Tip untuk elak bed bug (pepijat) semasa travel

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Travel ni beri kita peluang untuk belajar dan menikmati tarikan-tarikan menarik yang ada di sesuatu negara yang kita…

Travel ni beri kita peluang untuk belajar dan menikmati tarikan-tarikan menarik yang ada di sesuatu negara yang kita visit. It is all about searching for fun and memorable moments. Tapi, our journey will be less fun and memorable bila masalah timbul

Masalah pula ada banyak jenis. Tapi yang aku nak ceritakan dalam entri kali ini merupakan salah satu mimpi ngeri aku bila travelling iaitu tidak lain tidak bukan masalah serangan pepijat atau lebih dikenali sebagai bed bug.


Ramai (termasuk aku) yang tak ambil peduli tentang perkara ni sebab ia bunyi agak remeh tapi beri impak besar bila terkena kat kita. Aku dulu jarang ambil tahu pasal masalah pepijat, apa kesan kalau kita kena gigit dan sebagainya sebab aku selalu percaya tempat-tempat yang aku stay masa travel tu selalunya bersih.

Biasanya orang kena serangan pepijat ni dari hotel bajet dan tak mustahil terjadi di hotel mewah. Pepijat ni pula bukan sekali tengok terus boleh nampak sebab tu selalunya orang tak tahu pun sama ada bilik yang mereka duduk tu bersih sepenuhnya atau tidak sebab pada luarannya bilik nampak perfect. Teruskan membaca untuk tahu tentang pepijat, pengalaman aku kena serang dan juga tip untuk elak dari diserang.

 Apa itu pepijat? 

Berdasarkan www.cleanhero.com.my dalam artikelnya yang bertajuk “9 Fakta Berkaitan Pepijat (Bed Bugs), pepijat merupakan sejenis serangga parasit yang sumber makanannya ialah darah dan biasanya terdapat di persekitaran kita seperti rumah dan pejabat khususnya tilam dan bilik tidur.

Bila biasanya pepijat ni beroperasi? Mereka aktif pada waktu malam iaitu masa kita tidur. Gigitan pepijat pula sukar untuk kita rasa sebab tu mostly orang tak sedar/terjaga pun masa kena gigit. Kesan boleh dirasai dan dilihat pada pagi berikutnya.

Tempat pepijat selalu membiak | Sumber gambar: www.verkom.ru

Cara untuk kesan kehadiran pepijat 

Cara untuk mengenal pasti sama ada anda kena gigit pepijat atau tidak ialah tengok kesan gigitan tu. Biasanya kawasan yang kena gigit tu akan ada bintik-bintik merah dan gatal. Selain itu, periksa katil anda. Jika permukaan katil ada tompokan hitam, kemungkinan pepijat ada.

 Pengalaman diserang pepijat 

Aku travel dalam pelbagai cara. Kalau untuk kerja, mostly semua selesa la kan tapi kalau trip sendiri aku cuba maximize bajet selagi boleh. Biasanya pilih hotel bajet, hostel atau inap desa sebab stay pun cuma untuk rehat, letak barang dan mandi je. Most of the time ada kat luar dari pagi sampai petang atau malam.
Sumber gambar: www.verkom.ru

Pengalaman aku diserang pepijat masa aku menginap di hotel bajet. Keadaan bilik nampak bersih dan kemas sampai aku tak rasa risau pun. Aku pula jenis tidur tak suka sejuk sangat. Prefer kipas je so malam tu aku tidur dengan selesa je tak rasa apa-apa. Bila bangun pagi, aku rasa tak berapa selesa di bahagian kaki dan badan. Ingatkan nyamuk biasa je sebab gatal-gatal. Aku melayan la garu badan. Garu punya garu, aku rasa gatal dia lain macam. Bila periksa bahagian kena gigit tu, panik juga la. Tompok merah sana sini. Masa tu aku still ingat ia sebab alahan atau nyamuk sampai la satu masa aku pergi klinik dan doktor bagitau kemungkinan kena gigit pepijat. Lepas tu baru la aku sibuk nak study pasal pepijat, cara nak rawat, elak dan sebagainya. 
Imagine benda ni terjadi masa kita tengah travel. Rosak mood sebab tak cukup tidur dan rasa sangat tak selesa. Trip yang sepatutnya memorable terus jadi nightmare ya. Ish ish.  Mujurlah aku dah jumpa penyelesaian untuk masalah ini. 

 Tip untuk elak daripada diserang pepijat 

Tahukah anda bahawa pepijat ni merupakan parasit yang agak lasak dan boleh hidup di mana-mana saja? Tahukah bahawa bukan mudah untuk membunuh pepijat? Ia sememangnya perkara yang tidak boleh diambil mudah. Bak kata orang, mencegah itu lagi baik dari merawat kan? Aku discovered one effective way to get rid of bed bugs.

Disebabkan pengalaman lepas yang sememangnya sukar untuk dilupakan bagi aku, aku sekarang rela ambil langkah berjaga-jaga supaya benda ni tak terjadi lagi dekat aku. Thanks to Bio-D iaitu produk buatan Malaysia yang berasaskan ekstrak daripada tumbuhan tomato liar dan terbukti efektif membunuh dan menghalau pepijat. Ia juga selamat untuk digunakan di kawasan bilik tidur dan rumah. Plus point, produk ni pun senang dibawa ke mana-mana.

 Bio-D Sleeptite (Produk penghapus pepijat) 

Once again, masalah serangan pepijat ni seharusnya tidak diambil mudah. To all parents, kena selalu peka dengan keadaan sekeliling dan selalu bersedia untuk menangani masalah ni supaya tak terkena kat anak-anak atau keluarga anda. Meanwhile to those yang selalu travel pula kebarangkalian diserang tu tinggi ya sebab tu kena sentiasa bersedia. Berikut merupakan produk yang boleh protect anda dari masalah ni:

1. Bio-D SleepTite 300ml & 500ml

Boleh didapati dalam dua haruman iaitu lavender dan natural. Sesuai untuk digunakan di kawasan sekeliling rumah.

Harga: RM29.90 (300ml) dan RM49.90 (500ml) sebotol.

2. Bio-D SleepTite 100ml

Sesuai untuk kaki travel. Mudah dibawa ke mana-mana saja. Tak ada masalah untuk bawa dalam flight. Ada dua haruman iaitu lavender dan natural.

Harga: RM14.50 sebotol.

Nota: Nikmati harga istimewa jika anda beli dari Shopee atau Lazada. Plus, gunakan kod baucar “ENTOPG25” untuk dapat diskaun sebanyak 25% untuk pembelian sekurang-kuranya RM20.

Tunggu apa lagi? Get one for you now. Jangan bila dah kena barulah nak mencari. Mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

9 comments

  1. So far alhamdulillah tak pernah ada masalah dengan pepijat lagi. But it is nice to read some crucial information so I can be more prepared! Thank you for this, Pojie!

  2. menarik! orang tua selalu kata, sediakan payung sebelum hujan. elok beli satu standby dlm luggage mana tahu esok lusa time tidur hotel kena serang pijat kan

  3. Sy hadapi masalah di mana rumah byk kelawar. Dn pnduduk kejiranan kata ia mengundang pepijat. Baby sy 4 bln slalu kena.Mmg pakai spray ni. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *