Upacara Pengebumian Unik Warga Tana Toraja

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email CLICK HERE for Tana Toraja Travelogue Video by POJIEGRAPHY Kewujudan Tana Toraja di Selatan Sulawesi ini telah menarik ramai pengunjung…


Tana Toraja Travelogue Video
by POJIEGRAPHY
Kewujudan Tana Toraja di Selatan Sulawesi ini telah menarik ramai pengunjung dari pelbagai negara untuk datang ke sini dan mempelajari budaya mereka yang dipercayai begitu unik dan menarik. 
Tana Toraja lebih sinonim dengan upacara mayat berjalan atau lebih dikenali sebagai upacara Manene. Upacara ini diamalkan oleh warga Tana Toraja sejak zaman dahulu lagi dan kini ianya semakin jarang diamalkan dan kemungkinan untuk para pengunjung melihat upacara ini sangat tipis atas faktor populasi penduduk dan kunjungan pelancong yang semakin ramai.
Majoriti warga Tana Toraja beragama kristian. First day datang sini agak confuse sebab muka nampak macam orang melayu/Muslim.

Semasa berada di Tana Toraja, sempat jugalah menghadiri upacara pengebumian mereka. Excited rasanya nak tahu cara mereka dan ternyata memang jauh bezanya daripada tradisi yang aku pernah tahu/pelajari. Ini juga antara tarikan utama yang pengunjung cari bila mereka sampai di Tana Toraja. 
Selepas membuat sedikit research berkenaan dengan Tana Toraja, ternyata mereka lebih mengutamakan perbelanjaan (semakin tinggi taraf sosial, semakin banyak jumlah perbelanjaannya) untuk majlis pengebumian. Kalau kita, selalunya perbelanjaan lebih besar untuk majlis perkahwinan. 

Antara haiwan yang akan menjadi korban untuk diberikan kepada para penduduk ialah kerbau, ayam dan babi. 

Budak yang pakai uniform khas tu merupakan cucu kepada si mati. So, sesiapa yang datang ke upacara perkahwinan ni automatically tahu siapa ahli keluarga dan cucu si mati. 

Bila tengok baju uniform diorang ni tiba-tiba teringat motif tradisional yang digunakan oleh warga borneo, Sabah dan Sarawak. Memang ada persamaan. Budaya juga hampir sama dengan kaum kadazan/kristian di Sabah. 

Daging kerbau telah pun sedia untuk diberikan para penduduk yang datang ke majlis pengebumian ini.
Most penduduk yang hadir akan berpakaian warna gelap bagi menghormati keluarga dan juga mendiang. 

Orang ramai tengah beratur untuk menguruskan pengagihan daging kepada para penduduk

Setiap keluarga akan duduk dekat pondok masing-masing. Basically, memang akan ada banyak pondok yang dibina untuk majlis pengebumian ini.

The best part ialah kami berpeluang untuk masuk ke dalam dan bercakap dengan isteri mendiang serta ahli keluarga yang lain. Ternyata mereka cukup peramah ketika menyambut kami. Tak ada la rasa awkward bila naik atas tu.

Keranda si mati yang sudah hampir setahun di rumah. Kenapa setahun? Kejap lagi korang akan tahu

Ahli keluarga yang lain juga turut hadir bagi memberikan semangat dan kekuatan kepada isteri  mendiang khususnya. 
Antara cara penghormatan yang diberikan oleh para penduduk/pengunjung yang hadir – bagi bunga dengan ucapan terakhir. 

Kenapa keranda/mayat disimpan dekat rumah untuk jangka masa yang panjang? Menurut kepada kepercayaan mereka, selagi upacara pengebumian ini belum dilakukan, mereka menganggap bahawa mendiang masih hidup dan tengah tidur. 
Dalam jangka masa itu, mereka cuba untuk mencari duit agar dapat menampung perbelanjaan upacara pengebumian. Ini bermaksud, mereka hidup untuk mati. Semasa hidup, mereka bekerja sekuatnya untuk meraih pendapatan agar dapat menampung hidup dan juga upacara pengebumian.
Bayangkan setahun keranda dan mayat tu ada dalam rumah… Mereka menjalani rutin harian seperti biasa di rumah. Cuba kalau kita… Macam mana agaknya? 
Bergambar dengan isteri kepada mendiang 
(gambar shaky and muka serious nak ambil mood. Takkan nak senyum siap pose bagai)
Mereka turut hidangkan kuih atau biskut khas warga Tana Toraja. Some of them nampak sangat pelik. Hahaha. 

Bergambar dengan cucu mendiang – friendly and undeniably beautiful. Tapi yang penting, kecil-kecil lagi dah pakai Blackberry smartphone. 

Still tak boleh move on bergambar dengan cucu-cucu mendiang ni sebab uniform diorang unik. Its upacara pengebumian but pakaian macam nak buat tarian or something. Itulah uniknya. Kalau di Sabah (Kristian), ahli keluarga akan memakai baju dengan warna khas (wife – hitam, anak – biru dan sebagainya).
Rupa pondok sementara yang dibina untuk upacara ini. Pondok bukan sekadar pondok biasa. Siap ada ukiran dan design lagi. Sebab tu la ramai orang cakap yang mereka memang berbelanja besar bila buat upacara pengebumian ni. Design pondok tu juga merupakan design rumah tradisional warga Tana Toraja. 

Sedikit tips/advice kepada mereka yang nak datang upacara pengebumian ni:-
1. Upacara pengebumian ni bukan selalunya ada. It is important for you untuk cari & contact kenalan di Tana Toraja untuk dapatkan detail berkenaan dengan upacara ni. Kalau ikut tour guide lagi senang nak pergi.
2. Kalau dapat pergi, jangan lupa untuk pakai pakaian gelap bagi menghormati upacara ni. Jangan sesekali pakai baju macam nak pergi disco (silap besar boleh kena halau on the spot).
3. Kalau plan nak pergi, bawa la something to show our sympathy dekat the family members (this could make you more easier untuk korek cerita atau get closer dengan ahli keluarga).
4. Last but not least, CAMERA JANGAN LUPA. Lagi best kalau dapat record video.

Banyak lagi sebenarnya tarikan yang ada dekat Tana Toraja ni dan semuanya bakal menyusul di entri-entri yang seterusnya. InsyaAllah.

Regards,
Pojie

29 comments

  1. Haritu anis buat kajian etnik serani di melaka, yg simpan mayat tu sama! Dan mereka memang perlu keluarkan belanja besar untuk upacara pengebumian… Isy, seram je bunyi simpan mayat >_<

  2. wah bestnye dapat pergi kat sana… dulu pernah baca dalam magazine waktu naik AA… teringin sangat nak pergi tengok tana toraja…. diorang siap menari2 lagi waktu nak pergi kebumi mayat… kalau orang susah tak de duit diorang simpan mayat tu kat rumah, dah ada duit baru buat kenduri… ni yang aku bace la… nice, untuk awak dpt pergi sane…

  3. Yup. Upacara pengebumian ni bagi mereka macam ala-ala wedding la. Kena besar-besaran. Betul. Diorang simpan mayat tu dekat rumah selagi belum cukup duit untuk buat upacara. Alaa, diorang anggap macam mayat tu tengah tidur dalam keranda je.

  4. Alhamdulillah. Dapat juga la pergi sana for the first and the last. Hahaha. Journey yang agak mencabar juga la sebenarnya. Iman kena kuat masa travel sana sebab kepercayaan diorang memang pelik. Especially masa upacara kematian tu… like what you mentioned just now, menari masa upacara, belanja besar untuk upacara dan macam-macam lagi. Tapi best la sebab benda baru. Kalau ada rezeki, datang la sana ya!

  5. Pengalaman ilmu yg berharga ni.. saya baru tahu. Thanks sharing Pojie.
    hmm.. salah seorang cucu yg mati tu ada sikit2 mcm iras erra fazira lah..

  6. pengalaman yang menarik… and nice sharing pojie.. *p/s: nape babi die warna hitam? bukan babi warna pink ke? hahaha blurr kejap

  7. simpan setahun kat dalam..bab 'bangun' semula tu tak risau sgt TAPI x der bau ker jika di biar kat dalam tu. Kiranya setiap kali ada kematian, mesti ada binatang yg akan dikorbankan kepada mereka yang datang menziarah lah ye Pojie

  8. Alamak ada jugak camni yer..bertahun mayat tak ditanam ..adoiii ..tp takpe la adat diaorg kita tgk dan kaji cerita takpe laaa..Ha ahh baju knk2 pompuan tu mcm nak pergi buat tarian pulak ..sekali imbas ada iras pakaian ngan org sabah..

  9. Yang tak tahan di Toraja itu lihat Babi dimana-mana..ihhh. Oh ya, cerita sedikit. Saya punya teman orang Toraja, perempuan Muslimah yang taat. Keluarga dia di Toraja banyak yang kristiani. di Toraja satu keluarga bisa beza agama tapi tetap saling berhubungan erat, pelik kan Bang Pojie ?

  10. Yup! Tempat ni agak rare. Tak ramai orang kita datang sini. Nanti ada rezeki, datang la. Boleh kenal budaya diorang yang jauh berbeza dengan kita.

  11. Yup. Simpan selagi mereka tak mampu nak buat upacara pengebumian tu. Diorang dah letak something la kot untuk bagi mayat tu tahan or tak berbau. Yup! Haiwan utama yang dikorbankan kerbau dan babi.

  12. Itulah bang Gunadi. Babi ada dimana-mana. hehehe. Ada juga Muslim tinggal sekitar Tana Toraja. Mereka boleh bercampur dengan adat tu. Unik sungguh mereka bisa menjalinkan hubungan erat antara satu sama lain ya? Tiada budaya racism.

  13. Rasanya di Sabah/Sarawak pun berlaku hal yg sama kan… satu keluarga tapi lain2 agama… tapi nak tanya lah… ada ternampak ke mayat berjalan tu?

  14. Betul. Sama je konsep dia. Hmmmm tak nampak. Susah dah nak nampak sekarang. Jarang dah orang buat upacara tu katanya sebab dah ramai pelancong datang sini. Agak disappointed juga la tak dapat tengok.

Leave a Reply to Pinangso Loro Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *