Walaupun masalah datang tanpa henti, BERSABARLAH! Itu adalah ‘Hitam & Putih’ Kehidupan.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Greetings to all READERS out there! Its been a pleasure for me to be here for some story…


Greetings to all READERS out there! Its been a pleasure for me to be here for some story to all the readers. Hows life so far? Hope everything will be just fine then yesterday 🙂
Pojie? So far okay. Nothing much, full with hot stuff! (Ala-ala komen yang diberikan oleh aku. Pendapat tentang Kampus UiTM Melaka) Same thing happened. Woke up, get ready for class, lunch with friends, spend my free time with assignment with (s) perhaps = Assignments! I’ve been in a week of third here, and it will 12 more weeks. So far, everything is just fine/settled very well.

Baru-baru ini, ada sambutan Thaipusam! Tapi bukan Melaka. Apa-apa pun, Selamat kepada kaum yang menyambut perayaan tersebut (Makan hati tengok status budak-budak dekat KL tu yang tengah asyik enjoy cuti perayaan Thaipusam tu!)
Kepada yang masih mengingati blog ini, TERIMA KASIH juga diucapkan. Aku bukanlah kerap sangat nak buat entri terbaru untuk korang, tapi aku akan janjikan untuk blog ini sentiasa diberi uptodate. Tiadalah blog ini nampak usang kan?

Baru-baru ini juga, keluarga (Ayah, Mak, Kakak dengan adik) datang dari Kota Kinabalu, Sabah ke Shah Alam, Selangor. Saja nak datang melawat. So, aku dengan selambernya dengan tidak sengajanya ter-skip kelas untuk hari jumaat. Harap maaf kepada semua lecturer untuk hari jumaat tu. Tahu, mereka amatlah merinduiku. Minggu ni aku janji untuk tidak ponteng. Rindu aku pada keluargaku, belum puas lagi spend time dengan dorang dekat shah alam. Tapi, apakan dayaku. Terpaksa meneruskan perjuanganku.

Humpph! Makan hati melihat gambar ini. Tapi tak mengapa, atleast aku dapat merasakan masakan ibu. Bunyi macam anak emak? Apasalahnya merindui masakan ibu kan? Aku bukan dapat rasa masakan ibu selalu. Tunggu aku balik Kota Kinabalu, Sabah nanti dapatlah aku merasa masakan ibu setiap hari.

Lagi, dapat juga melepaskan rindu dengan kedua anak buah aku. Firhan dan juga Syamimi. Hummmpph!
Kiut kiut juga, tapi bila degil geram pula!

Korang semua, Entri sebelum ini aku berbicara pasal Cahaya bukan? Kali ini, aku bakal bercerita pasa Tone, Contrast dan juga Hitam&Putih. Mahukah anda membacanya? Apa salahnya sekali sekala aku share dekat semua pembaca tentang apa yang telah aku belajarkan? Tak salah untuk berkongsi bukan? Plus, korang pun mesti dah bosan asyik dengar cerita pasal aku je. So, apasalahnya untuk berkongsi pengetahuan tentang apa yang aku belajar 🙂

Antara subjek yang aku belajar untuk Photography bagi Sem 2 ni ialah Studio Lighting, Digital Imaging dan juga Advance Photography.
So, untuk entri kali ini merupakan subjek Advance Photography yang diajar oleh En Nadzri Hj Sharif. Tentang subjek ini? Tidak lagi seperti subjek Elements of Photography bagi semester lepas. Tapi, antara teknik-teknik yang diajar pada sem lepas akan diterapkan kedalam subjek untuk kali ini iaitu antara teknik-teknik asas dalam Photography. Panning, Depth Of Field dan bermacam lagi. Bagi subjek Advance Photography ini, kitaorang akan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang photography. Antaranya ialah Zone System (Black and White). Istilah Zone System ini telah diperkenalkan oleh Ansel Adam
Dan ini merupakan antara salah satu hasil karyanya yang begitu menarik.




Zone System ini ialah membezakan contrast/brightness sesuatu gambar yang telah ditukar atau sedia kala berformat B&W bukan kereta B&W tapi Black & White. Bawah ini merupakan meter untuk Zone System, Daripada Hitam asli kepada Putih asli.

Bagi tugasan para pelajar photography, mereka disuruh/diarah untuk mengambil shoot gambar sekurang-kurangnya 15 keping gambar berkonsep Bandar Alor Gajah ataupun Masjid Tanah. Shoot la apa yang korang rasa menarik. Aku? Ada juga shoot, masa kurang memberi aku untuk mendapatkan shoot yang PERGH! tapi aku telah cuba sedaya upaya. Its better than Nothing kan?
Tujuan tugasan ini diberi ialah untuk mengshoot gambar lepas tu membezakan sesuatu contrast/brightness. Ada yang lebih terang dan ada yang lebih gelap. Kedengaran agak bosan kan? Yelah, korang semua mesti lebih suka sesuatu yang penuh dengan warna. Dengar je Hitam Putih, mesti dah start bosan. Tapi, dengan menjalankan tugasan ini. Kita dapat mengenali sesuatu perbezaan dalm hitam dan putih itu.

Dan ini merupakan antara salah satu shoot yang telah aku ambil bagi tujuan untuk menyiapkan kerja :

Lokasi : Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.
Gambar ini kemungkinan sangat flat dan simple, tapi ada makna dan mesej tertentu.
SILALAH PERHATIKAN GAMBAR INI DENGAN PENUH TELITI!

Lokasi : Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Lokasi : Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Lokasi : Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Lokasi : Kawasan Bulatan, Alor Gajah, Melaka.

Lokasi : Perhentian Bas Sementara, Alor Gajah, Melaka.

Lokasi : Kawasan Bulatan, Alor Gajah, Melaka.


Choopp!
Perasan tak gambar di atas tu ada sesetengah tempat telah dilabel labelkan? Haaa, itu ada lah setiap kategori dalam Zone System. Zone System juga mempunyai 9 zon tertentu. Tengoklah meter dekat atas, daripada Hitam pekat itu ialah Zon 1 sampailah ke putih Zon 9.
Selamat menjelajah ke dunia hitam putih! 🙂

Tujuan gambar-gambar diatas dibuat ialah untuk memastikan/mengenal pasti exposure sesuatu objek itu.

Harapan besar aku kali ini agak korang lebih terhibur dan samping berhibur dapatlah sedikit pengetahuan dengan apa yang telah aku kongsi. Biasalah, masuk Universiti ni dah jarang nak kuar dan lepak-lepak. Assignment tidak membenarkan weh! Jangan marah aku ek.

Walaupun masalah banyak bertimpa-timpa tanpa berhenti-henti, janganlah kita tunjuk kepada rakan-rakan.
Seboleh-bolehnya, cubalah untuk sentiasa senyum, walhal dalam diri sedih dan perit rasanya.
Sabar, kerana Allah tidak menguji diluar daripada kemampuan umatNya. Bawak bersabar, pastinya semua ini ada hikmahnya.

Dan, benarkanlah cahaya untuk menerangi hidup kita. Agar kita lebih tenang dan tabah untuk mengharungi semua masalah.


Okaylah para pembaca, rasanya dah cukup apa yang aku share untuk sesi entri kali ini. Semoga bertemu lagi kita disesi seterusnya 🙂
p/s : Terima kasih kepada yang sudi membantu dikala kita dalam susah.
Regards, Pojiegraphy.

8 comments

  1. haa??kat melaka ke sekarang ni…uih da dekat tu…
    t teserempak,sy jerit name pojie kuat2 taw..hahag

  2. its a good thing to learn photogrpy..kalo blaja smpi thp degree nnt korg akn blaja wat website domain sndri..gud luck nw…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *