8 tarikan menarik di Solo, Indonesia

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Bila bercakap tentang destinasi-destinasi pelancongan di Indonesia, Bali, Jakarta, Yogjakarta, Lombok antara tempat yang sering diperkatakan oleh orang…

Bila bercakap tentang destinasi-destinasi pelancongan di Indonesia, Bali, Jakarta, Yogjakarta, Lombok antara tempat yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Walaubagaimanapun, negara ini bukan hanya menawarkan tempat-tempat seperti yang disebut sebentar tadi. It is more than that!


Tidak dapat dinafikan bahawa Indonesia sememangnya negara yang agak besar dan mempunyai nilai budaya yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda ingin meneroka atau mendalami lagi tarikan-tarikan dan budaya Jawa, Yogjakarta bukanlah satu-satunya tempat untuk anda kunjungi tetapi juga Solo atau lebih dikenali sebagai Surakarta, iaitu kota yang terletak hanya sekitar 63KM dari Yogjakarta.

Beberapa bulan lepas (sekitar Mac), aku berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Solo melalui undangan khas daripada Tourism Surakarta untuk melihat sendiri tarikan-tarikan pelancongan bandar yang juga terkenal sebagai tempat kelahiran presiden terkini Indonesia, iaitu Joko Widodo.

 Maklumat penting 

1. Pengangkutan awam di Solo masih agak limited (diorang akan improve for the future). However, the city is relatively small. Boleh explore on foot atau naik Grab/Gojek to move one place to another.

2. Shopping is a must kat sini especially barang-barang local. So, make sure exchange duit IDR secukupnya (atau LEBIH ?).

3. Lapangan terbang Solo iaitu Adi Sumarmo International Airport ada mesin ATM CIMB. Anda boleh la keluarkan duit dari sana once landed di Solo.

4. Jangan lupa untuk muatnaik aplikasi SOLO Destination untuk info tentang Solo seperti tarikan, hotel, tempat makan dan tips-tips umum mengenai bandar ini.

5. Cadangan penginapan: Alila Solo Hotel. Hotel 5 bintang yang menawarkan great hospitality dan fasiliti. Worth to stay!

 Penerbangan ke Solo 

Aku menaiki penerbangan Lion Air dari KLIA ke Jakarta yang mengambil sekitar 1 jam 40 minit (transit selama beberapa jam) sebelum meneruskan perjalanan ke Solo (Adi Sumarmo International Airport) selama 50 minit. 
So far belum ada lagi penerbangan terus dari KLIA ke Solo. Anda boleh la pilih mana-mana flight yang sesuai dengan timing anda. 

 Apa lagi yang boleh anda teroka di Solo? 

Sebenarnya ada banyak benda yang boleh anda explore di sekitar Solo ni be it kulinari, sejarah, budaya dan alam semula jadi. Aku cuma boleh senaraikan beberapa tarikan atau tempat yang sempat aku lawat dan juga tahu during the trip. 
Kalau ada yang plan nak ke Solo, boleh la masukkan senarai ni dalam itinerary anda ya. 

1. Go Tik Swan

Bila tanya mereka yang dah pernah pergi ke Solo, rata-rata mereka tak lepaskan peluang untuk melihat karya-karya batik yang dihasilkan di sini kerana Solo juga terkenal sebagai syurga batik. 
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Go Tik Swan, tempat yang terkenal dengan seorang lagenda batik asal iaitu Panembahan Hardjonagoro.
Beberapa jenis motif yang dihasilkan khas dari sini ialah sawunggaling, rengga puspita dan kembang bangah. Setiap motif menyampaikan mesej tersendiri melalui corak dan warna yang dihasilkan. Di sini juga la terhasilnya batik khas yang dipanggil sebagai ‘Batik Indonesia‘ atas permintaan bekas Presiden Indonesia, Soekarno. Menariknya tentang batik khas ini ialah ia dianggap sebagai lambang persatuan. 
Di sini sekitar jam 9 pagi hingga 3 petang untuk melihat proses penghasilan batik, koleksi-koleksi milik Hadjonagoro serta membeli koleksi batik yang dihasilkan di sini. Be sure untuk tengok batik yang dikatakan berharga sekitar 7.5 juta IDR yang mengambil masa hampir 7 bulan untuk siap
Alamat: Jalan Yos Sudarso No.176, Surakarta
Waktu operasi: 9.00 AM hingga 3.00 PM (Perlu buat reservation terlebih dahulu sebelum datang)
Hubungi: +62 878 3622 0983

2. Pasar Gede

Datang Solo semestinya tak sah kalau tak pergi ke Pasar Gede, khususnya buat foodies di luar sana. As the name suggests, Pasar Gede merupakan pasar terbesar di Solo sebab tu la nama pun macam tu. Gede dalam bahasa Jawa bermaksud besar.

