Itinerari 5H4M di Central Area Japan dengan JR Tourist Pass

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email Jepun merupakan salah satu negara yang terkenal dengan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi dan teknologi yang canggih sebab tu…

Jepun merupakan salah satu negara yang terkenal dengan keunikan budaya, keindahan alam semula jadi dan teknologi yang canggih sebab tu la aku tak kisah nak visit negara ni again and again. There are so many things to explore here. Setiap kali visit, ada je benda baharu. 

Aku dah pergi beberapa tempat/region di Jepun dan kali ini aku nak bawa anda semua untuk explore bahagian Central Japan (antara Takayama hingga ke Hokuriku) pula dengan hanya menggunakan satu kad sahaja. Bayangkan cuma perlu beli satu pass sahaja iaitu JR Tourist Pass, you’re free to visit banyak tempat. Jimat in term of transportation dan yang penting freedom to move around. For me, it is quite affordable and ideal for free and easy or independent travellers.

 Macam mana nak dapatkan JR Tourist Pass? 

JR Tourist Pass menawarkan pelbagai pakej di beberapa kawasan seperti seluruh kawasan Jepun, Hokkaido, Shikoku, Central Area dan beberapa lagi. Ia dijual dalam bentuk pakej selama 2 hingga 21 hari bergantung kepada bajet dan tempat yang anda nak pergi.

Kenapa perlu ambil JR Tourist Pass? 
We all know that everything kat Jepun ni boleh tahan mahal ya termasuklah transportation. Kalau dari Tokyo ke Osaka dengan tiket biasa je boleh cecah JPY 29,800. Tapi JR Pass costs JPY 29,110 untuk 7 hari. Nampak tak jimat disitu? ?

Ada pelbagai jenis pengangkutan yang boleh anda naik dengan JR Tourist Pass termasuklah bullet train, bas, ferry.

JR Tourist Pass boleh dibeli di airport di Jepun atau Tourist Information Centre. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk beli dari agen di Malaysia sebelum berlepas kerana harga ditawarkan lebih murah berbanding beli on the spot di Jepun.

Anda boleh layari laman web ini untuk tahu lebih lanjut untuk dapatkan JR Tourist Pass.

 Day 1: Central Japan International Airport – Takayama 

Aku mulakan perjalanan dari Central Japan Airport. Disebabkan aku sampai awal, sempat la aku explore kawasan airport. Ada several attractions dekat sini including Flight of Dreams dan makan tengahari di Seattle Terrace.

Flight of Dreams merupakan replika original kapal terbang Boeing 787 yang diletakkan dalam bangunan di Central Airport. Anda boleh tengok cara pembuatan kapal terbang, cara mengendalikannya, studio dan banyak lagi. The best part is setiap 30 minit akan ada light performance yang anda wajib tengok if ada masa lebih. Jika anda rasa lapar, boleh la singgah Seattle Terrace untuk sarapan pagi atau lunch before mulakan perjalanan.

Aku teruskan perjalanan dengan menggunakan JR Tourist Pass. Di bawah ni merupakan jadual masa dan train yang aku naik untuk ke Takayama.

Since aku turun di Gifu Station, aku decide untuk explore beberapa tarikan di sini seperti Gifu Castle dan juga Kawaharamachi, iaitu sebuah kawasan nelayan yang cukup terkenal dengan struktur rumah kedai yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Jepun.

Lepas dah puas berjalan di kawasan Gifu, aku teruskan perjalanan ke Takayama.

Takayama City

Apa yang anda boleh buat di Takayama?

1. Jalan-jalan di Old Town, Sanmachi Street 

Bagi yang suka street photography atau minat nak tengok senibina Jepun, anda wajib ke sini.

2. Belajar buat patung Sarabobo


Patung Sarabobo cukup sinonim dengan penduduk Takayama. Sarabobo ni merupakan faceless doll yang selalu dibuat oleh ibu untuk anak perempuan. Patung ni originally warna merah dan orang boleh warnakan ia dengan beberapa warna pilihan yang mempunyai maksud tersendiri. Jangan lupa join workshop yang ada di sini ya?

3. Cuba Hibo Miso Cuisine di Suzuya Restaurant (HALAL)

Kalau anda dah bosan makan seafood dan terasa nak makan daging dengan harga berbaloi, go to Suzuya Restaurant. Terletak hanya 5 minit jalan kaki dari Old Town Sanmachi Street atau 10 minit dari stesen Takayama, restoran ini menghidangkan berbagai jenis menu. Aku order menu daging yang diperap bersama sos hibo miso. Sedapnya la makan masa panas-panas! Anyway, don’t worry. It is halal guys ?.

 Day 2: Takayama – Shirakawa-Go 

Dari Takayama Station, aku teruskan perjalanan ke Shirakawa-Go dengan menaiki Nouhi Bus. The best thing guna Tourist Pass ni, kita dah tak perlu risau nak beli tiket bas kerana semuanya dah include dalam pass ni. Cuma tunjuk pass and you’re good to go!

Perjalanan dari Takayama ke Shirawa-Go mengambil masa sekitar 1 jam. Best thing about this ride is pemandangan bukit bukau, tasik dan sungai sangatlah cantik lagi-lagi kalau pergi masa winter.


Kalau tanya aku, anda wajib singgah Shirakawa-Go!

Ia merupakan perkampungan terletak di kawasan pergunungan. Sama ada musim luruh, musim sejuk atau musim panas, tempat ni menawarkan pemandangan yang pasti membuatkan anda totally in love with this village.

 Day 3: Shirakawa-Go – Shin Takaoka – Toyama 

It is possible untuk anda menginap di Shirakawa-Go tapi kena book awal la since tempat ni agak famous especially during peak season. Tapi kalau anda plan nak visit sehari atau setengah hari je pun tak ada masalah. At least boleh explore banyak tempat lagi kan. 
Therefore, I choose to explore other destination instead which is Shin Takaoka. Jadual di bawah ialah maklumat perjalanan aku ke sana. 


Apa yang anda boleh buat di Shin Takaoka? 
1. Makan di Kakinosyo Restaurant 

Taukah anda, kawasan Shin Takaoka ni cukup terkenal dengan yellowtail fish?

Menurut local, yellowtail fish disini adalah yang paling sedap jika nak dibandingkan dengan tempat lain di Jepun. Aku try sendiri ikan ni di sini yang dihidangkan dalam bentuk menu shabu-shabu. Tak dapat dinafikan, rasanya memang sangat fresh and sedap. Malah, set hidangan ini juga turun dihidangkan dengan makanan lain dari sashimi, sup dan sebagainya. 
2. Visit Zuiryuji Temple

Terletak berdekatan dengan Samanoko House, aku telah melawat Zuiryuji Temple, sebuah tokong yang merupakan khazanah negara Jepun. Temple ini sangatlah tenang dan reka bentuknya juga Instagrammable.

Kalau ada extra time bolehlah cuba pengalaman meditate dengan monk di sini.
Selepas puas explore Shin Takaoka, aku teruskan perjalanan ke Toyama. As usual, aku still guna JR Tourist Pass. Selain naik train, kali ini aku berpeluang untuk naik tramcar pula! 

Apa yang anda boleh buat di Toyama? 
1. Cuba atau beli ubat tradisional di Ikedaya Yasubei Shoten

Disebabkan Toyama cukup popular dengan ubat tradisional, aku berpeluang untuk melihat sendiri cara membuat ubat secara handmade di sini. Anda juga boleh beli pelbagai jenis ubat tradisional di sini. I love the packaging. Vintage! 
2. Santai di Fugan Kansui Park 

Tujuan aku ke Fugan Kansui Park ni pada awalnya adalah untuk melihat sunset dan berehat sambil menikmati hidangan kopi Starbucks. Fugan Park ni ternyata sangat cantik dengan landskapnya yang modern. Selepas sunset juga, korang boleh menikmati Enchanting Sweet Ilumination.

3. Makan di Umi No Kami, Yama No Kami 

Dah jalan-jalan di Jepun, time to eat and I choose to eat like a local. Tidak jauh dari hotel Toyama, terdapat sebuah restoran yang menghidangkan makanan dengan Izikaya style, which most local di sini selalu makan selepas pulang dari kerja atau rutin harian mereka. 
4. Menginap di Toyama Onyado Nono
Hotel ini merupakan hotel yang sesuai untuk traveller yang memerlukan tempat rehat yang selesa dan pada masa yang sama juga lokasi yang berdekatan dengan pelbagai tarikan di sekitar tengah bandar. Bilik hotel ni bagi aku agak kecil tapi lengkap dan praktikal untuk para tetamu. 
The best part is ada mini onsen!

 Day 4: Toyama – Kanazawa – Kaga Onsen 

After Toyama, my next stop is Kanazawa! 

Masih lagi menggunakan JR Tourist Pass, aku menuju ke destinasi seterusnya dengan menaiki Shinkansen (my favourite one). Memandangkan aku naik Shinkansen, perjalanan ke Kanazawa sangatlah sekejap. Dalam 20 minit sahaja. 



Apa yang anda boleh buat di Toyama? 

1. Melawat taman Kenroku-en 

Kenroku-en merupakan tempat yang wajib korang pergi jika ke Kanazawa, ia merupakan satu daripada tiga taman yang paling cantik di Jepun. Kalau ada masa, jangan lupa untuk sewa kimono untuk photoshoot di sini!

2. 21st Century Museum 

Tidak jauh dari Kenroku-en, 21st Century Museum menawarkan banyak hasil seni moden. Paling menarik dan popular sekali ialah Fake Swimming Pool, iaitu hasil seni dari Leandro Erlich. 
3. Pengalaman Gold Leaf Workshop

Alang-alang di Kanazawa, anda wajib cuba buat souvenirs hasil dari Gold Leaf. Gold Leaf cukup terkenal di Kanazawa dan pengunjung boleh mengikuti workshop untuk menghias piring, keychain, chopstick dan banyak lagi. 
4. Omi Cho Market

Penggemar makanan laut dan para photographers wajib datang ke Omi Cho Market untuk melihat sendiri suasana pasar di sini. Terdapat banyak kedai yang menjual hasil laut yang sangat segar dan pastinya membuat anda terliur. 
5. Menikmati Keiseidon di Ichinokura

Disebabkan Kanazawa terkenal dengan Kaiseidon bowl, aku tak lepaskan peluang untuk cuba hidangan ini di Ichinokura. Kaisedon ini merupakan nasi dan aneka ikan, udang dan ketam dihidangn dalam satu mangkuk. Bagi mereka yang tak suka makanan mentah, ada other options untuk ada. Don’t worry. 
6. Cuba aiskrim Gold Leaf

Selalunya kita makan ice cream strawberry, chocolate atau vanilla. But this time, aku nak suggest anda untuk cuba ice cream popular di Kanazawa iaitu ice cream yang disalut dengan Gold Leaf. Menarik kan?

Kanazawa – Kagaonsen

Lepas puas jalan-jalan di Kanazawa, aku teruskan lagi perjalanan menggunakan JR Tourist Pass ke Kagaonsen.

Sebelum ke Kagaonsen aku singgah sebentar di Komatsu untuk ke Komatsu Kigiyama Gallery untuk tengok yang lain belajar buat Kabuki makeup. Kabuki ni merupakan persembahan tahunan yang diadakan di Komatsu.

Biasanya, pelakon yang berlakon untuk Kabuki ni merupakan kanak-kanak dibawah usia 13 tahun. Di Gallery ini, korang boleh mencuba sendiri kabuki makeup dan memakai pakaian tradisional.


Apa yang anda boleh buat di Kagaonsen? 

1. Melawat Natadera Temple

Jika anda minat temple atau shrine, boleh la ke Natadera Temple yang terletak di Kagaonsen. Temple ini merupakan temple lama yang strukturnya dari tebing batu dan gua. Kalau datang pada musim sejuk dan awal pagi, anda boleh tengok effect asap yang keluar dari kayu pokok tua berumur ratusan tahun, dan asap itu dikatakan sebagai nafas dari pokok tersebut. Great for photography!

2. Cuba buah di Kaga Fruit Land

Any strawberries lover here? Kalau korang peminat buah strawberry, apple dan anggur Kaga Fruit Land ni waji untuk korang kunjungi. Lagipun, Jepun cukup terkenal kerana teknologi agrikultur mereka dan buah yang sangat segar. Jangan lepaskan peluang untuk petik sendiri buah strawberry dan makan sepuasnya!

3. Menginap di Yukai Resort Yamashiro Onsen

Resort ni merupakan resort favourite aku di Kagaonsen. Mana tidaknya, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini sampai korang tak ingat nak balik bilik dah. Terdapat bilik komik, game area, bilik massage, onsen, dan macam-macam lagi. Senang cerita, you will definitely enjoy your stay here sebab banyak sangat benda yang korang boleh lakukakan selain duduk je di bilik.

 Day 5: Kagaonsen – Kansai 

It is my last day in Japan. Dari Kagaonsen, menuju ke Kansai dengan menggunakan JR Tourist Pass.

Memandangkan aku akan fly dari Kansai International Airport, aku pilih untuk menginap di hotel berdekatan airport iaitu Washington Hotel. Hotel ini sangat selesa untuk aku berehat sebelum terbang pulang ke Malaysia keesokkan harinya. Malah terdapat bas shuttle dari Kansai Airport ke hotel ini bagi memudahkan perjalanan travellers.

Aku sarankan hari terakhir anda di Jepun tu apa kata korang explore free-tax shop di airport dan paling best sekali, Kansai merupakan tempat kelahiran Takoyaki dan Okonomi-yaki, jadi make sure don’t miss your last chance untuk menikmati Japanese food sebelum balik Malaysia.

Oh ya, last but not least, anda boleh stay connected di Japan dengan poket WiFi RoamingMan dengan hanya RM12/sehari. Sayonara Japan. Jumpa lagi di trip seterusnya. InsyaAllah! 

4 comments

  1. kita singgah baca cuci mata tengok gambar sambil berangan. JR Pass memang berbaloi. mesti at first rasa mahalnyaa harga nak spend money beli JR Pass but if u calculate thoroughly jimat berganda2.

Leave a Reply to Alya Ramli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *