Trendy stay at Aloft Bangkok Sukhumvit 11

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bila bercakap pasal short weekend gateaway, Bangkok akan selalu menjadi sebutan oleh para individu yang gemar mengembara. Walaubagaimanapun,…

Bila bercakap pasal short weekend gateaway, Bangkok akan selalu menjadi sebutan oleh para individu yang gemar mengembara. Walaubagaimanapun, tempat penginapan selalu menjadi isu when it comes to short gateaway. Sukar nak pilih tempat yang terbaik untuk stay! 
Hotel Aloft Sukhumvit 11 ini antara hotel yang kedudukannya cukup strategik in term of jarak antara satu tarikan ke tarikan lain di Bangkok. Terletak berdekatan dengan Nana BTS Sky Train & MRT Subway stations, hotel yang cukup sesuai dengan citarasa golongan muda ini juga mempunyai tahap keselesaan yang berbaloi dengan kadar penginapannya  (Sesuai untuk mereka yang nak berehat dan honeymoon). 

Basically, hotel ini sesuai untuk mereka yang gemar pada kemeriahan diwaktu malam. Mostly, golongan muda la yang akan pilih lokasi strategik seperti ini – easy access to best shopping spot, nightlife and dining destinations. Instead of staying dekat hotel, well at least you have something to do dekat luar. Penginapan satu malam di Aloft ternyata memberi keselesaan yang sempurna buat mereka yang ingin berehat. First day sampai di Bangkok, terasa untuk stay di hotel sahaja sebelum mula meneroka tempat menarik di Bangkok.
LOBBY

Lobi yang berkonsepkan gelap dan interior design and deco berunsurkan keremajaan. Tengok orang-orang yang datang sini pun semuanya muda-muda remaja. Eheh

ROOM

Untuk jenis bilik pula, terdapat 3 jenis bilik yang disediakan untuk para tetamu Aloft iaitu Aloft Room, Aloft Touch Room dan Aloft Suite. Rasanya, untuk bilik dekat atas ni ialah Aloft Room. Ruang yang cukup padat dengan susun atur deco dan sebagainya.
BATHROOM

Bilik air pun selesa. Tak begitu besar dan yang penting dilengkapi dengan pelbagai keperluan untuk mandi. Tak perlulah angkut barang-barang asas mandian masa travel. Heh. Sama seperti W Hotel, Aloft juga turut menggunakan brand Bliss untuk barang mandian mereka cuma beza dari segi packaging saja. 

 VIEW FROM ROOM

WAY TO CAFÉ

 
Untuk breakfast, not bad. Ada juga la benda yang boleh kita makan. Mostly NON HALAL. Biasalah kan bila travel ke negara orang especially jumlah penduduk yang beragama Islam adalah pada kadar minoriti bagi sesetengah tempat tu. 
Selepas puas berehat, kini tiba masanya untuk pusing-pusing sekitar Bangkok ni. Yang penting, benda pertama menjadi target ialah makan. Omnom!

Ruang menunggu teksi
Teksi? Jangan risau, lokasi hotel Aloft ni sangatlah strategik. Teksi atau tuk-tuk sentiasa lalu lalang depan hotel. 

ALOFT BANGKOK SUKHUMVIT 11

ADDRESS
35 Sukhumvit Soi 11, Sukhumvit Road, Klongtoey-nua, Bangkok 
PHONE
6622077000
OFFICIAL WEBSITE
MAP

Hmmm, to be honest aku lagi prefer Aloft Kuala Lumpur. Konsep bilik yang sama tapi berbeza dari segi makanan (of course) dan juga mini infiniti pool yang ada di Aloft KL tu yang menjadi tarikan utama.

13 comments

  1. Hehehe cantiknyer…Semua sudut cantik dan mengancam..Patut la ramai remaja yang duk sini..Jiwa remaja kot hotel ni hehehe..View dari bilik pon dah cantik ..indah sangat …fuhh yang paling best tu tu tu BILIK AIR DIA tuuu. Lengkapi dengan pelbagai keperluan untuk mandi…. jadi tak yah la nak mengangkut serba mak nenek masa travel.Krikk krikk brand BLISS tu okey ke hehehehe………Saja nak tahu jugak kot2g travel nanti ada brand tu kat bilik air …

Leave a Reply to gun firdaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *