Tips Study Saat Akhir

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Biasalah, student zaman urban. dua minggu sebelum exam pun sempat lagi travel sana sini, pergi shopping, lepak dengan…

Biasalah, student zaman urban. dua minggu sebelum exam pun sempat lagi travel sana sini, pergi shopping, lepak dengan kawan-kawan, tidur-makan-tidur, layan movie sampai mata bengkak dan macam-macamlah. Dua hari sebelum exam barulah nak sedar, mohon maaf dengan parents, menyesal, berharap agar dapat putarkan masa kembali. Masa tu memang tak ada maaf, time to get mereput and last minute study.
Majoriti mengatakan bahawa study saat akhir ni tidaklah begitu sihat untuk pelajar dimana kemungkinan untuk mereka dapat cover semua and peroleh result yang baik agak tipis. Tapi, siapa tahu kadang-kadang study pada saat akhir ni adakalanya efektif bagi sesetengah pihak. 
For me, i do prefer to study at my eleventh hour sebab i believe masa tu la otak kita secara automatiknya berfungsi sebab mental dah kata “Woi! Esok nak exam. Sedar diri sikit!”. Kalau study awal, confirm akan lupa. Lumrah la tu kan dah bersimpang tengok movie, tidur, main game, lepak dengan kengkawan confirm akan lupa. 
I have some tips or little secrets on how to deal with this issue
Kalau korang rasa nak study last minit, cuba ambil masa sikit macam 1 or 2 hari during your-5-days before-paper. Time tu korang berhabis-habisan untuk baca buku tu and take out all important information untuk senang korang refer balik masa nak study last minit. Proses ni cuma memerlukan korang untuk rajin sikit sajalah but it works. 
After dah dapat semua informasi penting, lepas tu tulis semua tu dalam bentuk nota ringkas or mind map. Ramai yang menggunakan kaedah mind map sebab ianya lebih berkesan dan boleh menjadikan anda seorang yang kreatif. Okay, let me put the steps in proper order. 
  1.  Berhari-hari sebelum paper, korang baca and take out semua nota atau informasi penting.
  2. Cuba fahamkan apa yang korang take out tu untuk mengelakkan daripada kekeliruan berlaku masa study nanti.
  3. Gunakan ayat sendiri. Adalah tidak digalakkan untuk menghafal perkataan demi perkataan. Lagi better kita fahamkan and construct ayat sendiri. 
  4. ‘Proses’kan semua informasi tu dan dijadikan ia sebagai nota ringkas yang lengkap sebagai rujukan untuk masa depan. 
  5. Simpan dan jangan jadikan sebagai alas untuk goreng pisang panas. Simpan la sebaik-baiknya.
  6. Sehari nak exam, cuba baca balik and andai kata tidak faham, boleh rujuk balik buku. 

Some other things you can consider bila nak study last minit
COLOURFUL PEN

Jarang dipakai kerana dianggap begitu leceh. Tapi, dalam sedar tak sedar it helps us a lot especially melibatkan informasi berbentuk fakta yang memerlukan korang untuk ingat, ingat dan terus ingat. Some research found that colorful pen will help boost up students’ interest in studying. Yelah, kalau nampak nota warna-warni confirmlah lebih bersemangat sama jugalah dengan text book nowadays, semuanya ada bantuan warna dan visual. Tapi mahai nak mampoi. 

MIND MAP NOTES

Haaa. Inilah yang dimaksudkan sebentar tadi. Mind map note is believed to be one of the effective methods in doing revision especially it is relating to facts which you can’t change it. LOL. Instead of baca buku setebal alam tu before exam, why not baca this simple mind map note just to refresh your brain memory. Semua dah ada dalam kepala, tapi sometimes terlupa. That is why it helps. 

PERSONAL TIMETABLE (REVISION)
Kalau rajin sikit, manage or buat revision timetable. Tak susah, simple je. Boleh contact saya untuk dapatkan template timetable ni. Just ubah tarikh dan lain. Memanglah sometimes kita akan terkandas especially bila ada last minute plan untuk lepak atau apa, but yang ni boleh dijadikan sebagai guideline untuk kita tahu nak study apa masa hari tertentu. With that, your schedule will be more well organized. (Rasa bersalah juga dah buat jadual tapi tak ikut. Ish! Attitude problem betul)
MANAGE YOUR TIME WISELY

When it comes to study, it is crucial for us to manage our time wisely. Doesn’t mean that study kenalah sampai bagai nak rak. Make it simple and santai. Rehat setiap sejam, take nap masa tengahari (nap bukan bermaksud tidur berjam-jam ya), do simple workout masa petang (Kita tidak digalakkan untuk study pada waktu petang sekitar jam 5-7 PM) and banyak lagi. Don’t simply punish yourself berkurung dalam bilik dari pagi sampai malam dekat dalam bilik, trust me it won’t help. You’re just trying to abuse your brain. 
PROPER PLACE FOR STUDY

Bersihkan meja study, elakkan meja study daripada berselerak dengan bekas makanan, buku-buku yang tidak berkaitan & benda-benda yang boleh distract our mind masa study. Kalau boleh, apply konsep minimalist dalam menyusun atur meja study kita. Some study shows that our brain will work effectively when the environment is completely calm and neat. Well, do organise your table neatly. 
There are other few tips but i’m sure korang pun dah sedia maklum dengan method itu. Apa pun, yang penting korang kena pandai plan jadual. Don’t extremely abuse your brain seharian berkurung dalam bilik study. Get some fresh air. A good student is not only about getting flying color result but also needs to be good in time management and planning. Plan your strategy wisely, sediakan contingency plan (We never know what will happen to us in future), and yang paling penting ialah doa yang berterusan. Panjang pula bebelan hari ini ya. Okaylah, selamat mencuba! 
Regards,
Pojie

11 comments

  1. Samalah kita. Tak ada masalah study last minit. But bear in mind that you'll need to plan and manage your time wisely especially pada saat genting. Heee

  2. hi..Selamat tahun baru…and memang sekarang musim final exam kan…thanks for sharing the tips..as for me i would prefer study group la kalau da last minute,discuss,then baru baru balik semula..and sy memang x boleh study kat bilik…besar dugaan…huhu..btw pojie study mane?

  3. Salam Nurul Husna!

    My pleasure. Hope tips tu dapat membantu la even sikit. Hehe. Group discussion is the best part ever sebenarnya dimana kita dapat kongsi pendapat & pengetahuan masing-masing. Kalau siapa yang ada pengetahuan lebih, boleh la ajar yang lain sekali gus dapat refresh balik memori dia (semua yang dia dah belajar). Tapi, sometimes group study selalunya end up sesi sembang santai tak ada kesudahan. Hahaha.

    Pojie study dekat UiTM Shah Alam 🙂

  4. wsalam pojie..:)

    yup study group end up dengan santai if tarikh nak exam jauh lagi…tapi kalau tarikh exam da dekat sangat memasing tekun gilaa…huhu kelakar..then one of us mesti ckp "kalau lah tekun dari awal lagi…"tapi memang tak la kan.. now pojie still study ke pe? kos ape?

Leave a Reply to Keknis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *