Tidak dapat dinafikan bahawa Indonesia sememangnya negara yang agak besar dan mempunyai nilai budaya yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda ingin meneroka atau mendalami lagi tarikan-tarikan dan budaya Jawa, Yogjakarta bukanlah satu-satunya tempat untuk anda kunjungi tetapi juga Solo atau lebih dikenali sebagai Surakarta, iaitu kota yang terletak hanya sekitar 63KM dari Yogjakarta.
Beberapa bulan lepas (sekitar Mac), aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Solo melalui undangan khas daripada Tourism Surakarta untuk melihat sendiri tarikan-tarikan pelancongan bandar yang juga terkenal sebagai tempat kelahiran presiden terkini Indonesia, iaitu Joko Widodo.
Maklumat penting
2. Shopping is a must kat sini especially barang-barang local. So, make sure exchange duit IDR secukupnya (atau LEBIH 😝).
3. Lapangan terbang Solo iaitu Adi Sumarmo International Airport ada mesin ATM CIMB. Anda boleh la keluarkan duit dari sana once landed di Solo.
4. Jangan lupa untuk muatnaik aplikasi SOLO Destination untuk info tentang Solo seperti tarikan, hotel, tempat makan dan tips-tips umum mengenai bandar ini.
5. Cadangan penginapan: Alila Solo Hotel. Hotel 5 bintang yang menawarkan great hospitality dan fasiliti. Worth to stay!
Penerbangan ke Solo
Apa lagi yang boleh anda teroka di Solo?
1. Go Tik Swan
2. Pasar Gede
3. Kasunanan Surakarta
Terletak sekitar 12 km barat Kota Solo, Kasunanan Surakarta mempamerkan pelbagai jenis tinggalan sejarah termasuklah senjata, barangan-barangan digunakan dalam upacara rasmi, wayang kulit dan kereta kuda (tapi sebenarnya masa tu yang bawa bukan kuda tapi kerbau) bernama Kjahi Groedo yang berusia sekitar 273 tahun. Kawasan palace ni juga agak tenang, so sesuai la untuk mereka yang nak santai sebentar menikmati suasana sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.
Alamat: Baluwarti, Pasar Kiwon, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57144, Indonesia
Waktu operasi: 8.30 AM hingga 2 PM (hari biasa) dan 8.30 AM hingga 1 PM (hari minggu). Tutup pada hari Jumaat.
Bayaran masuk: IDR 15,000
Web: Laman web rasmi Pariwisata Solo
4. Barelo, Swissbelinn Saripetojo
5. Sepur Kluthuk Jaladara
Kereta api buatan Maschinenbau Chemitz Jerman ini dibuat pada tahun 1896 ini telah mula beroperasi sejak September 2009. Menariknya tentang kereta ini ialah ia beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan kayu jati sebab tu la ia memakan belanja yang agak besar juga untuk naik kereta api ni. Bukan itu sahaja, SKJ juga satu-satunya yang masih beroperasi di Indonesia.
Route sepanjang 5.6 KM bermula dari Stesen Purwosari hingga ke Stesen Solo Kota ini akan membawa anda ke beberapa tempat termasuklah Loji Gandrung iaitu kediaman rasmi walikota Solo, Kampung Batik Kauman, Pasar Pon dan banyak lagi. Anda juga bakal disajikan minuman jamu dan makanan tradisional Solo sambil menikmati alunan musik tradisional di sepanjang perjalanan.
Untuk menaiki kereta api ini, anda perlu buat reservation awal-awal dengan pejabat Dinas Perhubungan Komunikasi dan Informasi Surakarta atau hubungi terus the person in charge. Maklumat boleh dapat di bawah.
Harga sewa satu kereta api: IDR 3,500,000 (akan dibahagikan kepada jumlah penumpang pada hari tersebut).
Hubungi: +62 085642005156 (Indri) atau +62 085229790462 (Sandi)
6. Wayang Orang Performance
Wayang Orang berlansung selama 6 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8 hingga 10 malam (basically mengambil masa selama 2 jam). Ia dipersembahkan dalam bahasa Jawa dan skrin khas disediakan untuk para penonton membaca sinopsis setiap scene yang disampaikan. It is indeed a place to appreciate their art and culture.
Alamat: Jl. Kebangkitan Nasional No.15, Sriwedari, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57141, Indonesia
Harga masuk: IDR 10,000/seorang
7. Solo Menari
Solo Menari merupakan inisiatif untuk melestarikan nilai budaya yang mereka miliki sejak dulu lagi kerana bagi orang-orang Solo, seni tarian merupakan salah satu warisan budaya yang memiliki nilai yang cukup berharga dan seharusnya dirawat dan dijaga.
Semasa event Solo Menari, anda akan menyaksikan sekitar 5000 penari (atau mungkin lebih pada tahun akan datang) yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional termasuklah tarian Gambyong. Menariknya tentang event ini ialah ia diadakan pada tarikh yang sama di mana Solo mengadakan Car Free Day. So, basically anda akan dapat 2 in 1 experience la.
Untuk tahu update tentang Solo Menari, sila layari laman web rasmi tourism Solo.
Bayaran masuk: Percuma
8. Kampoeng Batik Laweyan
Sumber gambar: www.andrewandme.blogspot.com |
Kawasan perkampungan ni juga agak cantik untuk ambil gambar. Jika anda ke sini, secara automatiknya anda akan rasa seperti berpijak kembali ke zaman lepas. Walk around the small alleys & spot some attractive things along the way.
Selain shopping dan photo hunting, anda juga boleh belajar cara buat batik di sini.
Alamat: Jl. Dr. Rajiman No.521, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57148, Indonesia
Waktu operasi: 8 AM – 8 PM
next time kalau pergi solo jangan lupa pergi ke Air terjun Grojogan sewu , pasar klewer ,pasar kliwon ( tempat beli baju2 dan oleh2 khas solo ) , ZOo gembiraloka .
Aritu nampak macam airasia ada buka floght to SOC .. skrg macam dah takda je .
NExt time jangan lupa pergi ke semarang pojie 😛
Aku suka explore mknan kat Solo.. semua best kene dgn tekak. Next time blh ah buat trip Solo & Jogja skali pojie. Naik train.
Baca post ni buat aku rsa nk book flight pergi solo.. good job dude!
Look at all those friendly faces! Seronoknya korang! Tak sangka Solo pun cukup menarik kan! Lagi2 dengan member-member yang sekepala. Hihi.
Malaysaia airlines baru ada flight terus ke solo dari klia..boleh lah ni masukkan dalam bucket list..