Ahad yang sangat aman dan tenang di Shah Alam ini. Sempat juga feeling-feeling hari ahad dekat sini before fly balik ke KK. Its a great Sunday!
Well,
Goodbye dramatic APRIL
and
Hello hyper MAY
Disini juga, ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat mak dan ayah yang bertungkus lumus bekerja untuk adik-beradik aku. Kepada insan-insan yang bergelar seorang pekerja tu, SELAMAT HARI PEKERJA sekali lagi!
” This is the day. To show appreciation to all the workers out there. Hope you guys will work for the better quality. Enjoy! “

Gambar diatas merupakan salah satu gambar kenangan ketika bergelar seorang pekerja
Back to the topic. Hello readers! Hari ini terasa nak share something untuk korang.
Its about a realtionship or maybe friendship. Tips, maybe.
Orang di luar sana sering berkata tentang nilai-nilai persahabatan, baik buruk persahabatan itu, ‘drama’ setiap persahabatan dan sebagainya. Tapi, ‘drama’ dalam persahabatan adalah lebih daripada segala-galanya.
Entri ini mungkin ditujukan khas untuk remaja yang bakal menjejaki ke alam Univesiti nanti. Juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang bergelar remaja ataupun golongan dewasa yang ingin menambah pengetahuan dan membaca tentang pendapat aku ini. Mungkin ada kontra di setiap pendapat yang aku berikan.
Disini saya sertakan serba sedikit tentang tips untuk menjaga, memilih dan menghargai SAHABAT.
Pada peringkat ini, para remaja masih lagi tertanya tanya. Persoalan menguasai diri mereka. Persoalan tentang apakah jenis kawan yang bakal mereka kenal apabila melangkah keluar daripada alam persekolahan. Mereka mempunyai rasa excited untuk mempunyai rakan yang datangnya daripada pelbagai latar belakang. Untuk memilih rakan? Berhati-hati, jangan sampai anda hilang pendirian anda sendiri.
Bawah ini merupakan salah satu tips untuk memilih sahabat atau kawan ;
Mengkaji tentang latar belakang mereka juga adalah amat digalakkan untuk anda. Tapi ingat! Janganlah kaji sampai dalam-dalam, sikit sikit sudah. Nanti mereka rasa kurang selesa pula.
Pada masa ini, seseorang itu akan mengetahui atau mengalami banyak ‘drama’ dalam suatu persahabatan itu. Sebagai contoh, ketidakpuas hati si A terhadap si B dan andalah menjadi mangsa antara mereka. Tidak tahu mana satu yang betul dan banyak lagi contoh contoh yang lain.
bertindak secara professional dan matang ketika ingin menyelesaikan sebarang masalah
Ketika ingin jadi sahabat seseorang itu, cubalah jangan melihat kepada kesenangan mereka sahaja. Tiada individu dalam dunia ni tak akan menghadapi kesusahan. Kita semua akan menghadapinya. Kadangkala kita sanggup meninggalkan sahabat kita ini yang selama ini kita telah bersama mengharungi pahit manis kehidupan semata-semata untuk orang yang kita yakin akan sentiasa menghadapi kesenangan. INGAT, tiada istilah PERSAHABATAN jika tiada SUSAH seiring dengan SENANG. Cubalah hargai persahabatan itu. Kejujuran dan Keikhlasan merupakan asas kepada persahabatan yang baik dan sempurna. Jangan cuba untuk menipu, ini boleh membahayakan persahabatan anda.
Mengingati hari jadi sahabat anda, juga adalah salah satu perkara yang mampu mengeratkan lagi persahabatan anda.
Dengan ini, janganlah anda berkawan dengan seseorang ini ketika dia senang dan berada di atas sahaja selepas itu anda akan meninggalkan dia setelah mengetahui dia dalam kesusahan dan berada di bawah. Kerana, kehidupan ini sama seperti permain roller coaster, ada saat kita di atas, dan ada juga saat kita di bawah. So, fikir-fikirkanlah ye adik-adik.
ini kerna, PERSAHABATAN juga merupakan antara satu elemen dalam kehidupan kita.
Rasanya tanpa ia, kehidupan kita tidak sempurna.
aku pernah merasai pahit manis dalam persahabatan. Di atas itu merupakan nasihat dan pengalaman yang datangnya dari hati dan pemikiran aku ….
Mengapa?
Kerana aku juga mempunyai sahabat yang datangnya daripada latar belakang yang berlainan.
Inilah sahabat-sahabat yang aku maksudkan.
Kepada remaja diluar sana tidak kira yang berada di alam Universiti, alam Persekolahan ataupun alam Pekerjaan. Janganlah korang mengambil mudah dalam hal-hal persahabatan ini. Kerana ia bukan hanya sekadar memerlukan anda untuk BERCAKAP, BERJALAN, BERPAKAIAN tetapi ianya juga mewajibkan anda untuk BERFIKIR dan MENJADI SEORANG YANG MATANG. So, GOOD LUCK untuk korang!
p/s ; perkara-perkara diatas tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ianya cuma satu pengalaman yang ingin dikongsi. Alaaa, macam movie-movie yang korang tengok tu. Hope korang dapatlah sedikit informasi selepas baca entri ini.
Thanks to my beloved
READERS
Regards, Pojiegraphy.
Wants my updates?

Warnai persahabtan itu đ
awesome ! great pojie đ tip yg sgt bagos ! terase mcm tgah bace entri kat Majalah Remaja plak <3
Nyna, yes. Persahabatan itu perlu WARNA
Nora Nadzri, đ thanks awak.
gambar aku xde pn…haha
mata sy sakit~ too colourful~ ok2, it's jealousy…
Assalam..
bezlah entri nie,igt nk bce sikit2 je..
tp terbce semua plak..hehe
trime ksih sudi kgsi tips nie.. =)