Tips dan pengalaman di Jeonju, Korea Selatan

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Annyeonghaseyo Kalau bercakap tentang Korea Selatan, destinasi yang selalu terlintas dalam fikiran kita tentunya Seoul, Busan dan Jeju….

Annyeonghaseyo

Kalau bercakap tentang Korea Selatan, destinasi yang selalu terlintas dalam fikiran kita tentunya Seoul, Busan dan Jeju. Tidak dapat dinafikan tiga bandar ini memang terkenal dalam kalangan pengunjung khususnya dari luar negara.

Selain daripada tiga destinasi utama yang disebut di atas, sebenarnya negara ni ada lagi banyak bandar menarik yang menanti para pengunjung terutamanya dari luar negara antaranya ialah Jeonju, iaitu bandar di provinsi Jeollabuk-do.


Sebelum itu aku nak cerita sedikit tentang trip ni. Aku bekerjasama dengan Korea Tourism Organisation (KTO) Malaysia untuk meneroka beberapa tempat di negara ini dan guna booklet diskaun Discover Korea Your Way (DKYW). Dalam banyak-banyak destinasi, aku pilih untuk explore Jeonju, Yeosu dan Busan. Kenapa Jeonju dan Yeosu? Sebab aku yakin tak ramai antara kita yang tahu pasal dua bandar ni (Busan lain cerita la ya). Memang benar sebab masa aku ke sini pun tak ramai foreigners dari luar negara. Mostly local travellers je ada kat sini.

Discover Korea Your Way (DKYW): Booklet ini merupakan inisiatif KTO Malaysia dalam menarik lebih ramai lagi pengunjung dari Malaysia ke Korea Selatan dengan menawarkan pelbagai tawaran diskaun di tempat-tempat terpilih. Ianya hanya untuk warganegara Malaysia dan sesuai untuk free and easy traveller. Booklet ini sah hingga Mac 2019. Sesiapa yang akan travel ke Korea Selatan dalam masa terdekat, jangan lupa untuk dapatkan booklet ini secara PERCUMA.

Aku ambil peluang ini untuk dapatkan informasi sebanyak yang boleh so that aku boleh kongsi kat orang lain. Untuk entri ini, aku akan tulis pasal Jeonju je. Bersedialah anda untuk baca artikel panjang ni ya. Aku harap ia dapat menarik minat mereka diluar sana sekaligus membantu dalam proses planning nanti. Now, pack your bag and let’s go to Jeonju!

 Jeonju 

Tersenarai sebagai bandar ke-16 terbesar di Korea Selatan, Jeonju merupakan ibu kota Jeollabuk-do (North Jeolla) province. Bandar ini terkenal sebagai tempat kelahiran dinasti Joseon dan juga makanan tradisional South Korea iaitu bibimbap yang terdiri daripada nasi, telur, sayur dan sos pedas (wajib cuba).

Menariknya, masih ramai pengunjung dari luar negara yang belum tahu tentang Jeonju ni. Aku perasan ramai local visitors je datang ke sini. In fact, I found that Jeonju is one of the top visited cities among local travellers and finally I can see why.

Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Unesco City of Gastronomy pada tahun 2012, Jeonju sememangnya memiliki tarikan sendiri bermula daripada sejarah, budaya, seni bangunan (termasuklah Jeonju Hanok Village) dan banyak lagi. Ini la masanya untuk anda visit sebelum bandar ini sebelum ia flying under the radar of many foreign travellers!

 Cara ke Jeonju 

First thing first, anda pasti tertanya macam mana aku pergi ke Jeonju ni. Memandangkan trip ini aku pilih untuk fly in and out dari Busan, option terbaik untuk aku ialah naik bas dari Busan ke Jeonju.

Maklumat mengenai bas dari Busan ke Jeonju:

1. Aku naik bas dari Busan West Bus Terminal (berdekatan dengan Apple Mall). Anda boleh check syarikat bas, perjalanan dan rough harga tiket melalui aplikasi Rome2Rio.

2. Cari kaunter bas antara bandar. Simply mention destinasi dan waktu dekat staff and they will inform harga. Anda juga boleh bayar guna kad kredit. Harga tiket untuk perjalanan sehala ialah KRW 21,000.

3. Untuk ke Jeonju, aku naik bas melalui platform 9. Perjalanan mengambil sekitar 2.45 – 3 jam bergantung kepada trafik dan juga pemandu bas. Bas akan berhenti di RnR untuk toilet stop dan grab makanan.

Selain daripada bas, anda juga boleh naik tren. Of course option ni mahal sikit la tapi dapat jimat banyak masa. Route bas atau tren ke Jeonju ada daripada pelbagai bandar termasuklah Seoul. Anda boleh pilih mengikut pelan perjalanan anda.

Tip: Naik bas di sini tak susah walaupun semua mostly dalam bahasa Korean. Direction Google Map untuk public transportation agak accurate (boleh tahu waktu, nombor dan harga bas). Kalau nak tahu where you should stop, just tengok pergerakan anda dalam bas. Plus, rajinkan bertanya. On top of that, anda boleh dapat kad T-Money secara percuma kalau redeem booklet DKYW2018.  

 Penginapan 

Memandangkan Jeonju terkenal dengan Hanok village (rumah tradisional Korea Selatan), aku menginap di salah satu rumah Hanok di sini sebab dari dulu lagi memang prefer stay di tempat unik atau menarik bila ke luar negara.

Jika anda nak rasa menginap di rumah Hanok, boleh cuba Pinetree Hanok Guesthouse. Kenapa aku pilih penginapan ni? First, sebab tempat yang aku nak stay iaitu Kim Myeong Ok Hanok Guesthouse dan Asahwa 1944 Hanok Guesthouse (dapat diskaun kalau guna booklet DKYW2018) fully booked. Kedua, sebab stay ni dapat review bagus, cantik, bersih dan lokasi agak strategik.

Staff kat sini pun sangat helpful walaupun they couldn’t speak fluent English. Teringat masa check in kitaorang bercakap bagaikan ayam dan itik. Last-last pakai online translation app. HAHAHA.

Dapatlah aku merasa suasana duduk dalam rumah tradisional ni. Biasanya bilik mesti ada sofa dan katil kan tapi bilik rumah Hanok ni tak ada katil, cuma ada tilam je and boleh tahan nipis juga tilam dia untuk aku. Baca punya baca, diorang memang purposely buat macam tu dan surprisingly ia ada kebaikan untuk kesihatan juga katanya.

Untuk bilik yang aku dapat, I have nothing to complain about. Semua lengkap. Ada meja kecil untuk barang, TV, power plug yang mencukupi, racun nyamuk (malam quite banyak nyamuk especially bila musim hujan), towel, tempat gantung baju, alatan mandi.

First night aku agak struggle nak tidur sebab ya Allah badan memang tak biasa tidur lurus. Selalu mengiring ke tepi. So, dengan tilam yang agak nipis tu sakit juga la tulang kan memandangkan aku tak banyak lemak/muscle. HAHAHA. Tapi malam kedua tu badan dah boleh adapt la walaupun the next next day masih rasa lenguh juga. That’s the beauty of travelling, kita exprience benda baharu.

Sarapan pagi pula disediakan untuk semua tetamu di ruang makan utama dan semuanya layan diri ya. Menu sarapan pagi simple but enough. Ada roti, susu, cereal, kopi, jus oren dan tea. Best konsep stay macam ni. At least dapat teach guests a sense of responsibility (we prepare our food and clean up the mess by ourself).

Since ruang makan utama penuh, aku decide sarapan di bahagian rooftop sambil menikmati view. Tak tipu, it was one of the best moments in life. Tenang, aku free to sit as long as I want with my own thoughts. All in all, a highly recommended stay kalau anda nak cuba sedikit kelainan.

Rate bilik (private room) untuk 3 hari 2 malam ialah KRW 95,000. Caj termasuk breakfast.

 Pengangkutan di Jeonju 

Aku dapat pelbagai pertanyaan pasal pengangkutan di bandar Jeonju. Ramai yang tanya cara aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jawapan aku ialah aku cuma jalan kaki je since aku cuma ada few days di Jeonju.

Ya, it is possible untuk jalan kaki sebab semua tarikan utama di Jeonju jaraknya dekat antara satu sama lain. Tak perlu pun naik bas atau teksi. Kalau anda jenis suka jalan kaki, no problem at all. Bagi yang malas nak jalan kaki, inilah masanya untuk buat senaman sikit. Unless anda nak venture a little bit further, then boleh la naik bas atau teksi.

Aku dah memang set mind untuk jalan kaki je di Jeonju ni. Oleh itu, aku plan perjalanan nak visit attraction by attraction. Itu je la kena buat to avoid dari bazir masa sebab salah pilih route.

 Tempat-tempat menarik 

Lepas letak barang dan refresh di guesthouse, sebelah malam tu aku decided untuk keluar jalan-jalan. Ya Allah, bestnya rasa jalan di sini pada waktu malam. Rasa tenang dan selamat je. No wonder la kawasan Jeonju Hanok Village diiktiraf sebagai International Slow City pada tahun 2010 sebab pace kehidupan mereka yang tenang serta gabungan menarik antara budaya tradisional dan alam semula jadi.

Tarikan pertama aku visit ialah Pungnammun Gate iaitu south gate (the only remaining gate) istana di Jeonju semasa Dinasti Joseon yang dibina pada thun 1768. Sehingga kini ia dianggap sebagai salah satu tapak terpenting di Jeonju. Di kawasan masuk ke gate ini ada papan maklumat mengenai Pungnammun Gate untuk anda pelajari serba sedikit tentang salah satu national treasure #308 Jeonju ni.

Bagi mereka yang dah pernah ke Seoul, Pungnammun Gate ni sama seperti Namdaemun Gate.

Tip: Waktu terbaik untuk ambil gambar dan menikmati suasana sekitar gate ini ialah pada waktu sunset atau malam.  

Memandangkan Pungnammun Gate terletak berdekatan dengan banyak tarikan utama, aku teruskan perjalanan ke Nambu Traditional Market untuk merasai suasana malam di pasar tersebut. Nambu Traditional Market, as it name suggests, is basically pasar umum untuk orang-orang sini dan juga para pengunjung luar. Macam-macam dijual di sini. Barangan rumah, pakaian, makanan dan banyak la.

Suasana siang dan malam di pasar ni sangat berbeza. Kebiasaannya siang lebih kepada slow pace, ramai jual barang-barang untuk local, sayur-sayuran, herba, barang-barang basah seperti makanan laut, daging dan banyak lagi manakala waktu malam pula suasana agak havoc ramai orang-orang muda la.

Banyak stall jual makanan utama, snek, dessert dan macam-macam la. Rambang mata juga la aku masa tu tapi kebetulan dah malam, so aku tak ada la nak makan sangat. Selain makanan, anda boleh beli pelbagai jenis souvenirs seperti tote bags, postcards dan banyak lagi. Kalau dah penat, boleh chill di mana-mana café yang terletak di tingkat atas.

Nambu Traditional Market (Pasar Malam)
Waktu operasi (Pasar Malam): 6.00 PM hingga 12.00 PM (Summer) dan 5.00 PM hingga 10.00 (Winter)

Untuk kulinari pula, salah satu perkara wajib anda harus cuba ialah menu bimbimbap sebab Jeonju merupakan bandar di Korea Selatan yang menghidangkan menu bibimbap yang tersedap aku pernah rasa la. No wonder Jeonju dinama sebagai UNESCO City of Gastronomy sebab makanan-makanan di sini sedap (nasib la aku ni ada limitation kan kalau tak semua nak cuba). Jeonju ni senang cerita ibarat Penang la. Bagi orang tempatan, ia syurga makanan.

Aku sempat merasa menu bibimbap di restoran Hankook Jib. Walaupun ramai orang tempatan kata  ia agak mahal & specially untuk foreigners je, aku tetap pilih restoran ni sebab ada diskaun dari booklet DKYW2018.

Pertama kali restoran ini hidang bibimbap ialah pada tahun 1952, iaitu hampir 65 tahun oleh tiga generasi dari keluarga yang sama. Istimewanya tentang bibimbap di sini ialah soysauce yang disimpan dalam pot sekitar 60 tahun dan red pepper paste yang diperbuat dari garam semula jadi and local red pepper. Bekas-bekas presiden South Korea dan founder syarikat Samsung pun pernah makan kat sini.

Aku order bibimbap set (non-meat set). Similar to other bibimbap, menu utama iaitu nasi, kuning telur, sayuran akan dihidangkan dengan beberapa side dishes. Apa yang membuatkan bibimbap di Jeonju ni stands out ialah ingredient-ingredient yang digunakan. Semua fresh dan sedap. Selain itu, dari segi presentation juga memang menarik perhatian orang. Manakan tidak. Mereka cukup menitikberatkan tiga aspek ni iaitu rasa, tekstur dan warna. Keseimbangan ialah elemen terpenting dalam Jeonju bibimbap.

Tip: Please note that dalam menu semua ada daging tapi anda boleh request without daging dan gantikan with something else. Staff di sini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. 

Harga sebenar set bibimbap yang aku order ialah KRW 11,000. Dengan menggunakan booklet DKYW2018, aku dapat diskaun sebanyak 10%. So, aku cuma perlu bayar KRW 9,000. Jimat di situ.

Hankok Jib Restaurant
Waktu operasi: 9.30 AM – 4.00 PM & 5.00 PM – 9.00 PM

The next day aku decide untuk start explore lambat sikit since hujan lebat. Aku visit Gyeongijeon Hall iaitu tempat dimana potret Lee Seonggae, iaitu raja pertama dinasti Joseon Korea Selatan, disimpan.

Menurut kepada rekod yang ditemui, sebenarnya ada 25 potret di beberapa tempat lain tetapi kebanyakkan musnah semasa pencerobohan Jepun pada tahun 1592. Potret di Gyeongijeon ni la satu-satunya potret yang tinggal. Kawasan Gyeongijeon ni agak luas juga dan ada macam-macam boleh tengok.

Selain potret Taejo, anda boleh ke satu spot popular iaitu kawasan dikelilingi pokok bambu. Perfect spot untuk ambil gambar.

Gyeongijeon Hall
Bayaran masuk: KRW 3,000 (dewasa) dan KRW 1,000 (kanak-kanak) | Waktu operasi: 9.00 AM hingga 5.00 PM | Laman web: www.eojinmuseum.org

A few steps away dari pintu masuk utama Gyeongijeon Hall, terletaknya Jeondong Cathedral iaitu gereja katolik yang dibina pada tahun 1914 dan seni rekanya dari orang yang sama buat design untuk Myeongdong Cathedral di Seoul, Priest Poinel. Gereja ini merupakan gereja berstruktur western terbesar dan tertua di provinsi Jeollanam-do dan Jeollabuk-do.

Para pengunjung boleh melihat seni reka luaran dan dalaman (campuran elemen Romanesque dan Byzantine) dari jauh dan dari pintu utama gereja ini.

Tip: Gereja ini ditutup buat para tourist untuk mass ceremony. Ia diadakan pada pukul 5.30 PM (Isnin), 10.30 PM (Rabu dan Jumaat) dan 7.00 PM (Selasa dan Khamis). Plan trip anda awal-awal ya. Jangan jadi macam aku main redah je masuk rupa-rupanya diorang baru nak mula majlis mass. 

Selain menginap di rumah Hanok, trip ke Jeonju tak lengkap kalau tak explore kawasan berdekatan dengan kampung ni. Ada banyak yang anda boleh explore di sini. Countless cafés and restaurants. Kedai-kedai jual souvenirs, servis sewa Hanbok iaitu baju tradisi Korea (wajib cuba pakai di sini tapi aku tak pakai sebab rasa awkward pula tengok mostly pakai in group or couple), kedai dessert dan bakeri.

Salah satu top bakeri di sini ialah Poong Nyun Bakery (PNB). Kalau tak ada queue panjang tu tak sah sebab bakeri ni terkenal dengan homemade snek. Chocopie diorang the best. Guna booklet DKYW2018 untuk dapat 20% diskaun untuk semua menu.

Selepas habis explore kawasan Jeonju Hanok Village, aku drop by Omokdae Tourist Centre untuk rest for a while dan nak cari postbox warna kuning dengan bernama Sadrak-Sadrak Red and Yellow Slow Post-Box.

Apa sebenarnya postbox ni? Jeonju dan Korea Post telah bekerjasama menyediakan postbox ini buat para pengunjung untuk tulis dan hantar postcard secara percuma sebagai salah satu cara untuk menghargai moment mereka di Jeonju selepas tiga bulan mereka ke sini. How beautiful is it?

Tip: Untuk dapatkan postcard percuma, anda perlu ke pejabat tourist dan isi beberapa maklumat seperti nama, warganegara, umur dan alamat. Postcard akan sampai sekitar tiga bulan selepas itu.

Beberapa minit jalan kaki dari Omokdae Tourist Centre, terletaknya Omokdae Hill iaitu spot terbaik untuk melihat panorama Jeonju Hanok Village. Ia juga tempat dimana King Taejo singgah untuk meraikan kemenangan mereka dengan puak Jepun semasa penghujung era Goryeo.

Sekarang ia menjadi tempat persinggahan para pengunjung untuk rehat menikmati alam semula jadi sambil memperingati peristiwa penting terjadi di sini.

Tip: Waktu terbaik untuk naik ialah semasa sunrise/sunset untuk lihat pemandangan Jeonju Hanok Village yang cantik. Informasi tambahan, dekat Omokdae Hill ni ada fasiliti bilik air untuk kegunaan para pengunjung. 

Tempat terakhir yang aku lawati di Jeonju ialah Jaman Mural Village, perkampungan yang terletak di kawasan bukit dan di kaki gunung Seungamsan. Perkampungan ini dapat perhatian ramai pengunjung sebab bangunan-bangunan rumah di sini warna-warni dan ada macam-macam mural menarik. Sesetengah surface jalan di sini memerlukan para pengunjung mendaki so it is going to be a little bit of exercise but I tell you it worth it.

Anda boleh enjoy coffee atau tea di beberapa Instagrammable café di sini sambil menikmati pemandangan bandar dari atas.

Maka berakhirlah trip 3 hari 2 malam aku di Jeonju. It was indeed a short stay but more than enough sebab biasanya orang buat day trip je pergi Jeonju from Seoul. Walaupun ada beberapa lagi tarikan menarik further dari kawasan Jeonju Hanok Village, I guess it is safe for me to stay that I have covered almost 80% of the important attractions in such short amount of time.

Kita jumpa di entri lain iaitu Yeosu dan Busan. Annyeonghi gaseyo!

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *