebelahan dengan katil untuk anda basuh muka, berus gigi dan segala urusan lain. Tak rasa pelik sangat pun sebab most modern hotel sekarang memang konsep macam ni. 
Ruang bilik mandi juga just nice. Semua sudah disediakan – towel, liquid soap & shampoo. Dengan kelengkapan yang disediakan, ia membuatkan penginapan anda serba lengkap dan selesa. Aku tertarik dengan lantai dalam bilik air. Trendy (Eh! lantai bilik air pun ada istilah trendy juga ke? LOL)
Towel siap dengan logo hotel – branding bagus menunjukkan hotel ini betul-betul komited dengan prestasinya sebagai salah satu hotel menarik di tengah-tengah Georgetown. Keep it up!

Antara kelengkapan lain seperti iron board, iron, safety box, bedroom slipper, dan hairdryer juga disediakan buat para tetamu. Selain itu, anda juga boleh menikmati mini bar, coffee machine serta free local call!

Percaya atau tidak? Bilik di sini juga dilengkapi dengan pelbagai channel astro dan yang penting siap ada dekoder astro lagi. Setiap bilik ada dekoder astro? Wow! Kalau terasa malas nak keluar, boleh enjoy dalam bilik sambil menonton rancangan yang ditawarkan. Selain itu, perkhidmatan Wi-Fi juga turut disediakan. Free of charge buat para tetamu hotel ini. 

 Both photos by The Chambers Hotel
Hotel ini mempunyai restoran tersendiri yang juga mencuri tumpuan orang yang berkunjung ke sini kerana konsep dan juga pemandangan yang indah di sekitar rooftop restaurant ini. Tengok saja gambar-gambar di atas pastinya anda dapat rasakan betapa indahnya kalau dapat bersantai di atas sambil menikmati sunset!

ULASAN PERIBADI: Bilik yang ditawarkan memang menarik. Selain itu, lokasi hotel ini juga sangat strategik. Kelajuan Wi-Fi juga agak memuaskan – kadang-kadang laju and sometimes agak slow. Suasana agak bising jika ada sebarang event ataupun festival yang berlangsung di sekitar Taman Kota Lama

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI THE CHAMBERS HOTEL & RESTAURANT

FACEBOOK
KLIK SINI

LAMAN WEB RASMI
KLIK SINI

TEL
04-2625566

ALAMAT

This blog post was made possible through My Fascinating PENANG 2015, a media trip to Pulau Pinang organized by My Amazing Malaysia.

Thank you to the official sponsors Hop On Hop Off Penang, The Chambers Hotel, Escape.My, Tropical Spice Garden, St Giles Wembley Penang, Ren i Tang Hotel, The Camera Museum, Made in Penang Interactive Museum

3 comments

  1. Salam, wahh..okay, nanti aku g penang nak tido sini, pastu nak g taman rempah tadi tu hah..sangat best! Hotel dia cantik gila dan tradisional..best! Plus kelakar kunci dia mcm medal tu..hahah..not forget about the rooftop too!! sangat cantik!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *