7 sebab anda perlu berkunjung ke Danau Ranau, Selatan Sumatera, Indonesia
Kalau anda tertanya-tanya Danau Ranau itu sebenarnya apa, ia merupakan tasik kedua terbesar di Sumatera selepas Danau Toba. Ianya terhasil selepas berlakunya letusan dari gunung yang berdekatan iaitu Gunung Seminung yang mempunyai ketinggian sekitar 1881 meter diatas permukaan laut. Walaupun tidak la begitu tinggi, tapi pemandangan yang dijanjikan pasti akan memukau siapa sahaja yang melihatnya.
Peta atas menunjukkan di mana terletaknya Danau Ranau. Oh ya! Jangan keliru pula kerana ini bukan Ranau yang terdapat di Sabah ya. Hehehe… Danau bermaksud tasik, dalam bahasa Indonesia.
Sepanjang trip ini kami banyak melalui perjalanan yang agak panjang. Dari Palembang ke Baturajah, lepas tu dari Baturajah ke Danau Ranau. Jarak Danau Ranau dari Baturajah adalah sekitar 192km (4 jam 4 minit, bergantung pada keadaan jalan).
Lagi sekali, jalan di Selatan Sumatera ni tak ada la besar mana. Oleh itu, jangan terkejut kalau jarak hanya sekitar 100km pun boleh ambil masa sehingga 4 atau 5 jam lebih. Itu normal.
Aku ambil peluang sebaik mungkin untuk tidur, makan, minum dan melayari Internet (kadang-kadang signal agak memuaskan). Terima kasih lagi pihak penganjur kerana menyediakan simkad kepada kami untuk terus berhubung dialam maya (ayat skema habis).
Pejam celik, pejam celik. Akhirnya sampai juga di Danau Ranau. Masa sampai tu dah pukul 5.30 petang makanya gak bisa lihat keindahan sekitar sini. Tapi, sempat tengok sunset. Cantik yang tak terkata oi!
So, malam tu kitaorang mandi segarkan diri. Lepas tu makan malam dan karoake (selebihnya biar hanya menjadi kenangan di Danau Ranau ya. Jangan dibawa pulang ke Malaysia) BHAHAHAHA!
Banyak pula aku bebel, maaf. Tiba-tiba teruja semula nak cerita pengalaman ke sini. Tanpa membuang masa, berikut merupakan sebab mengapa anda perlu berkunjung ke Danau Ranau apabila berada di Selatan Sumatera, khususnya Ogan Komering Ulu Selatan.
1. Menghargai keindahan alam ciptaanNya
2. Santai bersama kawan-kawan
3. Merasai kolam air panas
Keseronokan yang kitaorang alami tu masih segar lagi dalam ingatan. Setiap jeritan dan tawa riang tu betul-betul membuktikan bahawa masa tu merupakan antara pengalaman yang aku tak boleh lupakan. Kena pula trip kali ni semua masuk kepala, memang gila je la semua orang sepanjang masa.
Pemandangan setikar tasik, Pulau Marisa dan Gunung Seminung pasti menjadi kegemaran dan juga simbol ikonik bagi destinasi ni. Lepas ni, aku pasti, Danau Ranau pasti akan terkenal bukan hanya dalam kalangan orang tempatan tapi juga mereka yang datang dari luar negara.
Sebelum berangkat meninggalkan Danau Ranau, kitaorang sempat singgah salah satu restoran tempatan yang menyediakan hidangan halal untuk menikmati makan tengahari dan solat jumaat. Kebetulan rumah makan ni terletak berdekatan dengan masjid, senang la sikit.
Ini budak makan banyak sekali, tapi tetap kurus“. Entah la itu satu pujian atau apa, yang penting ikan ni memang sedap. Ditambah pula dengan kuah kicap pedas manis, lengkap pakej!
Datang ke sini jangan lupa untuk rasa ikan mujair kumbang ya!
Terima kasih @ProjekTravel untuk baju yang sangat selesa ini!
Tips:
1. Terdapat jaringan pengangkutan awam untuk ke Danau Ranau. Tapi, sewa kereta adalah alternatif terbaik.
2. Anda juga boleh mendaki Gunung Seminung, pastikan anda mempunyai fizikal yang sihat dan juga jangan lupa untuk bawa air dan makanan secukupnya – tambah tenaga.
3. Jangan lupa untuk minta nombor orang yang bawa bot tu agar senang korang nak berhubung kalau ada apa-apa.
4. Bulan yang sesuai untuk anda datang ke sini ialah sekitar Julai hingga Ogos. Masa ni boleh la korang tengok bunga edelweiss mekar tumbuh di sekitar Danau Ranau.
Danau Ranau
-4.848460, 103.937430
Pusri Danau Ranau
-4.845256, 104.017748
Nina Mads
lawanyaaa… bila nk travel indonesia pulak. AA tengah buat promo kaw2
Mummy Julia
Canteknya Danau Lake ni… Nanti bole plan pi sana pulak..
kakitravelkhairuddin.blogspot.com
nice video.
Nkalax
alahai bila tengok gambar2 ni teringin pulak nak jejak kaki ke indonesia lagi!
Mawardi yunus
oiiiii kena masuk wish list ni. terima kasih uolls
Busyra Takiyudin
sedapnya ikan bakar tu.. hehe
Pojiegraphy
Indonesia, your ultimate travel destination. Datang la kat sini! Best!
Pojiegraphy
Its Ranau Lake la mummy. Hehehe! InsyaAllah, kalau nak tahu apa-apa, let me know. Kot kot ada yang boleh dikongsi 🙂
Pojiegraphy
WAJIB OKAY. WAJIB!
Pojiegraphy
I know. Same thing goes to me. Tengok balik entri ni terasa nak pergi Indonesia lagi. Hmmm
Pojiegraphy
Thank you brother MKL!
Pojiegraphy
Masih lagi dapat rasa kenikmatan ikan bakar ni. Fuhh!
Dan On The Road
Masa aku pergi ke Bukittinggi tahun lepas, ada melawat Danau Maninjau yang lebih kurang sama seperti Danau Ranau ni. Aku dapat rasakan keajaiban dan mistik bila tengok danau ni dilitupi kabus pada awal pagi.
Unknown
Berapa bajett pergi danau ni?