New Semester

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email ” Tak ada manusia yang terlahir sempurna, jangan kau sesali segala yang telah terjadi. Kita pasti pernah dapatkan…



Tak ada manusia yang terlahir sempurna, jangan kau sesali segala yang telah terjadi. Kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat, seakan hidup ini tak ada ertinya lagi. Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah, tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik
– D’Masiv


HELLO READERS,
I KNOW YOU GUYS WILL JUST FINE OUT THERE, HOPEFULLY.
Wishing you for a great and blessed day ahead.

Well Hello for my diploma’s new semester. Two more semesters remaining and then i’ll be off from this dramatic place which is i don’t have any words for it. Speechless.
Speaking about new semester? Everyone must be much excited to know everything that will come to them. New shirts, new shoes, new handbags, new bags, new hairstyle, new hand phone, and more. For me, nothing new. Nothing much. I lost the soul, where i always assumed that my confident level will always be on the top, always. The life’s getting much tougher day by day, week by week and year by year.

Kenapa perlu pada waktu dan umur SEMBILAN BELAS TAHUN?
entri ini mungkin agak sensitif. Tidak kira la part mana pun ia sensitif, but i’ve to force myself to say that I AM VERY SORRY. Kadangkala terfikir/terdesak untuk kembali kepada zaman dimana kita tidak perlu fikir tentang perkara lain selain daripada membaca buku, ke sekolah, menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, duduk rumah tengok tv dan teruskan membaca buku. Hanya perkara itu sajalah yang kita perlu fikirkan, hal lain tidaklah begitu penting untuk difikirkan. Dulu, sebok sangat dok merungut itu ini itu ini, haaa sekarang baru ekau tahu macam mana hidup sebagai seorang remaja ni. Lebih lebih lagi terpaksa berpijak dengan hanya menggunakan sepasang kaki sendiri. SENDIRI.

kadangkala juga setiap insan adalah wajib dan perlu untuk berterus terang biarpun perkara tersebut baik mahupun buruk.

Suddenly i found out that this is not what i want and what i meant to be. This is not my right place, the right place where i have to be

Orang tua selalu berkata, pilihlah jalan hidup berdasarkan dari diri kita sendiri. Yakin sepenuhnya pada diri. Fikir sepanjang-panjangnya, jangan fikir setakat untuk setahun lebih sahaja.

Anda dapat apa yang cuba aku sampaikan?
Fikir-fikirkanlah.


gambar diatas merupakan gambar kenangan semasa awal semester satu.

Melangkah ke semester seterusnya cuba sedaya upaya untuk lebih semangat. Lebih semangat.

Dulu….

Semangat untuk ke kelas selalu ada, tidak kira la kelas pagi mahupun malam. Apabila diberikan tugasan, seboleh-bolehnya hari tu juga nak disiapkan, selalu risau tentang prestasi yang bakal kita dapat pada hujung semester.

Kini….
Entah kemana perginya semangat nak pergi ke kelas tu, selalu mengeluh untuk kelas pagi mahupun kelas malam. Tugasan diberikan, buat endah tak endah je. Esok tarikh akhir hantar kerja, malam ni baru siapkan, mengenai prestasi? ala setakat cukup makan tu pun cukuplah.

Kenapa? Sebab terasa seperti apa yang aku buat semua ni tidaklah ada nilainya tersendiri, ia tetap sama dengan yang lain. Mengeluh bukanlah jalan yang baik, tapi sedih apabila usaha yang kita buat dah hampir setinggi gunung tertinggi, tapi kita tak nampak mana hasilnya, Tak apa. Dia masih dan terus ingin menguji kita, nak tahu sejauh mana kekuatan dan tahap kesabaran kita.

apa yang perlu, bersabar dan teruskan perjuangan yang mana boleh. Kerana tidak ada guna untuk berhenti pada saat kita berada diseparuh jalan.
Its about LIFE. Think about it wisely, Mohd Shahril Fawzy Suhaili.
“Tuhan tidak pernah menguji diluar batas kemampuan umatNya. Tuhan juga tidak pernah berhenti untuk menguji umatNya, sejauh mana tahap kekuatan dan kesabaran mereka. Jangan mengeluh kerana semua ini pasti ada hikmah disebaliknya. Ingatlah kepada si Dia, selalu”
Berikut merupakan alkisah episod permulaan aku sebagai seorang remaja yang berumur 19 tahun. Tidak segan, tidak takut untuk menulis dan memberikan kepada satu dunia untuk baca dan tahu apa yang berlaku disebalik pojiegraphy ni. Tujuan hanya satu, ingin berkongsi. Yang mana baik, korang boleh jadikan teladan ataupun nasihat pada diri sendiri. Yang mana buruk tu, cuba untuk betulkan.
Kepada adik-adik yang masih berada di kaki bangku sekolah. Seronok dengan pakaian seragam sekolah, cubalah untuk tidak mengeluh dengan hidup anda sekarang dan ingat, kesenangan dalam hidup bukanlah sesuatu yang akan senantiasa kekal. Ingat tu.
Kepada para pembaca, sorry kalau entri kali ini tidak ada cerianya. Salahkan sepenuhnya kepada penulis blog ini.
Doakan yang terbaik buat penulis blog ini yeah agar berjaya dalam hidup.
Kepada yang disayangi, terima kasih kerana tetap bersama dengan aku walau apa pun terjadi.
Regards, Pojiegraphy.

5 comments

  1. tu lah lumrah kehidupan… semoga bersemangat utk menempuh sem 2. ubh apa yg kurg pd sem 1. hidup umpama roda… semuanya terletak pd dr kita…

  2. usaha yg kita buat skrg mmglah ta nmpak lg .. tp , hye tggu penghujung semester , tentu berhasil. dan cube engat mula2 kita masok , yg kite ni ta taw ape2 pon sal fotografi n at the last , we gonna be a photographer 🙂 fighting pojie ! 🙂

Leave a Reply to Pojiegraphy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *