Travel Lebih Mudah Dengan F&A Qiblat Sensor Watch!
Sebelum ini, aku banyak bergantung dengan handphone aku bila nak cari arah kiblat dan periksa waktu solat. Mudah memang mudah tapi kadangkala susah juga bila Internet tak ada and tiba-tiba bateri handphone dah habis sebab banyak sangat ambil gambar.
Ambil gambar banyak-banyak tu memang tabiat aku, yang sukar untuk dibuang.
Setelah beberapa kali travel dengan F&A Qiblat Sensor Watch ke beberapa destinasi luar dan dalam negara, dengan ini aku nak recommend jam ni dekat korang sebab beberapa perkara. Antaranya ialah:
Stylo dan mudah dibawa ke mana-mana
Betul, ianya kecil dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Saiznya juga tak makan banyak ruang dalam beg korang. Boleh jimat space untuk barang-barang lain, especially kalau korang bawa beg kecil.
Selain itu, rekabentuk jam ni pun menarik. Simple dan agak stylo (sesuai untuk mereka yang tak suka jam fancy dengan banyak hiasan).
Features yang memudahkan!
Selain saiz dan design menarik, jam ini juga sangat membantu kita untuk jaga waktu solat masa bukan sahaja ketika dalam negara tapi juga di luar negara. Antara feature menarik jam ini ialah:
Gambar atas: Menu untuk tentukan bandar
Gambar atas: Menu untuk cari arah kiblat
Anda boleh pilih beberapa bandar untuk memaparkan waktu solat dan arah kiblat yang tepat. In my case, masa ni aku ke Sandakan dan cuba untuk cari arah kiblat dan waktu solat menggunakan F&A Qiblat Sensor Watch.
Aku check arah matahari terbenam dan waktu solat di Sandakan (di sini) dan bandingkan dengan apa yang F&A Qiblat Sensor Watch berikan. Surprisingly memang betul. Maka dengan ini, aku boleh la 100% percaya dengan jam ni. Truly helpful!
Gambar atas: Nama aku ada dekat jam F&A Qiblat Sensor. In case you didn’t know, Shahril is my name. You can call me Shahril or just stick to Pojie instead. LOL
F&A™ QIBLAT SENSOR,
1F-16A,
Kompleks Usahawan Terengganu (KUT),
Kubang Jela, Manir,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu,
MALAYSIA
Kini anda boleh travel dengan hati yang tenang kerana adanya F&A Qiblat Sensor membantu anda dalam menunaikan ibadah.
Busyra Takiyudin
wahh. siap ada nama lagi tu.. yg penting dan best ada waktu solat dan arah kiblat. 🙂
Unknown
Pernah test di luar negara tak?
Khai
Stylonya jam!
Bagus jugak ada jam ni. Kalau tak nak bawak kompas kiblat satu hal. Nak tau waktu solat lagi.
Liyana
I enjoy reading your blog post, as usual.
Yana pernah nampak jam ni before this. Nice & stylo. Sangat membantu untuk mereka yang suka travel.
Nice review Pojie. Keep it up!
Kashmir Lana
Good invention. This certainly helpful for Muslim travellers!
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
jam yang menarik…
Hasif Hamsyari
Wah.. menarik ni. Love it!
Unknown
Selama ini aku tentuin arah kiblat mengunakan smartphone tapi kalo ada jam tangan gini jadi lebih praktis yaa
Ashikin Yahya
Bagus ada jam macam ni. Stylish and berguna!
Nasrule
Great invention!