Terletak berdekatan dengan Balaikota Surakarta di Jalan Jendral Sudirman, Pasar Gede bukan sahaja menjadi salah satu khazanah sejarah buat Solo tetapi juga sebagai syurga kulinari yang menarik para pengunjung dari dalam dan luar Indonesia. 
Antara makanan wajib cuba di sini ialah nasi liwet, timlo, pecel, dawet dan banyak lagi. 

Pasar Gede juga menjadi tumpuan khas orang tempatan membeli barangan keperluan harian seperti sayuran, buah, daging dan banyak lagi. Bagi peminat street/portrait photography, pasar ini juga menjadi spot kegemaran anda untuk capture those priceless moments. 
Alamat: Pasar Gede, Jl. Urip Sumoharjo, Jebres, Solo, Jawa Tengah. 

3. Kasunanan Surakarta

Terdahulunya merupakan sebuah hub bagi sebuah empayar, Kraton Surakarta kini berdiri sebagai salah satu tinggalan sejarah Solo yang menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin mempelajari serba sedikit tentang cerita lalu kota ini.

Tip: Jangan lupa ke bahagian pintu utama Kasunanan Surakarta untuk bergambar dengan abdi dalam di sini

Terletak sekitar 12 km barat Kota Solo, Kasunanan Surakarta mempamerkan pelbagai jenis tinggalan sejarah termasuklah senjata, barangan-barangan digunakan dalam upacara rasmi, wayang kulit dan kereta kuda (tapi sebenarnya masa tu yang bawa bukan kuda tapi kerbau) bernama Kjahi Groedo yang berusia sekitar 273 tahun. Kawasan palace ni juga agak tenang, so sesuai la untuk mereka yang nak santai sebentar menikmati suasana sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

Alamat: Baluwarti, Pasar Kiwon, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57144, Indonesia
Waktu operasi: 8.30 AM hingga 2 PM (hari biasa) dan 8.30 AM hingga 1 PM (hari minggu). Tutup pada hari Jumaat.
Bayaran masuk: IDR 15,000
Web: Laman web rasmi Pariwisata Solo

4. Barelo, Swissbelinn Saripetojo

Jika anda mencari restoran yang menghidangkan makanan tempatan serta pemandangan bandar Solo yang cantik, boleh la cuba datang ke Barelo di Hotel Swissbelinn Saripetojo. Barelo merupakan gabungan bar, restoran dan lounge yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa dari sarapan pagi, makan tengahari hinggalah malam.
Untuk lunch, antara menu kegemaran aku ialah Nasi Liwet iaitu makanan terkenal di Solo yang terdiri daripada nasi putih, areh, sambal goreng, jipang, opor ayam, kerupuk, telur pindang, terik tahu dan tempe. Serious sedap!
Alamat: Jl. Brigjend Slamet Riyadi, No. 437, Sondakan, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57147, Indonesia

5. Sepur Kluthuk Jaladara

To be honest, this attraction is my most favourite one. Sapur Kluthuk Jaladara (SKJ) kini dikatakan sebagai salah satu daya tarik pelancongan sekaligus menjadi ikon kota Solo.

Kereta api buatan Maschinenbau Chemitz Jerman ini dibuat pada tahun 1896 ini telah mula beroperasi sejak September 2009. Menariknya tentang kereta ini ialah ia beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan kayu jati sebab tu la ia memakan belanja yang agak besar juga untuk naik kereta api ni. Bukan itu sahaja, SKJ juga satu-satunya yang masih beroperasi di Indonesia.

Route sepanjang 5.6 KM bermula dari Stesen Purwosari hingga ke Stesen Solo Kota ini akan membawa anda ke beberapa tempat termasuklah Loji Gandrung iaitu kediaman rasmi walikota Solo, Kampung Batik Kauman, Pasar Pon dan banyak lagi. Anda juga bakal disajikan minuman jamu dan makanan tradisional Solo sambil menikmati alunan musik tradisional di sepanjang perjalanan.

Untuk menaiki kereta api ini, anda perlu buat reservation awal-awal dengan pejabat Dinas Perhubungan Komunikasi dan Informasi Surakarta atau hubungi terus the person in charge. Maklumat boleh dapat di bawah.

Harga sewa satu kereta api: IDR 3,500,000 (akan dibahagikan kepada jumlah penumpang pada hari tersebut).
Hubungi: +62 085642005156 (Indri) atau +62 085229790462 (Sandi)

6. Wayang Orang Performance

Untuk melihat lebih banyak local culture lagi, datang ke bangunan Sriwedari yang terletak di kota Solo untuk menyaksikan persembahan yang dipanggil Wayang Orang atau dikenali sebagai Wayang Wong. Cerita wayang ini diambil dari beberapa episod kisah Ramayana dan Mahabharata dan dipersembahkan dalam bentuk tarian Jawa klasik.

Wayang Orang berlansung selama 6 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 8 hingga 10 malam (basically mengambil masa selama 2 jam). Ia dipersembahkan dalam bahasa Jawa dan skrin khas disediakan untuk para penonton membaca sinopsis setiap scene yang disampaikan. It is indeed a place to appreciate their art and culture.

Alamat: Jl. Kebangkitan Nasional No.15, Sriwedari, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57141, Indonesia
Harga masuk: IDR 10,000/seorang

7. Solo Menari

Jika anda mencari sesuatu yang special tentang Solo, jangan lupa untuk visit kota ini pada tarikh 29th April setiap tahun kerana event bernama Solo Menari diadakan pada tarikh tersebut di sepanjang Jalan Slamet Riyadi.

Solo Menari merupakan inisiatif untuk melestarikan nilai budaya yang mereka miliki sejak dulu lagi kerana bagi orang-orang Solo, seni tarian merupakan salah satu warisan budaya yang memiliki nilai yang cukup berharga dan seharusnya dirawat dan dijaga.

Tip: Datang awal untuk dapatkan spot terbaik. Who knows anda berpeluang untuk turut menari bersama

Semasa event Solo Menari, anda akan menyaksikan sekitar 5000 penari (atau mungkin lebih pada tahun akan datang) yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional termasuklah tarian Gambyong. Menariknya tentang event ini ialah ia diadakan pada tarikh yang sama di mana Solo mengadakan Car Free Day. So, basically anda akan dapat 2 in 1 experience la.

Untuk tahu update tentang Solo Menari, sila layari laman web rasmi tourism Solo. 

Alamat: Jalan Slamet Riyadi, Surakarta, Indonesia
Bayaran masuk: Percuma

8. Kampoeng Batik Laweyan

Kampoeng Batik Laweyan dikatakan tempat ideal untuk mereka yang mencari batik klasik. Perkampungan ini sangatlah terkenal dengan sejarahnya yang dikatakan terdahulunya ramai para pengusaha batik tinggal di kawasan sini.
Sumber gambar: www.andrewandme.blogspot.com

Kawasan perkampungan ni juga agak cantik untuk ambil gambar. Jika anda ke sini, secara automatiknya anda akan rasa seperti berpijak kembali ke zaman lepas. Walk around the small alleys & spot some attractive things along the way.

Selain shopping dan photo hunting, anda juga boleh belajar cara buat batik di sini.

Alamat: Jl. Dr. Rajiman No.521, Laweyan, Kota Surakarta, Jawa Tengah 57148, Indonesia
Waktu operasi: 8 AM – 8 PM

That’s all. Like I said earlier, ada banyak tempat best lagi yang anda boleh explore di Solo. Plan your trip wisely so that anda boleh maximise your days kat sini. Terima kasih buat Tourism Surakarta atas jemputan ini. As always, semua pendapat adalah milik aku sepenuhnya. 

5 comments

  1. next time kalau pergi solo jangan lupa pergi ke Air terjun Grojogan sewu , pasar klewer ,pasar kliwon ( tempat beli baju2 dan oleh2 khas solo ) , ZOo gembiraloka .
    Aritu nampak macam airasia ada buka floght to SOC .. skrg macam dah takda je .
    NExt time jangan lupa pergi ke semarang pojie 😛

  2. Malaysaia airlines baru ada flight terus ke solo dari klia..boleh lah ni masukkan dalam bucket list..

Leave a Reply to Danial Ariff Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *