Berdasarkan tajuk besar yang baru saja di taip oleh tuan empunya blog ini, entri kali ini akan membawa anda semua ke alam photography sebentar. Tak tahu la kalau korang semua dapat merasakan bahangnya. Entry ini juga akan memberi gambaran kepada semua orang apa yang berlaku kepada pelajar fotografi. Apa yang kena buat, apa yang disuruh buat dan apa yang patut dibuat. (bukankah semua ini sama?)
Pada minggu,minggu,minggu,minggu lepas. Sebelum berlansungnya peperiksaan final, para pelajar fotografi kelas A (yang terpilih dan bukan semuanya berpeluang untuk pergi), telah melawat ke sekolah Buloh Kasap, Segamat, Johor.
Dengan ini, saya dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa saya telah pijak tanah Johor. Nak juga bangga sikit, ye lah. dah nak dekat-dekat dengan singapore tu. (mcm tak pernah pergi johor pulak kan). Aktiviti ini dibawah urusan pihak ataupun pensyarah Fotografi UiTM, Melaka.
Disertai oleh tidak lebih daripada 20 orang peserta, dengan beberapa orang pensyarah. Kalau tak silap, aktiviti ini dibuat semasa Minggu Ulangkaji, dimana aku sepatutnya berada di Shah Alam, tapi malangnya, Lecturer tak bagi aku balik. Dia tetap nak suruh aku sertai, yelah. Aku kan asyik balik je kadang-kadang terponteng kelas beliau pulak, inilah masanya beliau nak balas membalas dendam. Ok tutup kes, saya sudah bayar lawyer untuk menyelesaikan kes ini. 🙂
Bersiap seawal pukul 6 pagi, semua budak masih tidur dengan nyenyak sekali. Perasaan dengki memang membara apabila melihat mereka tengah terbongkang tidur sampai tak ingat dunia, pagi-pagi yang sejuk. Kitaorang pula, kena bangun awal bersiap sedia di Fakulti Fotografi.
Mak aihh, muka mmg macam ape la time tu.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih jugaklah. boleh tahan jauh, tapi best dapat tidur dalam bas. hehehe.










Nice, nasib baik aku sempat curi gambar yang satu ni.
Unique, susah dah nak dapat masa-masa sekarang ni. Nampak mcm old school. Sekarang masih ada dalam tangan aku, dalam beg DSLR. masih dalam keadaan elok, kepada budak-budak yang tak sempat nak curik, jualan masih dibuka. Silalah contact pojie kalau nak beli, tapi dengan harga yang berpatutan dengan dosa aku setelah mencuri gambar ini tanpa pengetahuan korang. HAHA
Motif bukan nak tunjuk badan slim budak ni eh. Tapi nak bagi tengok nama sekolah tu.

😉
Setelah selesai, sesi mengambil gambar bersama semua pihak dijalankan. Part ni agak best, kitaorang dilayan seperti tetamu high class. Siap kena panggil ambil gambar lagi.



Sepanjang aktiviti ini, para pelajar sekolah diberikan pendedahan tentang fotografi ( Salah satu cara untuk menarik student untuk masuk ke UiTM, dalam bidang fotografi. 🙂
Dalam fotografi, terdapat banyak bidang.
Photojournalism, Wedding, Fine Art, Landscape, Fashion dan bermacam-macam lagi. Jangan ingat fotografi ini SEMPIT ye.
Para pelajar juga diberikan peluang untuk melihat gambar dan mencuba pelbagai camera, dorang macam takut sangat nak pegang camera tu. Seolah-olah camera itu ingin membaham mereka hidup hidup. Oh, tidaklah sayang oi! Jangan takut okeh.
Selepas itu, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan diketuai oleh para pelajar UiTM.
Aku dengan Mony mendapat anak buah seperti dibawah ini.
Mereka mendapat pelbagai pendedahan tentang fotografi, dan diberikan peluang untuk bermesra dengan camera aku dengan mony. Tetap dengan perasaan takut nak pegang camera tu.
Suka dorang bergambar dengan saya (Selebriti)
*jangan bunuh saya kerana statement ini*

Hope korang enjoy dengan entry ini, ikhlas daripada Pojiegraphy. Sekadar nak berkongsi cerita kepada korang, agak hari korang tidaklah bosan. Cewaaaah.
Till then, see ya again.
Regards, Pojiegraphy.
sonok nye program cm ni…bole la kutip x perience n dpt adk2 baru..lalalal
hahaha. dpt tengok budak budak kecik. asiehh!
waaaa , syok betul . kenapa lah bukan sekolah aku :')
nanti akan muncul di sekolah anda. 😀
student uitm melaka ea~~~
same lah kite~~
i'm ex student tpi graphic course..
salam pknln~