Apa yang menarik di Kenyir Elephant Village?

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Kepada peminat zoo diluar sana, aku ada berita baik dimana korang boleh melihat persembahan gajah dengan jarak lebih…

Kepada peminat zoo diluar sana, aku ada berita baik dimana korang boleh melihat persembahan gajah dengan jarak lebih dekat. Lagi best kerana anda juga akan berpeluang untuk bergambar dan bermanja dengan gajah-gajah di Kenyir Elephant Village (KEV).
Selain daripada melihat persembahan gajah, anda juga boleh melihat habitat mereka dari menara tinjau dan jambatan gantung, menunggang gajah serta memberi makan kepada mereka di Kenyir Elephant Village yang juga terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.   

BAYARAN MASUK KENYIR ELEPHANT VILLAGE
Dewasa: RM30
Kanak-kanak: RM15

Kami disambut dengan sekeping brochure yang memberikan informasi penuh berkenaan dengan Kenyir Elephant Village
Menurut staff KEV, gajah-gajah disini akan dilatih sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai aksi dan pertunjukan seperi melukis, menari, bermain bola, harmonika. Keluasan tempat ini juga sekitar 256 hektar dan telah menjadi sebahagian besar hutan dikekalkan untuk mendapatkan suasana habitat asal mereka. Apa yang anda boleh buat di Kenyir Elephant Village? Jom tengok!
UJI KEBERANIAN ANDA BERJALAN DIATAS JAMBATAN GANTUNG

Antara perkara menarik di KEV ni ialah anda akan melalui jambatan gantung sambil menikmati pemandangan atas habitat gajah-gaja di sini. Sungguh teruja dan gementar tapi jangan risau sebab jambatan ni dijamin selamat.
Suka tengok gaya +ruggedmom maria mengambil gambar. Terserlah ciri-ciri profesional. 
With this peaceful view, aku boleh stay lama-lama dekat sini. 

Selain daripada jambatan gantung, anda juga boleh melihat pemandangan habitat gajah disini dari menara tinjau yang besar dan selesa.

Look! Boleh nampak anak gajah from here!

Untuk sampai ke tempat persembahan gajah, anda kena jalan selama 10 – 15 minit (500 meter) melalui jambatan gantung dan dua menara tinjau. 
PERSEMBAHAN MENARIK DARI GAJAH DI KENYIR ELEPHANT VILLAGE
Ketika berkunjung ke sini, tak sangka pula ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang mereka untuk melihat persembahan menarik dari gajah-gajah di Kenyir Elephant Village. Disamping melihat persembahan mereka, anda juga bakal diberikan penjelasan oleh petugas di sini. 

Terdapat beberapa jenis persembahan yang dipersembahkan dan antara yang menarik minat aku ialah part gajah tolak kayu balak dan surprisingly they don’t sweat walaupun dah bekerja keras. Kalau kita, baru jalan sikit dah mandi peluh. LOL
Jangan lepaskan peluang offer diri anda as volunteer untuk pergi dekat main stage and gajah akan pakaikan anda topi & kiss you! 

Antara gajah yang menarik perhatian kami – kecil tapi bijak!

Hati-hati, towards the end gajah-gajah kat sini akan sembur air dekat korang. Selamat, cuma simpan gajet-gajet korang. Selepas tu, bolehlah bergambar dan pegang gajah. 
MANDI BERSAMA GAJAH
Akhir sekali, anda boleh melihat atau mandi bersama dengan gajah-gajah di sini. Jangan risau, akan ada guide bersama anda masa tu. Bila lagi? Inilah peluang anda untuk mandi bersama dengan haiwan yang bijak lagi penyayang ini. 
Waktu gajah mandi: 11.30 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang

MORE ABOUT KENYIR ELEPHANT VILLAGE

CONTACT
09-858 5588

OFFICIAL WEBSITE
OFFICIAL FACEBOOK PAGE
OPERATION HOURS
9AM – 5.30PM (Open Daily)
Closed during Friday prayer (12.30 pm – 2.30 pm)
ADDRESS
Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, 
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.
OTHER FACILITIES
Surau, Cafe dan tandas disediakan
Untuk informasi tambahan mengenai aktiviti mencandat sotong di Terengganu, anda boleh hubungi pihak Tourism Terengganu di +6096231553 atau email ke tourismterengganu2014@gmail.com.
_____________________________________________________________
This blog post was made possible through Terengganu International Squid Jigging Festival (Media Trip) in Terengganu organized by Tourism Terengganu & Gaya Travel Magazine
Tourism Terengganu Official Website
Gaya Travel Magazine Official Website
CLICK HERE

More Articles for #SquidJiggingTGG
CLICK HERE

Watch my Official Squid Jigging Video
CLICK HERE

To see more pictures of Terengganu Squid Jigging Festival 2015, you can browse through #SquidJiggingTGG on Facebook, Twitter and Instagram.

6 comments

  1. Hye Pojie. Saya minta izin untuk copy gambar nie boleh? Untuk buat flyers promosi Elephant Village Tasik Kenyir. Kindly contact me

Leave a Reply to budakbandunglaici Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *