persahabatan yang baik

Sharing is caring! Facebook Twitter LinkedIn Email SELAMAT PAGI MALAYSIA!Ahad yang sangat aman dan tenang di Shah Alam ini. Sempat juga feeling-feeling hari ahad dekat…

SELAMAT PAGI MALAYSIA!
Ahad yang sangat aman dan tenang di Shah Alam ini. Sempat juga feeling-feeling hari ahad dekat sini before fly balik ke KK. Its a great Sunday!

Well,

Goodbye dramatic APRIL
and
Hello hyper MAY

.

Disini juga, ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA buat mak dan ayah yang bertungkus lumus bekerja untuk adik-beradik aku. Kepada insan-insan yang bergelar seorang pekerja tu, SELAMAT HARI PEKERJA sekali lagi!

This is the day. To show appreciation to all the workers out there. Hope you guys will work for the better quality. Enjoy!

Gambar diatas merupakan salah satu gambar kenangan ketika bergelar seorang pekerja

Back to the topic. Hello readers! Hari ini terasa nak share something untuk korang.
Its about a realtionship or maybe friendship. Tips, maybe.

Orang di luar sana sering berkata tentang nilai-nilai persahabatan, baik buruk persahabatan itu, ‘drama’ setiap persahabatan dan sebagainya. Tapi, ‘drama’ dalam persahabatan adalah lebih daripada segala-galanya.

Entri ini mungkin ditujukan khas untuk remaja yang bakal menjejaki ke alam Univesiti nanti. Juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang bergelar remaja ataupun golongan dewasa yang ingin menambah pengetahuan dan membaca tentang pendapat aku ini. Mungkin ada kontra di setiap pendapat yang aku berikan.

Disini saya sertakan serba sedikit tentang tips untuk menjaga, memilih dan menghargai SAHABAT.

SEBELUM
Pada peringkat ini, para remaja masih lagi tertanya tanya. Persoalan menguasai diri mereka. Persoalan tentang apakah jenis kawan yang bakal mereka kenal apabila melangkah keluar daripada alam persekolahan. Mereka mempunyai rasa excited untuk mempunyai rakan yang datangnya daripada pelbagai latar belakang. Untuk memilih rakan? Berhati-hati, jangan sampai anda hilang pendirian anda sendiri.
Bawah ini merupakan salah satu tips untuk memilih sahabat atau kawan ;
Cuba untuk melihat dari segi mereka berbahasa, berpakaian dan bergaul dengan orang lain.

Tips ini tidak memaksa para remaja untuk bertanya secara langsung kepada orang yang bakal mereka rapat atau kenal tentang bagaimana mereka berbahasa, berpakaian dan bergaul. Mungkin anda boleh melihat daripada segi mereka berbahasa dengan anda apabila. Tentang cara berpakaian? Senang dan mudah. Tapi ini bukan menggesa para remaja untuk mencari rakan yang memakai pakaian yang mahal, siapa tahu cara mereka berpakaian itu adalah identiti mereka. Cara bergaul? Ini sangat diutamakan, cuba untuk memerhatikan cara mereka bergaul dengan anda. Takut nanti tersalah bergaul pulak 5 atau 6 bulan selepas itu.

Mengkaji tentang latar belakang mereka juga adalah amat digalakkan untuk anda. Tapi ingat! Janganlah kaji sampai dalam-dalam, sikit sikit sudah. Nanti mereka rasa kurang selesa pula.

SEMASA
Pada masa ini, seseorang itu akan mengetahui atau mengalami banyak ‘drama’ dalam suatu persahabatan itu. Sebagai contoh, ketidakpuas hati si A terhadap si B dan andalah menjadi mangsa antara mereka. Tidak tahu mana satu yang betul dan banyak lagi contoh contoh yang lain.

bertindak secara professional dan matang ketika ingin menyelesaikan sebarang masalah

Oleh itu, dalam peringkat ini CAKAP BELAKANG adalah sangat-sangat tidak digalakkan dan seboleh-bolehnya elakkanlah ia daripada berlaku kerana perkara ini mampu merosakkan persahabatan anda. Cuba untuk berbincang secara professional dengan sahabata atau rakan anda. Cuba bertanya dengan baik tentang apa sebenarnya masalah mereka. Who knows? Dengan cara ini serba sedikit mampu mengembalikan keadaan seperti asalnya. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Menjadi seorang yang sangat matang, memahami dan professional adalah sangat penting ketika peringkat ini. Jika dilihat zaman sekarang, zaman remaja. Mereka mudah bertindak secepat itu tanpa berfikir tentang kesannya setelah mendengar cerita buruk daripada pihak lain. Bagi kes ini, Janganlah bertindak dahulu. Cuba kaji dan sebaiknya bertanya kepada pihak yang dimaksudkan itu. Siapa tahu, ada pihak yang kurang senang dengan persahabatan anda maka mereka mempunyai niat untuk merosakkannya. Berhati-hati ya adik adik. Jangan mudah bertindak, berfikirlah dahulu.

Ketika ingin jadi sahabat seseorang itu, cubalah jangan melihat kepada kesenangan mereka sahaja. Tiada individu dalam dunia ni tak akan menghadapi kesusahan. Kita semua akan menghadapinya. Kadangkala kita sanggup meninggalkan sahabat kita ini yang selama ini kita telah bersama mengharungi pahit manis kehidupan semata-semata untuk orang yang kita yakin akan sentiasa menghadapi kesenangan. INGAT, tiada istilah PERSAHABATAN jika tiada SUSAH seiring dengan SENANG. Cubalah hargai persahabatan itu. Kejujuran dan Keikhlasan merupakan asas kepada persahabatan yang baik dan sempurna. Jangan cuba untuk menipu, ini boleh membahayakan persahabatan anda.
Mengingati hari jadi sahabat anda, juga adalah salah satu perkara yang mampu mengeratkan lagi persahabatan anda.

Dengan ini, janganlah anda berkawan dengan seseorang ini ketika dia senang dan berada di atas sahaja selepas itu anda akan meninggalkan dia setelah mengetahui dia dalam kesusahan dan berada di bawah. Kerana, kehidupan ini sama seperti permain roller coaster, ada saat kita di atas, dan ada juga saat kita di bawah. So, fikir-fikirkanlah ye adik-adik.

ini kerna, PERSAHABATAN juga merupakan antara satu elemen dalam kehidupan kita.
Rasanya tanpa ia, kehidupan kita tidak sempurna.

aku pernah merasai pahit manis dalam persahabatan. Di atas itu merupakan nasihat dan pengalaman yang datangnya dari hati dan pemikiran aku ….

Mengapa?
Kerana aku juga mempunyai sahabat yang datangnya daripada latar belakang yang berlainan.

Inilah sahabat-sahabat yang aku maksudkan.

Kepada remaja diluar sana tidak kira yang berada di alam Universiti, alam Persekolahan ataupun alam Pekerjaan. Janganlah korang mengambil mudah dalam hal-hal persahabatan ini. Kerana ia bukan hanya sekadar memerlukan anda untuk BERCAKAP, BERJALAN, BERPAKAIAN tetapi ianya juga mewajibkan anda untuk BERFIKIR dan MENJADI SEORANG YANG MATANG. So, GOOD LUCK untuk korang!

p/s ; perkara-perkara diatas tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Ianya cuma satu pengalaman yang ingin dikongsi. Alaaa, macam movie-movie yang korang tengok tu. Hope korang dapatlah sedikit informasi selepas baca entri ini.

Thanks to my beloved
READERS

Regards, Pojiegraphy.


Wants my updates?

6 comments

Leave a Reply to Liyana ăƒȘăƒ€ăƒŠ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *