Aku dah pergi beberapa tempat/region di Jepun dan kali ini aku nak bawa anda semua untuk explore bahagian Central Japan (antara Takayama hingga ke Hokuriku) pula dengan hanya menggunakan satu kad sahaja. Bayangkan cuma perlu beli satu pass sahaja iaitu JR Tourist Pass, you’re free to visit banyak tempat. Jimat in term of transportation dan yang penting freedom to move around. For me, it is quite affordable and ideal for free and easy or independent travellers.
Macam mana nak dapatkan JR Tourist Pass?
JR Tourist Pass menawarkan pelbagai pakej di beberapa kawasan seperti seluruh kawasan Jepun, Hokkaido, Shikoku, Central Area dan beberapa lagi. Ia dijual dalam bentuk pakej selama 2 hingga 21 hari bergantung kepada bajet dan tempat yang anda nak pergi.
Kenapa perlu ambil JR Tourist Pass?
We all know that everything kat Jepun ni boleh tahan mahal ya termasuklah transportation. Kalau dari Tokyo ke Osaka dengan tiket biasa je boleh cecah JPY 29,800. Tapi JR Pass costs JPY 29,110 untuk 7 hari. Nampak tak jimat disitu? 😉
Ada pelbagai jenis pengangkutan yang boleh anda naik dengan JR Tourist Pass termasuklah bullet train, bas, ferry.
JR Tourist Pass boleh dibeli di airport di Jepun atau Tourist Information Centre. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk beli dari agen di Malaysia sebelum berlepas kerana harga ditawarkan lebih murah berbanding beli on the spot di Jepun.
Anda boleh layari laman web ini untuk tahu lebih lanjut untuk dapatkan JR Tourist Pass.
Day 1: Central Japan International Airport – Takayama
Aku mulakan perjalanan dari Central Japan Airport. Disebabkan aku sampai awal, sempat la aku explore kawasan airport. Ada several attractions dekat sini including Flight of Dreams dan makan tengahari di Seattle Terrace.
Flight of Dreams merupakan replika original kapal terbang Boeing 787 yang diletakkan dalam bangunan di Central Airport. Anda boleh tengok cara pembuatan kapal terbang, cara mengendalikannya, studio dan banyak lagi. The best part is setiap 30 minit akan ada light performance yang anda wajib tengok if ada masa lebih. Jika anda rasa lapar, boleh la singgah Seattle Terrace untuk sarapan pagi atau lunch before mulakan perjalanan.
Aku teruskan perjalanan dengan menggunakan JR Tourist Pass. Di bawah ni merupakan jadual masa dan train yang aku naik untuk ke Takayama.
Since aku turun di Gifu Station, aku decide untuk explore beberapa tarikan di sini seperti Gifu Castle dan juga Kawaharamachi, iaitu sebuah kawasan nelayan yang cukup terkenal dengan struktur rumah kedai yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Jepun.
Lepas dah puas berjalan di kawasan Gifu, aku teruskan perjalanan ke Takayama.
Takayama City
Apa yang anda boleh buat di Takayama?
1. Jalan-jalan di Old Town, Sanmachi Street
Bagi yang suka street photography atau minat nak tengok senibina Jepun, anda wajib ke sini.
2. Belajar buat patung Sarabobo
Patung Sarabobo cukup sinonim dengan penduduk Takayama. Sarabobo ni merupakan faceless doll yang selalu dibuat oleh ibu untuk anak perempuan. Patung ni originally warna merah dan orang boleh warnakan ia dengan beberapa warna pilihan yang mempunyai maksud tersendiri. Jangan lupa join workshop yang ada di sini ya?
3. Cuba Hibo Miso Cuisine di Suzuya Restaurant (HALAL)
Kalau anda dah bosan makan seafood dan terasa nak makan daging dengan harga berbaloi, go to Suzuya Restaurant. Terletak hanya 5 minit jalan kaki dari Old Town Sanmachi Street atau 10 minit dari stesen Takayama, restoran ini menghidangkan berbagai jenis menu. Aku order menu daging yang diperap bersama sos hibo miso. Sedapnya la makan masa panas-panas! Anyway, don’t worry. It is halal guys 😍.
Day 2: Takayama – Shirakawa-Go
Dari Takayama Station, aku teruskan perjalanan ke Shirakawa-Go dengan menaiki Nouhi Bus. The best thing guna Tourist Pass ni, kita dah tak perlu risau nak beli tiket bas kerana semuanya dah include dalam pass ni. Cuma tunjuk pass and you’re good to go!
Perjalanan dari Takayama ke Shirawa-Go mengambil masa sekitar 1 jam. Best thing about this ride is pemandangan bukit bukau, tasik dan sungai sangatlah cantik lagi-lagi kalau pergi masa winter.
Kalau tanya aku, anda wajib singgah Shirakawa-Go!
Ia merupakan perkampungan terletak di kawasan pergunungan. Sama ada musim luruh, musim sejuk atau musim panas, tempat ni menawarkan pemandangan yang pasti membuatkan anda totally in love with this village.
Day 3: Shirakawa-Go – Shin Takaoka – Toyama
Taukah anda, kawasan Shin Takaoka ni cukup terkenal dengan yellowtail fish?
Terletak berdekatan dengan Samanoko House, aku telah melawat Zuiryuji Temple, sebuah tokong yang merupakan khazanah negara Jepun. Temple ini sangatlah tenang dan reka bentuknya juga Instagrammable.
Tujuan aku ke Fugan Kansui Park ni pada awalnya adalah untuk melihat sunset dan berehat sambil menikmati hidangan kopi Starbucks. Fugan Park ni ternyata sangat cantik dengan landskapnya yang modern. Selepas sunset juga, korang boleh menikmati Enchanting Sweet Ilumination.
Day 4: Toyama – Kanazawa – Kaga Onsen
Kenroku-en merupakan tempat yang wajib korang pergi jika ke Kanazawa, ia merupakan satu daripada tiga taman yang paling cantik di Jepun. Kalau ada masa, jangan lupa untuk sewa kimono untuk photoshoot di sini!
Selalunya kita makan ice cream strawberry, chocolate atau vanilla. But this time, aku nak suggest anda untuk cuba ice cream popular di Kanazawa iaitu ice cream yang disalut dengan Gold Leaf. Menarik kan?
Lepas puas jalan-jalan di Kanazawa, aku teruskan lagi perjalanan menggunakan JR Tourist Pass ke Kagaonsen.
Sebelum ke Kagaonsen aku singgah sebentar di Komatsu untuk ke Komatsu Kigiyama Gallery untuk tengok yang lain belajar buat Kabuki makeup. Kabuki ni merupakan persembahan tahunan yang diadakan di Komatsu.
Apa yang anda boleh buat di Kagaonsen?
1. Melawat Natadera Temple
2. Cuba buah di Kaga Fruit Land
3. Menginap di Yukai Resort Yamashiro Onsen
Day 5: Kagaonsen – Kansai
It is my last day in Japan. Dari Kagaonsen, menuju ke Kansai dengan menggunakan JR Tourist Pass.
Memandangkan aku akan fly dari Kansai International Airport, aku pilih untuk menginap di hotel berdekatan airport iaitu Washington Hotel. Hotel ini sangat selesa untuk aku berehat sebelum terbang pulang ke Malaysia keesokkan harinya. Malah terdapat bas shuttle dari Kansai Airport ke hotel ini bagi memudahkan perjalanan travellers.
Aku sarankan hari terakhir anda di Jepun tu apa kata korang explore free-tax shop di airport dan paling best sekali, Kansai merupakan tempat kelahiran Takoyaki dan Okonomi-yaki, jadi make sure don’t miss your last chance untuk menikmati Japanese food sebelum balik Malaysia.
Menarik dan teringin sangat nak ke Jepun. Kalau berkesempatan memang entry ni jadi rujukan la untuk ke sana
kita singgah baca cuci mata tengok gambar sambil berangan. JR Pass memang berbaloi. mesti at first rasa mahalnyaa harga nak spend money beli JR Pass but if u calculate thoroughly jimat berganda2.
serious lah hostel tu ada 1 bilik komik mcm tu! HAHHA hopefully its an english version ahh ok jepang still in the bucketlist HHAHAA sedih!
Why byk post psl Japan recently.. jeles la uuaagh