We have done the Chapter One, Now its time for Chapter Two.

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Selamat Sejahtera kepada para pembaca yang masih lagi setia untuk membaca blog yang tak seberapa ini. Blog ini?…

Selamat Sejahtera kepada para pembaca yang masih lagi setia untuk membaca blog yang tak seberapa ini. Blog ini? Yes, masih lagi hidup. Sihat? Masih lagi sihat. Diharapkah para pembaca terus dan terus membaca blog aku ini. 🙂
Chapter One sudah lepas, kini masuklah Chapter Two. Macam ala-ala game pulak kan? Sudah selesai dengan chapter pertama, barulah kita boleh proceed ke chapter seterusnya. Dengan ini, tidaklah begitu bangganya aku ingin memberitahu kepada semua pembaca bahawa aku kini sudah memasuki ke alam semester dua. Tahniah pojie, anda masuk semester dua tanpa sebarang masalah walaupun. Juga, telah selamat sampai dan kini berada di UiTM Alor Gajah, Melaka. Kebiasaannya, para pelajar lama agak tidak kesabaran untuk melihat suasana baru selepas naik ke semester baru. Lagi-lagi kepada pelajar lepasan Semester 1 yang bakal memasuki ke Semester 2, wah akulah salah seorangnya. Sudah tentu aku tidak sabar untuk melihat suasana baru di semester baru.


Pakaian baru? Kasut baru? Beg baru? handphone baru?
Oh, tidak! Semuanya bukanlah serba baru. Adalah sedikit-sedikit itu serba baru, tapi tidak semua. Semester baru tidaklah semestinya semuanya baru kan? Lagi pun, seperti yang pernah aku uar-uarkan melalui status facebook dahulu, masa sememangnya tidak memberi aku peluang lansung untuk membuat persediaan. Memandangkan aku sibuk dengan kerja part time, hari terakhir aku bekerja ialah pada 31 Disember dan keesokkan paginya aku terpaksa berangkat ke melaka pada awal paginya konon ingin menempah bilik VIP, rupanya sudah ditetapkan. Bilik VIP? Ala, maksudnya bilik yang kira okay. Jangan salah faham, sampai bayar berjuta-juta semata-mata nak masuk UiTM disebabkan servis bilik VIP yang baru saja aku sebut sebentar tadi. HAHAHA.
Sanggupkah nak bayar berjuta-juta? Maaf, disini agak kelakar bunyinya.

Pada hari pertama? OH, ingatkan semuanya dengan penuh semangat. Yelah, manalah tahu bangun awal pagi yang seawal-awalnya untuk ke kelas, siap sudah di-iron lagi, sempat lagi minum pagi ke ape. Apa yang jadi? Hampes! Tidur pada jam yang lewat, lepas tu paginya terlambat untuk ke kelas. Sebab apa? Bangun lambat! Terpaksa nak tunggu Tuan Zulfadli untuk pergi ke kelas bersama, Kaulah puncanya Zul. Nasib baik sesampainya ke kelas, syukur lecturer masih lagi belum sampai. Phewww! Tunggu punya tunggu, seorang lelaki berumur masuk ke dalam kelas, dengan memakai kopiah dan juga berbaju melayu. Apa lagi, semua budak ternganga. Sebab apa? Bukan lecturer itu tidak memakai seluar ke apa, tapi… diorang ingat lecturer tu salah masuk kelas. Sebab pada pagi itu ialah kelas BEL (English), tapi Ustaz yang masuk. Rupanya-rupanya, encik itu yang bakal mengajar kitaorang untuk subjek BEL. Boleh tahan kelakar c(:

Aktiviti untuk minggu pertama? Macam biasa. Cuma sesi perkenalan dengan lecturer. Tapi lebih lain daripada semester lepas, sebab semester lepas semua budak macam malu-malu kucing lagi. Tapi kali ini ada kelainan sikit. Kelas untuk semester ini? Hurrrmm. Ada baiknya dan ada juga buruknya. Tak apa, yang penting dapat ilmu sudah cukup memadai.


” Antara hasil karya yang aku telah buat bertajuk : A Creative Boring “
Assignments? Untuk minggu pertama, tiada lagi assignment yang datang. Cuma sekadar kerja yang ringan-ringan saja. Tengoklah lagi 2 atau 3 minggu, dah start la aku punya drama tu. Ada juga yang terpaksa datang ke kelas siap dengan shade ala-ala artis lagi. Bukan disebabkan penceraian ke apa? Bak kata Mony, “eH, aku ni macam artis baru bercerai pulak. Siap tudung ala-ala Siti Nurhaliza lagi.” HAHA. Yelah, pakai shade tu bukan nak cari publisiti ke apa? Mata dah macam zombi. Bagaikan orang yang sudah tidak tidur 5 hari. Walaupun, baru tidur cuma 3 atau 2 jam sehari sahaja. Bersedialah wahai pojie. Tapi aku sangat-sangat bersyukur apabila sem kali ini, tiada banyak paper untuk peperiksaan, lepas itu kitaorang tidak ada drawing atau apa lagi. Nak main dengan chinese-ink ke, pastel ke, dawai ke, ape ke. Tidak lagi, dah terlepas semua azab itu. Jangan marah haa wahai pelajar art&design yang seangkatan dengan aku ( Industrial Design, Graphic Design, dan Fine Art )
Untuk pointer lepas? Okaylah, memuaskan. WALAUPUN!
Tidak mengapa, untuk semester kali ini, aku sudah set goal yang aku ingin capai. Kalau aku dapat capai? Mak aii, masyukkk la aku! Kepada rakan-rakan seperjuangan aku, marilah kita bersama-sama berjuang.
p/s : Terima Kasih kepada individu-individu yang telah membantu aku sebelum masuk ke UiTM. Terima Kasih diatas bantuan anda.

Juga, Kepada semua pelajar UiTM Alor Gajah, Melaka yang ingin membantu dan menaikkan nama anda? Silalah anda tidak segan untuk menjadi model aku untuk kerja assignments Studio Lighting. Silalah menghubungi aku melalui Facebook. Terima Kasih lagi!
Jumpa lagi untuk Entri yang seterusnya, JENG JENG JENG!
Regards, Pojiegraphy.

5 comments

  1. Alahai tak sabarnya nak melangkah ke U .
    INSYAALLAH , UiTM ALOR GAJAH menantiku . *Pojie suruh masuk jadik junior dia kan pojie kan Hahaha 😛

Leave a Reply to SyahmiFikri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *